Wednesday, June 30, 2010

kalau dah takut.....macam2 alasan....

SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menghantar pegawainya ke London untuk merakam kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull berkata keputusan untuk membatalkan pertemuan tersebut dibuat atas pertimbangan undang-undang.

Sebaliknya, SPRM akan menulis soalan kepada Balasubramaniam dan meminta beliau menyerahkan affidavit berhubung perkara itu untuk tujuan penyelidikan.

Syukri berkata langkah tersebut diambil selepas menimbang nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.

Tuesday, June 29, 2010

Awan berbentuk jenazah


Bentuk awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut. - kosmo

Saturday, June 26, 2010


Pencuri pulang coli, seluar dalam

KANGAR: Seorang wanita tergamam sebaik melihat seluar dalam dan coli miliknya yang hilang dua minggu lalu, ditinggalkan di atas cermin keretanya yang diletakkan di pinggir jalan sebuah taman perumahan di sini, semalam.

Mangsa berusia 24 tahun yang enggan nama disiarkan berkata, sepasang pakaian dalam itu dilaporkan hilang bersama kamera digital Sony DSLR milik majikannya yang disimpan dalam bilik tidurnya pada 8 Jun lalu.

“Pagi tadi (semalam) ketika menghidupkan kenderaan untuk ke tempat kerja, saya tergamam selepas mendapati seluar dalam dan coli yang hilang dipulangkan semula pencuri dengan diletakkan di atas cermin depan kereta.

“Saya mengakui ia milik saya yang hilang dan berharap pencuri memulangkan kamera kepunyaan syarikat kerana menyukarkan saya menjalankan tugas harian,” katanya yang menafikan menggunakan khidmat bomoh bagi mendapatkan semula barangan terbabit ketika ditemui di rumahnya, dekat sini.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca sebenar pencuri memulangkan semula barangan terbabit dan tidak bercadang menggunakannya semula.

Katanya, pencuri berkenaan kemungkinan besar memulangkan semula barangan itu secara tergesa-gesa dengan meletakkannya di atas cermin kereta pada waktu malam ketika penghuni taman perumahan nyenyak tidur.

“Tindakan pencuri meletakkan pakaian dalam di tempat terbabit bakal menimbulkan persepsi negatif kepada penghuni taman perumahan.

“Mungkin ramai penghuni atau jiran menganggap saya tidak sopan kerana menjemur seluar dalam dan coli secara terbuka di atas kereta yang diletakkan di pinggir jalan utama walaupun hakikatnya ia dicuri,” katanya.

Dalam kejadian pada 8 Jun lalu, katanya, pencuri dipercayai mengambil barangan dalam bilik ketika nyenyak tidur dengan bertindak membuka tingkap bilik rumah teres yang disewa bersama dua rakan.

“Pencuri berkenaan gagal mengambil komputer riba kerana sukar mengeluarkannya memandangkan tingkap bilik dipasang jeriji besi. Saya hanya menyedari kehilangan kamera ketika mahu keluar bekerja,” katanya.

Menurutnya, banyak kes kecurian dilaporkan berlaku di kawasan perumahan itu termasuk kes menceroboh rumah seorang jiran yang mempunyai anak perempuan untuk mengendap.

Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Beseri, dekat sini, jam 3.30 petang pada hari kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan ‘kaki sekodeng’ yang mengambil kesempatan mencuri barangan ketika menjalankan kegiatan terbabit.

Penemuan semula seluar dalam dan coli miliknya itu turut dilaporkan kepada pegawai penyiasat balai polis terbabit.

Israel lancar serangan udara di wilayah Palestin

GAZA CITY 26 Jun - Rejim zionis Israel terus angkuh dan bertindak ganas apabila pesawat tempurnya melancarkan serangan ke atas Gaza sepanjang malam semalam dan membunuh seorang rakyat Palestin serta mencederakan beberapa orang yang lain, kata saksi dan pegawai perubatan Palestin.

Menurut sumber, tiga orang dilaporkan hilang ekoran serangan udara tentera rejim di bahagian selatan Rafah, berhampiran wilayah yang bersempadan dengan Mesir itu.

Bagaimanapun tiada kerosakan dilaporkan dalam dua serangan udara yang dilancarkan di utara dan selatan wilayah Palestin sepanjang malam semalam itu. - AFP

Wednesday, June 23, 2010

Faekah Setpol Baru MB Selangor

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 23 Jun - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi mengumumkan Faekah Husin sebagai Setiausaha Politik baru beliau menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkuatkuasa 1 Julai depan.

Pelantikan itu dibuat selepas Kongres Nasional KEADILAN yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan bulan lepas.

Sebelum ini, Faekah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Peguam lulusan Universiti Malaya itu berkhidmat dengan Dr Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan beliau sehingga tempatnya diganti.

Pengumuman itu dibuat Abdul Khalid dalam satu majlis bersama media yang diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua yang ditemui di lobi parlimen petang semalam berkata KEADILAN akan melakukan rombakan kecil dalam struktur organisasi.

"KEADILAN akan membuat pengumuman tersebut akhir bulan ini dan terdapat beberapa perubahan kecil akan berlaku selepas ianya dirombak.

