Thursday, May 28, 2009

KAIN BANNER KEADILAN DI RAMPAS OLEH MPM............


"PEJABAT KEADILAN CAWANGAN SUNGAI PINANG BESAR,PULAU PANGKOR."


href="http://1.bp.blogspot.com/_Hc-RkMeqzgE/Sh36280WlaI/AAAAAAAAAG0/ImOr20Adfoc/s1600-h/P5270018.JPG"><
"DI KAWASAN PAGAR BESI INILAH YANG DIPASANG BANNER TERSEBUT"

href="http://4.bp.blogspot.com/_Hc-RkMeqzgE/Sh36a9KBXBI/AAAAAAAAAGs/QD3pUXkk-HM/s1600-h/P5270017.JPG">

"NASIB BAIK,KALAU TIDAK DENGAN SAINBORD NIE PUN MENJADI MANGSA..."



LAGI SATU PROJEK BARISAN NASIONAL........


Pulau Pangkor:-
Banner keADILAN yang di pasang di Cawangan keADILan Sg Pinang Besar lagi menjadi mangsa............. apabila ia di tanggalkan oleh pihak Majlis Pembandaran manjung (MPM),menurut berita yang boleh di percayai,semalam seseorang telah memberitahu ahli Pas Sg Pinang Besar tentang kehilangan Banner tersebut lebih kurang pukul 2.00 - 3.00 petang,pekerja MPM dan lebih kurang 12 orang angota polis telah megiringi pekerja MPM untuk menanggalkan Banner tersebut.

S/u dan beberapa A.J.K PAS ...Sg Pinang Besar,telah pergi memantau pejabat keADILAN untuk melihat apa yang telah terjadi," betul apa yang di perkatakan"..........,tiada satu pun kain rentang yang di pasang sebelum ini yang tinggal,semuanya hilang....Banner tersebut hanyalah untuk PROGRAM MAKAN yang di anjurkan Parti keADILan pada 6/6/2009.

Menurut cerita pada musin cuti sekolah ini, satu Majlis Kenduri kahwin adik zambry akan berlangsung di Tempat kelahiran beliau ,Kampung Tengah,Pulau Pangkor...kemungkinan Zambry takut apabila menjelang tarikh perkahwinan nanti ,ramai puak - puak dia akan datang ke Pulau Pangkor untuk Majlis itu nanti,akan melihat Banner tersebut,ini boleh memalukan diri beliau sendiri sebagai MENTERI BESAR MAHKAMAH,apabila sebilangan besar mejoriti PULAU PANGKOR meminta "MEMBUBARKAN DUN PERAK."..

Pagi ini pihak kami telah datang ke pejabat keADILan untuk mendapat maklumat lanjut tentang kejadian semalam( s/u tiada semalam kerana berkerja pada waktu itu)mereka memberitahu pihak terbabit langsung tidak memberi apa apa notis,hanya memotong Banner & meninggalkan kawasan tersebut sambil diawasi oleh pihak polis.Kemungkinan besar banner tersebut tiada COP dari MPM,masalah sekarang.....banner yang di pasang oleh puak puak BN yang digantung tidak mempunyai COP MPM MENGAPA TIDAK DI TANGGALKAN OLEH MPM???????

Tuesday, May 26, 2009

LAGI POLIS DI PERALATKAN OLEH PUAK - PUAK UNMO




LAGI LAGI KACAU...POLIS DAH TAK ADA KERJA LAIN KAAAA???


MOGOK LAPAR ISU PERAK:

BERITA TERKINI...
POLIS TANGKAP 14 ORANG DI WISMA DAP.TERMASUK CHAN MING KAI,CHANG LIH KANG,LIM PEK HAR,M.KULA,SEKARANG DI IPD IPOH.BELON BESAR UDARA DENGAN TULISAN " BUBAR DUN " JUGAK TURUT DIRAMPAS,OLEH KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA IPOH.MEREKA JUGA CUBA MERUNTUH KHEMAH,UNTK MAJLIS PELANCARAN,TETAPI TIDAK KESAMPAIAN NIAT JAHAT MEREKA ITU.

( INI MENANDAKAN PUAK - PUAK MENYAMUN ( MAMAK HITAM ) TU MASIH FOBIA DENGAN AKTIVITI PAKATAN RAKYAT,

Sunday, May 24, 2009

DUN PERAK BUBAR???????????........




