Sunday, February 28, 2010

Menyuarat Agong Tahunan kali ke 2

Antara ahli jemaah yang hadir



Jemputan Perasmian Timbalan YDP Kawasan & Saudara Hamidon




Barisan Ajk Cawangan



Otai lama & baru Bergabung tenaga menjayakan majlis ini



Add Image
Timbalan YDP Kawasan menyampaikan Sijil Cawangan kepada Timbalan Cawangan



Penyerahan borang keahlian baru kepada Timbalan YDP Kawasan



Timbalan YDP & Saudara Hamidon melawat Sainboard Pas Cawangan Sg Pinang Besar



Ajk Cawangan



Bergambar bersama AJk Pas Cawangan Sg pinang Besar

Tuesday, February 23, 2010

Royalti minyak RM2 bilion, bukan RM20 juta

Salmah Mat Husain & Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 23 Feb: Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa pula kerajaan negeri patut menerima sebanyak RM600 juta mengikut hasil pengeluaran 2008.

“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.

“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.

”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum.

Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti.

Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.

Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti.

Selain itu, semua negeri di Malaysia ditadbir urus mengenai petroleum di bawah akta yang sama termasuk Sabah atau Sarawak.

“Perjanjian tersebut menyebut bahawasanya kerajaan dan Petronas adalah ingin hendak membuat sesuatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta PDA ia tak merujuk kepada Akta Ordinan Darurat 1969 yang telah dimansuhkan,” ujarnya.

Kata Husam, adalah amat memalukan kerajaan menggunakan akta yang telah dimansuhkan.

Seksyen 4 Akta tersebut menjelaskan sebagai balasan bagi penggunaan dan hak-hak kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan hak kepadanya (Petronas).

Mengikut akta itu, Petronas hendaklah membuat bayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Persekutuan lima peratus kepada kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan.

“Jadi akta ini dengan jelasnya menunjukkan pembayaran dibuat oleh Petronas kepada negeri dan bukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.

Beliau juga berkata, perjanjian yang dilaksanakan di antara negeri-negeri dengan Petronas pada 1975/1976 menjelaskan hak negeri di daratan (onshore) dan luar pantai (offshore).

Oleh itu, katanya, tiada dinyatakan sama ada dalam PDA 1974 dan perjanjian di antara negeri, di mana setiap negeri menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai.

Sunday, February 21, 2010

Zambry di malukan di tempat sendiri...

Program Majlis Barsama Rakyat yang diadakan pada 19hb Februari oleh M.B Mahkamah,kurang mendapat sambutan drpd Penduduk Pangkor, mahu pun dari media tv @ surat khabar ( hanya sekeping gambar muka hadapan Sinar harian ) langsung tak ada berita......rata2 yang hadir pada Program tersebut kebanyakan kakitangan kerajaan..

Kekurang yang ketara drpd penduduk berbangsa cina & india..hanya sebilangan kecil penduduk berbangsa melayu yang hadir......itupun sebahagian drpd org2 Umno ( Untuk Melayu NO )

Inikah yang di katakan oleh M.B Mahkamah " RAKYAT PERAK MENYOKONG BN " Jika di tempat sendiri pun tak mendapat sambutan,ini kan pulak tempat org???????????????????

Sungguh malang nasib Zambry.......betul la mengikut kepercayaan masyarakat cina...siapa yang lahir tahun harimau....memang bernasib malang... ( TALAK ONG....)

Zambry hanya boleh mengunakan kuasa MAHKAMAH....tapi kuasa RAKYAT.....tiada siapa dapat menghalang......


Untuk pengetahuan kamu.....tunggu laaaa...pilihanraya ke 13...nasib kamu di tangan RAKYAT.... hanya rakyat dapat menghadiahkan kamu hadiahhhh....


Nak hadiah drpd rakyat....

Inilah hadiah untuk kamu.....






