Friday, July 31, 2009

SPR UMUM TARIKH PILIHANRAYA KECIL SELEWAT LEWATNYA 10 OGOS INI.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) berkata pilihanraya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu dari Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini dan selepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Hamdan, yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang.

Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini kerana sakit jantung.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Sementara itu Abdul Halim ketika dihubungi berkata beliau masih menunggu sijil kematian Mohd Hamdan sebelum menyerahkan surat makluman kekosongan DUN Permatang Pasir kepada SPR Pulau Pinang.

Beliau berkata Dewan Undangan Negeri akan bersidang selama dua hari mulai 10 Ogos ini dan Allahyarham sudah mengemukakan beberapa soalan bertulis untuk sesi kali ini.

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR Dr Mansor Othman dalam pilihanraya yang mencatatkan sejarah apabila jumlah pemilih yang keluar mengundi paling rendah ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999.

Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.

Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Wednesday, July 29, 2009

DNA SIAPA DI PAKAIAN TEOH????


Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang.

Identiti lelaki itu belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu terbabit telahpun diambil oleh Jabatan Kimia, kata peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik membantu mengendalikan inkues bagi pihak kerajaan di hadapan Koroner
Azmil Muntapha Abas.

Tambahnya, lima sampel telah diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu, lapor Bernama.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui.

DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.

"Sampel daripada 102 individu telah diambil bagi menentukan sama ada DNA mereka ini sepadan dengan DNA yang tidak diketahui itu.

"Laporan bagi 90 individu telah siap, sementara 12 lagi belum diperoleh.

"Saya turut dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa terdapat dua orang yang enggan memberikan sampel DNA mereka," Tan dipetik berkata.

Gobind Singh Deo, yang bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Teoh, menggesa pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.

"Inilah salah satu sebab lagi mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," Gobind dilaporkan berkata.

Tan menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."

Teoh (foto, kanan sekali, sebelum ke pejabat SPRM) ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Kematian setiausaha exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentuk kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

Inkues tersebut, bermula hari ini, ditangguhkan ke Rabu depan.

PERTEMPURAN ANTARA ANTI ISA & PRO ISA

** sila dauble clik untuk besarkan gambar **


Monday, July 20, 2009

TERIMA KASIH KEPADA PAS PJU KERANA SUDI DATANG KE PULAU PANGKOR DAN DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM DI ANTARA KITA.

Terimakasih PAS Cawangan Sungai Pinang dari PAS PJU



Dari Kanan Sdr Abd Rahman NYDP PJU, En Din Naib Ketua Cawangan Sg Pinang Besar, En Murad AJK Cawangan, Tn Hj Kamarudin Suhaimi TYDP dan Sdr Azri Ketua Pemuda PJU di program ringkas Sarapan Bersama Pimpinan Cawangan Sg Pinang.

Bagi pihak PAS Kawasan PJU ,kami mengucapkan terimakasih atas kunjungan silaturohim dan Sarapan Bersama PAS Cawangan Sg Pinang, Pangkor di Pangkor Village Beach Resort diketuai oleh En Din Naib Ketua PAS Cawangan dan AJK Cawangan rakan beliau yg juga bertugas membawa pengunjung dgn 'teksi ungu'nya.

Terimakasih juga kepada Ustaz Alwis Ketua Cawangan yg tak dapat bersama kerana mesyuarat di KL dan Akhi Radzi SU Cawangan dan pimpinan cawngan yg dapat hadir walaupun singkat pada Sabtu malam 18hb.

InsyaAllah di masa akan datang PAS PJU mahupun cawangan2 kami akan memohon kerjasama pihak cawangan untuk program2 kami...

Mari sama-sama lawat blog PAS Cawangan Sg Pinang Besar, pangkor di http://pcspb.blogspot.com/

ABDRAHMAN NYDP PJU.

copy daripada BLOG http://paspju.blogspot.com

Saturday, July 18, 2009

MENGAPA SAYA TINGGALKAN BN

Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.

DATUK DR CHUA JUI MENG UMUM SERTAI KEADILAN

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

Orang terakhir jumpa Teo: SPRM ugut saya...


Andrew Ong





Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

Thursday, July 16, 2009

TEOH BENG HOCK,PEMBANTU KEPADA EXCO SELANGOR EAN YONG,MATI TERBUNUH

KETIKA DALAM TAHANAN S.P.R.M DI SHAH ALAM,KIRA-KIRA 3 PETANG TADI,BELIAU

DITANGKAP S.P.R.M SEMALAM...........


********************************************

**************************************

********************************
PERHIMPUNAN SOLIDARITI TERHADAP KEMATIAN TEO HOCK BENG, PEMBANTU EXCO

SELANGOR 8.30 MALAM INI DEPAN S.P.R.M., PLAZA MASALAM,SEK 9 SHAH ALAM.

Tuesday, July 14, 2009

TAHNIAH PADO ABE UJI.....



........................................................................................................................................................................



KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9

MASA : 8.29 PM (RASMI)

SYAITAN TUA MULA MENJERIT DI MANIK URAI...

Di Manek Urai Baru pula, seorang wanita dipercayai penyokong Umno "naik angin" kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat dan takbir yang kuat dan tidak henti-henti oleh penyokong PAS.

Insiden dekat SK Manek Urai Baru bermula lebih kurang 9.10 pagi, tidak lama selepas MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.

Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki - yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita - menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.

Beliau kelihatan berbincang dengan beberapa petugas PAS dan dengan muka berangnya bersuara dengan nada sedikit tinggi. Bagaimanapun suaranya ditenggelami laungan penyokong PAS.