" IA SEBENARNYA BUKAN RAMALAN TETAPI MAKLUMAT.MAKLUMAT SELANJUTNYA IALAH PEMBUBARAN DUN PERAK DALAM MASA TERDEKAT,SELEPAS,MESYUARAT MAJLIS BN SEKALI LAGI ISNIN ATAU SELASA INI..."

www.harakahdaily.net


- HUSAM MUSA -
NAIB PRESIDEN PAS

LELONG....LELONG.....

UNTUK DI JUAL....

WARNA HITAM METALLIC BERKILAT....
HARGA BOLEH DI RUNDING...........
BARU DIGUNA 4 BULAN OLEH.........
KERAJAAN NEGERI PERAK............





BUKAN CAMRY.....................












TAPI ZAMBRY.....................



( INILAH WAJAH SEBENAR KETUA PENYAMUN SEGALA PENYAMUN DI NEGERI PERAK...YANG TAK SEDAR DI UNTUNG...)



1 manifestasi agar hak pilih kerajaan di kembalikan pada rakyat..

PAKATAN RAKYAT LANCAR MOGOK LAPAR 72 JAM

IPOH- Pekatan Rakyat (PR)akan mengadakan mogok laparselama tiga hari bermula 26 Mei ini untuk menyampaikan mesej agar Dewan Undangan Negeri (DUN)perak dibubarkan.
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dalam sidang media di Wisma DAP di sini semalam berkata,mogok lapar ini merupakan manifestasi tekad bersama rakyat agar hak memilih kerajaan dikembalikan.
Menurutnya,mogok selama 72 jam itu akan di rasmikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh V Sivakumar pada jam 10 Pagi di kawasan Wisma DAP ini.
"Saya harap orang ramai akan menyertai kempen ini dengan memakai baju warna hitam sebagai satu tanda membantah rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di negeri ini:,katanya.
Kor Ming berkata,perbagai aktiviti lain termasuk kempen tandatangan bubar DUN dan nyalaan lilin turut diadakan.
"Saya harap pihak polis akan bersikap profesional dalam mengenalikan kes ini kerana ia diadakan di kawasan premis persendirian ",katanya.
Setiusaha DAP Perak itu juga berkata ,Kerajaan yang demokratik mesti mendapat mandat dari rakyat,"Krisis politik di negeri ini mesti diselesaikan secepat mungkin supaya pembangunan ekonomi tidak tergendala dan kesejahteraan hidup rakyat terjaga:,katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang ingin menyertai kempen itu mendapat pengesahan doktor sebelum menyertai.

Friday, May 22, 2009

Mamak Zambry naik lagi,maka banyak projek HARAM untuk kroni-kroni BN HARAM di Pulau Pangkor..



Pulau Pangkor:
Dengan keputusan kemenangan Zambry,hari ini puak - puak tali barut Zambry sudah mengantung banner di hadapan Dewan Orang Ramai,Sg Pinang Besar.Orang ramai tertanya-tanya,bagaimana benner itu di pasang begitu cepat,selepas keputusan di beritahu,terus sahaja banner tu di pasang( banner di tempah awal,mana masuk akal,banner boleh siap dalam serta merta) ..ini menandakan jawatan Menteri Besar Perak sudah bocor...maka selepas ini makin banyak la projek untuk tali barut dia di Pulau Pangkor,tambah pulak yang seorang mamak hitam seorang tu..lagi - lagi la hitam macam buntut kuali,yang capang bertambah capang la telinga tu...macam telinga U.F.O.

PILIHANRAYA ! PILIHANRAYA ! PILIHANRAYA ! LAGI..


Adjust font size:

Alfatihah, mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau. Amin

Sekali lagi iklim politik Malaysia kembali panas,,Tahun 2009 merupakan tahun terbanyak diadakan Pilihanraya.

Cuma aku nak tengok, Najib nak tarik diri ka tidak. kalu kali nie dia tarik diri apa pulak alasan dia,. Kalu nak bertanding, berani ka Najib dengan masalah krisis politik Perak yang belum selesai lagi..Itu lah padahnya merampas kerajaan halal yang dipilih rakyat.

MALAYSIAKINI
ADUN PAS meninggal dunia
May 22, 09 8:11am
ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192


[Laporan lanjut menyusul]
Berita Terkini dalam SMS

DATO'SERI IR MOHD NIZAR TURUN MANJUNG




PROGRAM MB PERAK HARI INI, JUMAAT 22.05.2009 DI MANJUNG :-


Insyaallah, MB Perak akan bersama Penduduk Manjung, Rakyat Perak & 1 Malaysia untuk melaksanakan program di DUN Pasir Panjang (mengikut maklumat terkini jam 10.30pm dari sumber orang kuat MB).