Friday, February 19, 2010

DYTM RAJA MUDA PERAK,MENCEMAR DULI LAWATAN KE PULAU PANGKOR



Berbagai cara dilakukukan oleh Zambry untuk mendapatkan sokongan rakyat PERAK, selepas Program Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina di kediaman MB di IPOH , kini Pulau Pangkor pulak acara seterusnya,Beliau menjemput Raja Nazrin untuk datang Ke Pangkor untuk melihat tempat beliau secara lebih dekat....konon2nya...nak bodek la tuu...

Program yang di jalankan kurang mendapat sambutan rakyat,hanya segelintir sahaja penduduk yang hadir.... yang ramainya semua Jabatan2 Kerajaan di kerah,untuk meramaikan Majlis tersebut...biasa laaa.....MB mahkamah sapa lagi yang nak datang....orang2 kerajaan la yang menjadi mangsa...

Yang pasti tak tahu la berapa pulak duit rakyat di habiskan untuk Program tersebut... suruh BUBUR DUN ..T.AK.U.T, kata nya menghabiskan duit rakyat... hakikatnya ini lah yang dikatakan betul2 menghabiskan DUIT RAKYAT.....

" TEPUK DADA.....TANYA SELERA...."


Kenderaan Rasmi Raja Muda Perak



Anggota Polis Trafik Cawangan Lumut





Tengku Zara Salim Davidson selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor


Zambry cuba jual minyak kepada Pemaisuri Raja Nazrin....



Raja Nazrin Shah pulang selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor



Anggota Polis Trafik bersiap sedia...



Pada sebelah petang Rrogram Bersama Rakyat,akan diadakan di ' DATARAN PANGKOR"



MARKAS PAS Cawangan Pangkor turut mengibarkan bendera...
.memberitahu Zambry ..... orang Pangkor akan terus berjuang .....
Tunggu pilihanraya ke 13...nanti....



Gerai di hadapan Masjid Pangkor ini pun bernasib baik.... jika tidak pasti di robohkan..
konon2nya penduduk pangkor semua dah senang...
( pokok bunga nie rasanya baru ja tumbuh...raja nak datang punya pasal,semua kena baru )



Seluruh kawasan Masjid Pangkor di kibarkan bendera Perak...




Pintu Gerbang Masjid Pangkor...Raja Muda akan Sembahyang Jumaat di Masjid ini.




Sainboard Pas Cawangan Sungai Pinang Besar berdiri megah...sambil mengibarkan bendera PAS







Saturday, February 13, 2010

Masyarakat Tionghua punya semangat baru laksana perubahan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Feb: PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perubahan itu tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara,” ujarnya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara.

PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini.

Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.

Thursday, February 11, 2010

Kes ‘arsenik Anwar’ ditutup


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 11 Feb:
Hakim Mahkamah Majistret, Hafizah Saun tengah hari ini memutuskan bahawa kes ‘arsenik Anwar’ yang membabitkan 30 orang kena tuduh (OKT) pada 11 tahun lalu ditutup.

Menurutnya, mahkamah menganggap sedemikian kerana pasukan pendakwaraya gagal mengemukakan saksi utama, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Bakri Zenin di kandang pedakwaan.

Pun begitu, Hafizah menganggap kes itu tetap prima facie selepas mendengar kesaksian daripada 19 saksi yang lain.

Mereka yang memberi keterangan tersebut terdiri daripada jurukamera, pegawai polis yang melakukan penangkapan serta orang awam yang menyaksikan penangkapan kesemua OKT tersebut.

Dr Mohd Hatta Md Ramli, salah seorang OKT merakamkan syukur kepada Allah kerana membebaskan beliau bersama-sama 26 yang lain daripada perdakwaan tersebut.

Ketika menghubungi Harakahdaily tengah hari tadi, beliau mengganggap pembebasan kesemua OKT daripada dakwaan menyertai perhimpunan haram 'arsenik Anwar' itu sebagai suatu kemenangan buat rakyat, termasuk dua orang tertuduh, Omar Tan dan Mohamad Zaidi Mat Amin yang telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai turut merakamkan penghargaan kepada kesemua anggota pasukan peguambela kerana bersabar dan tekun untuk menyelesaikan kes tersebut sejak 11 tahun lalu.