Beberapa anggota polis kemudian kelihatan cuba memisahkan kumpulan parti-parti politik bertanding itu. Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di situ.

DAH NAMPAK MEMANG NAK KALAH....

Jumlah penyokong PAS jauh mengatasi kumpulan kecil penyokong BN di pusat pembuangan undi Lata Rek dengan kadar 150 orang berbanding lima orang, semuanya Wanita dan Puteri Umno.

Kumpulan wanita disorak agar "balik ke rumah" tetapi tetap bersemangat dengan berpayung di bawah terik matahari, sambil mengibarkan bendera.

Manakala kumpulan penyokong PAS pula berada di bawah khemah yang dilengkapi kipas angin, makanan dan minuman. Mereka berehat dengan santai, termasuk makan tengah hari di situ (foto kanan).

Beberapa penyokong Umno kelihatan berteduh di pokok-pokok berhampiran.

PENYAMARAN DI MANIK URAI

Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Penyokong PAS meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campur tangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat yang ditampal di kereta tersebut sambil melaungkan "penyamar".

Monday, July 13, 2009

esok cuti umum......( kelantan jaaaa)



Nik Aziz isytihar esok cuti umum

Jul 13, 09


Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja, lapor Bernama.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'.

"Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," Nik Aziz dipetik berkata.

Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Ia diadakan susulan kematian ADUN PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei
lepas.

Sunday, July 12, 2009

AWAS....bahaya kepada wanita yang mandi di kolam renang...

sekadar gambar hiasan....




KOLAM RENANG PUNCA GADIS HAMIL

KAHERAH: Seorang wanita menyaman sebuah hotel kerana menyebabkan anak perempuannya hamil selepas menggunakan kolam renang di situ.anak perempuan Magdalena kwiatKowska yang baru berusia 13 tahun disahkan mengandung sebaik saja pulang ke kampung halamannya di Poland selepas bercuti di Mesir.kwiatKowksa percaya kehamilan anak gadisnya itu adalah berpunca daripada sperma sesat ketika mandi di kolam renang di hotel itu.

www.sinarharian.com.my



Friday, July 10, 2009

MANA YANG ADA EXTRA POWER......MENTERI @ TOK SIDANG PANGKOR...

Sinar harian ( jumaat 10hb julai 2009...m/s p22 )


INI LAH HAKIKAT SEBENAR YANG MENGHANTUI PENDUDUK2 DI PULAU PANGKOR....BILA ANAK JADI MENTERI BESAR MAHKAMAH.....BAPAK & KRONI2 DEPA SEMUA NAIK TOCANG....RASA2NYA TANDUK SYAITAN DAH MULA TUMBUH KOT...SEMUA DEPA NAK SEBAT....


APA SAHAJA PROJEK KAT PULAU PANGKOR....DEPA YANG PUNYA...SAMPAIKAN HAK2 PENDUDUK DI SINI PUN DEPA NAK REMPAT......MEMANG DAH KAKI PENYAMUN...SEMUA NAK REMBAT...NIE NAK BAGITAU KALAU BETUL TOK SIDANG PANGKOR BERANI....TOLONG PUBLISH SENARAI NAMA PENDUDUK YANG LAYAK UNTUK BANTUAN RUMAH PPRT,KITA NAK TENGOK MUKA2 YANG MANA MISKIN TU.....


NANTI BILA TIBA MASANYA....BIAR SAYA SENDIRI AKAN BONGKAR SATU PROJEK PERUMAHAN DI TELUK CEMPEDAK....DENGAR CERITA PROJEK TU DAH LULUS TAHUN 2007 ( projek atas tanggan mb haram )...LAST2 KALAH 2008...DIAM SAT,LA NIE DAH DAPAT MENYAMUN NEGERI PERAK....DAH MULA BUKA FAIL TU BALIK....KITA NAK TENGOK PROJEK PERUMAHAN TU UNTUK PENDUDUK MISKIN @ PROJEK ALI BABA....SEMUA UNTUK KRONI2 UMNO YANG PUNYA...


INI LAH DI KATAKAN RAKYAT DI DAHULUKAN.....?????????????

SEPATUTNYA KATA LAAAAA.....DULU,KINI & SELAMANYA...SEMUA UNTUK KAMI
( umno korap ) ....

Wednesday, July 1, 2009

ADA PIHAK MEMPERMAINKAN ISLAM





" cuba perhatikan baju ini...di manakah ada yang tak kena "?



" sekali pandang mungkin....tak perasan....."





" corak yang menarik...tapi ada sesuatu yang tidak kena "



" Lihat la ada tulisan ALLAH pada baju ini.........."



MASIH ADA PIHAK YANG MAHU MEMPERMAINKAN AGAMA ISLAM,BAJU INI SEORANG JEMAAH PAS CAWANGAN SUNGAI PINANG BESAR,TELAH SERAHKAN KEPADA S/U ......UNTUK TATAPAN SEMUA.


SEORANG JEMAAH KITA TELAH TER SEREMPAK DENGAN SEORANG LELAKI INDIA SEDANG MEMAKAI BAJU INI , DENGAN TANGGUNG JAWAP,BELIAU TELAH MENUKAR BAJU LAIN , KEPADA LELAKI INDIA TERSEBUT , UNTUK MENDAPATKAN BAJU INI SEBAGAI BAHAN BUKTI..LELAKI INDIA ITU SENDIRI TIDAK PERASAN AKAN TULISAN ITU...SEKALI PANDANG MEMANG TIDAK PERASAN...


PERSOALAN NYA MENGAPA TERLALU LONGGAR KAWALAN,SEHINGGA ADA YANG TERLEPAS BERADA DI PASARAN?????????/