Jadual secara ringkas yang diberitahu :


Jam 10.00 pagi : Program bersama penduduk Kg. Bharu, Sg. Wangi (Pengerahan Kerusi Roda).


Tghari : Solat & Tazkirah Jumaat di Masjid Kg. Dato' Seri Kamarudin (KDSK), Seri Manjung.


Jam 3ptg : Dialog bersama penduduk & rakyat di Ban Joon Seng, Pundut, Lumut.


Malam : Tazkirah & Ceramah di markaz PAS caw. Kg. Serdang, Sitiawan.

Sunday, May 17, 2009

RENUNG - RENUNG & FIKIR - FIKIRKAN , YANG MANA HALAL YANG MANA HARAM


KEPUTUSAN DRPD MAHKAMAH TINGGI " MENTERI BESAR PERAK YANG SAH "


KEPUTUSAN DRPD MAHKAMAH RAYUAN " MENTERI BESAR MAHKAMAH"

Hadiah buat Zambry ( jenis x paham bahasa )

Pas Cawangan Sungai Pinang Besar telah menganbil satu pendekatan dengan mengantung satu banner untuk tatapan zambry & kuncu-kuncunya,selama ini orang kita hanya pandai sembang kat kedai kopi jaaa...dari pagi sampai malam,asyik benda yang samaaaa jaa..dari tindak balas yang kita dapat dengan memasang banner tersebut,ramai penduduk yang berpuas hati...di antaranya yang bukan muslim & tak kurang jugak dari puak - puak parti timbang(BN),dah jenis penyamun...penyamun jugak laaa.


Mahkamah Tinggi dah mengesahkan Datuk Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin,MENTERI BESAR PERAK YANG SAH,tapi mamat yang seorang nie tak paham-paham bahasa,menangis-ngis nak sangat jawatan tu....dah la rampas secara HARAM,lepas tu pulak pi mahkamah rayuan,nak rayu apa lagi...balik pangkor pi kelaut la lagi bagus....banyak tengkong bot dah menunggu...pilih ja nak ke laut bot apa...pukat harimau adaa..pukat jerut ada...payah payah sangat..pi ja kat sungai nipah,bawa bot pelancong..tentu ramai pelancong yang nak naik bot...al - maklum la Bekas M.B Haram yang jadi pemandu...silap silap haribulan dengan bot... pemandu & pelancong sama sama tengelam..ye la asyik dok pegang pen saja..sebelum nie.. sain projek...ada projek ...ada masuk..ada per sen .( % )

Udah la tu Zambry oiii...yang hang dok pi duduk kerusi M.B selama 3 bulan nie cukup la...pi la mintak maaf kat saudara Nizar & rakyat PERAK,terutamanya penduduk Pulau Pangkor,jangan bikin malu...mai turun Pangkor tengok masalah kat sini dulu,jangan dok sibuk - sibuk dengan masalah org lain....nanti orang kata " KERA DI HUTAN DI SUSU KAN,ANAK YANG DI KANDONG,MAMPOS TAK MAKAN"..orang dah bagi kat hang kerusi Dun Pangkor dah cukup baik...( tu pun harap mat - mat navy..UNDI POS...)dan dari puak - puak hang...kami sorry la..sampai mati pun hang tak kan merasa undi kami..

Pesanan kami yang ter akhir,ingat - ingat la hari kiamat sama...jangan dok pulun dunia ja..jangan asyik nak menyamun harta orang....dah rakyat PERAK pilih Nizar jadi M.B..terima ja laaa...aku pun malas nak menulis banyak...lagi lama menulis....lagi menyampah kat hang...KEBENARAN PASTI AKAN DATANG KEPADA YANG BENAR...YANG HARAM TETAP HARAM....terima la padah nya suatu hari nanti..

TAKBIR......
( LINGKUP B.N )

Friday, May 15, 2009

Kata-kata KERAMAT untuk Najib ( Najis )


Kita berharap Sultan Perak memperkenankan untuk membubarkan Dun.Ia sahaja tindakan sewajarnya tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit PERAK...

* TENGKU RAZALIGH HAMZAH *
Ahli Parlimen Gua Musang

Najib,Zambry mesti mohon maaf ke atas rakyat PERAK

Thursday, May 14, 2009

Zambry Gentle lah sikit Jangan Malukan Kampung sendiri


Pangkor, penduduk kampung ramai yang merunggut dan mengeluh bilakah masalah krisis Negeri Perak akan berakhir. Ada suara-suara daripada ahli Umno tidak bersetuju dengan tindakan Zambry yang sengaja melengah-lengahkan masalah negeri Perak ini. Mereka berpendapat masalah ini akan selesai sekiranya Dun dibubar.