Wednesday, February 10, 2010

UMNO PANGKOR DAH NAIK TOCANG...

Inilah sainboard Pertama PAS Cawangan Sungai Pinang Besar,apabila mula2 di tubuhkan..apabila ia mula di pasang .... ada sebahagian drpd Puak2 BEE END ada yang tak berasa selasa apabila Pas mula melebarkan sayap,di Cawangan Sungai Pinang Besar...selain daripada PAS Cawangan Pangkor...

Berbagai cara di lakukan oleh pihak2 yang tidak senang akan kemunculan PAS Cawangan Sungai Pinang...antaranya menyapak tiang tersebut sehingga bengkok....( kalau rasa kaki tu dah kuat...sepak la tiang yang baru nie.... )



Di atas semangat yang ada ...Pas Cawangan Sungai Pinang Besar telah menaik taraf sainboard tersebut ......... tetapi sehari selepas Mahkamah Persekutuan mengumumkan zambry menjadi M.B MAHKAMAH.... puak2 UMNO Sg Pinang Besar.... mula menyerang sainbord PAS Cawangan Sungai Pinang Besar dengan mengarahkan MPM ( Majlis Pembandaran manjung ) untuk mangalihkan @ merobohkan sainboard tersebut... mereka akan mengarahkan semua jentera untuk melemahkan kerajaan PAKATAN RAKYAT....

Inilah puak2 yang takut pada PAS.....yang lucunya tiang yang tak bersalah nie pun menjadi mangsa...... sama la jugak dengan Tugu Bawah Pokok di Ipoh.....alasan yang diberikan menganggu projek yang akan di jalankan bersebelahan dengan Sainboard tersebut... masalahnya kita sendiri pun tidak tahu bila projek itu akan di jalankan...

mamak pun dah boleh jadi MB

Ini lah yang berlaku di Perak Darul Kartun sekarang...bukan sahaja jawatan M.B diwajipkan untuk bangsa melayu yang beragama islam...tetapi bangsa melayu ...berketurunan mamak pun boleh jugak....

Undang2 kita yang bikin...semua boleh tukar....pagi nie kata lain.....petang sat gi kita tukar lain pulak...mamak ..... mamak....

Insyaallah kita tunggu PR13.... nasib kamu di tangan rakyat PERAK...bukan wayang di sebalik Undang2 Mahkamah....


BUKAN SAHAJA JAWATAN M.B MAHKAMAH... JAWATAN DUN PANGKOR PUN KITA AKAN TENTANG HABIS HABISAN...

Tuesday, February 9, 2010

lintas langsung kes mb perak

Terkini 9.55 am : Semua menunggu dengan penuh debaran

Keadaan dalam Mahkamah yang terbahagi kepada tiga tempat duduk, satu bahagian di duduki oleh rakan media, satu tempat ditengah oleh ADUN dan penyokong BN dan sebelah kanan tepi dinding oleh ADUN dan penyokong PR.



Baca Seterusnya...

Terkini 9.50 am : Semua masih menunggu perbicaraan dimulakan

Ahli Parlimen dan ADUN PR yang berada didalam mahkamah setakat ini ialah Ds. Nizar, YB. Lim Kit Siang, Dato' Ngeh, YB. Lee Boon Chye, YB. Khalil, YB. Zainuddin, YB. Chan (Simpang Pulai), YB. Tai (Kuala Sepetang)



Baca Seterusnya...

Terkini 9.45 am : Saya dibenarkan masuk

Saya Alhamdulillah dibenarkan masuk apabila dibenarkan oleh Pihak Mahkamah dengan bantuan dari Dato' Ngeh. PR dibenarkan menambah seramai 5 orang ADUNnya masuk.



Baca Seterusnya...

Live@Feb.9 - Foto awal pagi di mahkamah

http://politikbanjar.blogspot.com/

Perkarangan mahkamah mula dikerumuni oleh orang ramai seawal jam 7.30 pagi. Shot depan pintu mahkamah. Untuk mendapatkan liputan langsung sila aktifkan Cover It Live anda. 8.30 pagi kita mula berlangsung terus dari mahkamah.


Kawalan amat ketat. Tak percaya ?


Kumpulan Pewaris yang turut hadir. Harap tak buat kacau..! Wa caya lu..!!




Baca Seterusnya...

Terkini 9.32 am : Peguam mula mengambil tempat

Barisan peguam mula dibenarkan masuk. Peguam Ds.Nizar dari PR : Hanifa kelihatan masuk ke kamar bicara. 9.40 kelihatan Peguam Negara Ghani Phatail masuk ke kamar bicara.



Baca Seterusnya...

Terkini 9.30 am : RM20 dan sehelai baju kuning

Salah seorang yang saya temui antara mereka berkata "RM20 sahaja". Itulah ucapan seorang remaja yang berkumpul dengan baju kuning.



Baca Seterusnya...

Terkini 9.25 am : Hanya Ds. Nizar dan isteri dibenarkan masuk

Hanya Ds. Nizar dan isteri dibenarkan masuk, selain itu seorang dari anak lelakinya juga dibenarkan masuk.

Itulah ketatnya kawalan Mahkamah pada hari ini. Semua yang hadir sekarang dalam keadaan senyap berada diluar pintu masuk utama.

Jemaah solat hajat masih meneruskan solatnya.



Baca Seterusnya...

Terkini 9.22 am : Mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta di KL esok??

Menurut maklumat yang baru saya dapat, satu mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta akan diadakan di Kuala Lumpur esok. Mengikut maklumat yang diterima, segala bahan dan mesyuarat telah dibawa ke KL.

Sekiranya maklumat ini benar, adakah keputusan pada hari ini lebih dahulu diketahui oleh Pihak BN??????



Baca Seterusnya...

Terkini 9.20 am : Solat hajat di hadapan Mahkamah

Sekumpulan hampir 50 orang penyokong Pakatan Rakyat sedang mengerjakan sembahyang hajat berjemaah dihadapan mahkamah dengan diimamkan oleh Ust. Nor Azli Musa.



Baca Seterusnya...

Terkini 9.15 am : Nizar sampai dengan laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar Dun'

Laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar DUN' mengiringi ketibaan Ds. Nizar sebentar tadi.

Suasana kecoh apabila provokasi cuba dilakukan oleh remaja berbaju kuning dengan laungan 'Daulat Tuanku'.

Setakat ini setelah Ds.Nizar masuk ke dalam keadaan masih terkawal.



Baca Seterusnya...

Terkini 9.00 am : Keadaan dalam kamar bicara

Ada 10 ADUN BN VIP duduk di kerusi hadapan, dan tidak ada seorang pun ADUN PR yang memperolehi pas masuk.



Baca Seterusnya...

Terkini 8.45 am : Kamar bicara mula dibuka

Orang awam dan media dibenarkan masuk ke kamar, ADUN dan penyokong BN mula memenuhi seat VIP. Hampir kesemua kad masuk diperolehi oleh orang BN. Harap ramai penyokong PR diluar.

Bayangkan sebesar ruang lobi Mahkamah yang boleh memuatkan 1,000 orang tidak dibenarkan orang lebih ramai masuk.



Baca Seterusnya...

Terkini 8.44 am : Mahkamah hanya membenarkan 35 orang awam dan 25 media masuk

Orang awam dan media masih di lobby, gate untuk ke atas kamar diblock..TAPI YB dan penyokong Kerajaan Haram (KH) dibenarkan naik.. dimaklumkan 8.45 kamar dibuka..



Baca Seterusnya...

Terkini 8.40 am : Kebanyakkan berada di dalam adalah ADUN BN

Ramai YB Kerajaan Haram berada didalam..kedengaran Amidah ular mengatakan kepada saya "Khalil turun pangkat jadi media". Tak apalah Midah, apa pun ok, asal jangan buat keje yang tidak betul. Macam hari ini semua jadi susah kerana kerja haram BN rampas kuasa di Perak.