Sambil merunggut, mereka hairan kenapa Zambry begitu takut untuk membubarkan Dun. Sekiranya dia di pihak yang benar mengapa perlu takut, biarkan sahaja rakyat yang menentukannya, siapa yang benar-benar layak menjadi Menteri Besar.


Sementara itu ada yang menambah bahawa tindakan Zambry seperti seorang penakut dan boleh memalukan penduduk Pulau Pangkor.


Sekiranya Zambry benar-benar bermaruah, dan mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang seperti Nelsen Mandela dan Mathma Gandhi, ayuh!!! bertarunglah seperti anak jantan di medan dan gelanggang seorang pejuang.. Jangan jadi seperti Pejuang Pondan yang takut berdepan dengan kuasa rakyat dan suara rakyat. bertarunglah secara anak jantan... apa nak takut..


Tuesday, May 12, 2009

PERAK TELAH BERTUKAR MENJADI EMAS

Tahniah MB NIzar, kemenangan untuk rakyat


keputusan mahkamah tinggi telah memutuskan Mb Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah

kemenangan ini adalah merupakan kemenangan untuk rakyat yang cintakan keamanan dan mematuhi keluhuran undang-undang.

Monday, May 11, 2009

Program cawangan Sg.Pinang Besar bersama Pemuda Kawasan Lumut




S.u DPPKL tengah berbincang sesuatu..


Antara Ajk Dppkl yang hadir..saudara S/u dan Mus'ab Ketua Pemuda cawangan sedang mencatat sesuatu disaksikan pemuda-pemuda yang lain.

antara pemuda Sg. Pinang yang hadir..turut kelihatan Ketua Cawangan,Saudara Awis


Af. Ust Halim Nasir sedang menyampaikan ceramah..


dialog antara Ajk Dppkl dan Jpc Sg. Pinang.


antara muslimat yang hadir.....


kanak-kanak riuh sekampung...

pemandu bot yang menghantar Ajk Pemuda pulang ke jeti Lumut....
sdr.Nizam,hairul, Mus'ab dan Ustaz Zaim (ustaz zaim CameraMan muka tak nampak) atas sampan semasa perjalanan pulang ke Lumut,,
Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas kesudian pemuda Lumut untuk turun ke cawangan Sg.Pinang Besar melawat pemuda cawangan. lain kali boleh la datang lagi..
sebelum tu saya ingin minta maaf di atas segala kekurangan, layanan yang kurang baik dan terpaksa tunggu lama sebelum dihantar pulang kerana masalah sampan..
s.u Pas Sg.Pinang Besar

Saturday, May 9, 2009

Pas cawangan sg.Pinang Besar ditubuh


Ydp bersama ahli PAS cawangan sg.Pinang Besar posing dekat signboard PAS yang baru dipasang


Ahli-ahli mesyuarat tingkap tengah berbincang macam mana nak pacak signboard

Pas cawangan sg.pinang Besar telah dirasmikan penubuhannya oleh Ydp Pas Kaw Lumut iaitu Hj.Noh Ahmad pada 9 hb mei 2009.

Pas Cawangan Sg,Pinang Besar adalah cawangan yang baru ditubuhkan menjadikan jumlah cawangan PAS di Pulau Pangkor bertambah kepada 2 cawangan iaitu cawangan Pangkor dan cawangan Sg.Pinang Besar.

Kampung Sg.Pinang Besar adalah kubu kuat Umno dan merupakan cawangan kesayangan Zambry.

Dengan tertubuhnya PAS Cawangan Sg.Pinang Besar yang dirasmikan oleh Ydp Pas kawasan Lumut menunjukkan Zambry telah semakin hilang pengaruhnya di tempat sendiri.
Rata-rata penduduk kampung Sg.Pinang Besar menyatakan kekecewaan mereka kepada Zambry yang lebih menumpukan kepada usaha untuk menjadi MB daripada memberi perhatian kepada tempat sendiri dan mengabil berat tentang masalah yang mereka hadapi.

Setelah selesai operasi memacak signboard, Ydp meneruskan programnya di cawangan Sg.Pinang Besar dengan menyampaikan kuliah di surau Nur Hidayah. Antara isi kuliah yang disampai mengenai betapa pentingnya seseorang itu mendapat hidayah daripada Allah dan menggunakan kesempatan hidup yang ada ini untuk beribadat kepada Allah supaya tidak menjadi seperti manusia Berdoasa yang tunduk malu dihadapan Allah di padang Mahsyar nanti dengan memetik sepotong ayat al-Quran daripada surah as-sajadah.