Baca Seterusnya...

Terkini 8.30 am : Remaja berbaju kuning bertulis Daulat Tuanku, adakah mereka pelajar sekolah ??

Sekitar 50 orang lebih remaja belasan tahun dengan baju seragam kuning dengan tulisan 'Daulat Tuanku'. Mereka semacam pelajar sekolah ??

Tentunya mereka datang bukan percuma dan mendapat habuan dari pihak tertentu.



Baca Seterusnya...

Terkini 8.00 am : Saya gagal untuk dapatkan pas masuk

Walaupun agak awal datang saya cuba berbaris dengan rakan media untuk mendapatkan pas masuk,barisan yang lain dikalangan orang awam dan kebanyakkannya ADUN BN.

Peraturan yang ketat pada hari ini menyebabkan saya tidak dibenarkan untuk mendapat pas masuk. Barisan yang saya tunggu hanya mereka dikalangan rakan media yang ada senarai nama yang diserahkan lebih awal.

Namun saya mendapat bantuan dari seorang rakan yang memperolehi kad, katanya dia berbaris sejak jam 7.00 pagi lagi.

Segala maklumat akan disalurkan kepada saya dan akan dihantar ke blog bagi tatapan umum.



Baca Seterusnya...

Terkini 7.46 am : Rombongan PAS Lenggong sampai

Jam 7.40 minit tadi rombongan dari PAS Lenggong seramai 35 orang yang menaiki bas sampai di Mahkamah. Mereka menaiki bas dengan bayaran cuma RM10 seorang. Mereka berangkat dari Lenggong jam 12.30 malam tadi.



Baca Seterusnya...

Terkini 7.35 am : Orang Awam juga ramai kelihatan

Disamping rakan media dan pemerhati lain, namun kelihatan mula sampai orang-orang awam yang juga datang untuk mendengar sama keputusan yang akan diumumkan pada hari ini.



Baca Seterusnya...

Terkini 7.30 am : Suasana di hadapan pintu utama masuk mahkamah

PUTRAJAYA : Keadaan pintu utama masuk ke mahkamah Putrajaya mula ramai dikalangan rakan media yang menunggu awal dan dikalangan ADUN.

Saya mungkin ADUN Pakatan Rakyat yang pertama datang,namun kelihatan sekitar 4 ADUN BN yang hadir awal termasuk Ganesan.

Saya berbaris bersama dengan rakan media dan menunggu untuk mengambil pas masuk sebagai memenuhi prosuder biasa untuk masuk mengikuti proses pengumumam keputusan kes MB Perak pada hari ini.



Baca Seterusnya...

Lintas langsung dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya

25 Safar 1431H.

Saya akan berada di mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini bersama-sama dengan DS. Nizar serta ADUN yang lain. Selain itu saya jangkakan ramai kepimpinan PAS yang akan hadir. Bagi Negeri Perak antara yang memberi pengesahan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain.

Selain itu sejak kelmarin Bas yang disediakan oleh PAS Perak sebanyak 4 buah telah penuh disisi dan disamping itu terdapat lagi beberapa buah bas yang dikendalikan oleh PAS kawasan.

Komponen lain dalam Pakatan Rakyat Perak iaitu PKR dan DAP dimaklumkan juga menyediakan bas percuma untuk ahlinya. Jumlahnya tidak dapat disahkan.

Gelombang penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan para pemerhati untuk hadir di Putrajaya pada hari ini saya yakin memberangsangkan. Berdasarkan SMS dan talifon yang saya terima, saya jangka jumlah kehadiran pada hari ini adalah jumlah yang teramai dalam perbicaraan kes Perak yang mencuti banyak perhatian banyak pihak.

Semuga pakatan Rakyat Perak sekali lagi diberi peluang untuk menerahui kerajaan negeri dengan keputusan yang akan diumumkan pada jam 9.30 pagi ini.

Jumpa di sana.

Baca Seterusnya...

08 Februari 2010