"Perubahan ini kita buat selepas mendapat maklumbalas selepas kongres bersidang di Kota Bharu sebelum ini," ujar beliau lagi.

Gambar baru Michael Jackson akan dilelong

PARIS - 12 gambar baru Michael Jackson yang diambil pada tahun 1999 akan dilelong pada Disember ini bersama-sama dengan 700 helai senarai kenalan lagenda pop itu yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh orang ramai, kata jurulelong hari ini.

Syarikat lelong, Pierre Berge & Associes berkata, gambar yang diambil pada tahun 1999 oleh jurufoto Perancis, Arno Bani adalah merupakan permintaan daripada Michael Jackson yang sebelum ini melihat karya jurufoto itu di dalam Majalah Sunday Times dan Style.

Gambar-gambar yang akan diterbitkan Oktober ini di seluruh dunia, sepatutnya diilustrasikan pada album “Invincible” tahun 2001, namun syarikat rakaman akhirnya menggunakan gambar lain bagi kulit albumnya.

Gambar yang ditunjukkan kepada wartawan hari ini memperlihatkan Jackson memakai sut makan malam Yves Saint-Laurent yang berkilau dan bermekap biru pada sebelah matanya.

Bidaan bagi gambar berkenaan akan bermula pada harga 1,000 euro (RM3,936). - AFP

Tuesday, June 22, 2010

3 cedera masjid kena bom

PATTANI : Seorang wanita dan dua budak lelaki cedera apabila dua lelaki melontar bom tangan ke dalam masjid di daerah Sai Buri, semalam.

Menurut polis, Aranya Tokayor, 43, Romsu Aming dan Amran Kwaeng, kedua-duanya berusia 9 tahun, cedera dalam letupan ketika jemaah menunaikan solat subuh.

Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di Hospital Putera Mahkota Sai Buri.
Penyiasat berkata, serangan dilakukan dua lelaki bermotosikal. - Agensi

TERKEZUZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.......





( BERUK MANA PULAK YANG TERLEPAS NIEE )

BILAKAH PAK NAJIB NAK BAGI JAWAPAN TARIKH PILIHANRAYA?????


ADAKAH RAKYAT MALAYSIA....AKAN TERKEZUZ DENGAN TARIKH TERSEBUT???


ATAU PAK NAJIB YANG AKAN TERKEZUZ DENGAN PENANGAN RAKYAT.......


ANTARA RAKYAT .. PAK NAJIB...ATAU ZAMBRY YANG MANA
AKAN TERKEZUZ.?????...


KITA NANTIKAN JAWAPAN DARIPADA TUKANG PAK SUKA BUAT ORANG TERKEZUZZ...

INILAH DIA TUAN PUNYA BERUK YANG TELEPAS.....
( GAMBAR DIATAS )




HAHAHHAHAHHAHHAHHAHHHHAHA................


Monday, June 21, 2010

Kemalangan maut di Manjung............

Padah belok tiba-tiba

PEKAN GURNEY – Hasrat suami isteri untuk pulang ke rumah tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut setelah motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta dalam satu kemalangan di Simpang Dua, di sini, petang kelmarin.

Kemalangan kira-kira jam 6.30 petang itu meragut nyawa Ong Nguh Ing, 66, manakala suaminya, Lau Hong Hua, 72, mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi pasangan berkenaan dari arah Pekan Gurney ke Simpang Dua, membelok secara tiba-tiba.

Menurutnya, sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki Cina berusia 23 tahun dari arah Simpang Dua ke Pekan Gurney tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal itu.

“Rempuhan itu mengakibatkan penunggang dan pembonceng tercampak ke tepi jalan yang menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk mendapatkan rawatan.

“Manakala pemandu kereta yang berasal dari Ayer Tawar itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Shaharudin berkata, mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di wad kecemasan kira-kira jam 8.30 malam, manakala suaminya, masih menerima rawatan di HSM serta difahamkan keadaannya stabil.

Katanya, mayat mangsa sudah dituntut ahli keluarganya kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

“Polis akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

KITA TENGOK...SAPA YANG KENA....

MUSIM CUTI SEKOLAH DAH ABAIS DAH......KENDURI KAHWIN PUN DAH SELESAI......SEKARANG MUSIM BULAN MADU...BAGI YANG BERGELAR PENGANTIN BARU..TAPI BAGI DR ASRI DAH ADA YANG BERKENAN DI HATI.....DUA PARTI SEDANG MELAMAR BELIAU ..ANTARA PAS @ BN ... MANAKAH PILIHAN DR MOHD ASRI
... TEPUK DADA ..
TANYA IMAN........




Beberapa pemimpin Umno telah menemui Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagi melamar bekas mufti Perlis itu bagi menyertai parti mereka.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengannya, pertemuan melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno itu telah beberapa kali berlangsung.

"Beberapa lagi siri pertemuan akan diadakan selepas ini," kata sumber-sumber yang maklum tentang usaha Umno itu.

Sabtu lalu, akhbar web Umno Online melaporkan Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof, Dr Mohd Asri dilaporkan akan menyertai Umno menerusi cawangan dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.

Menulis dalam blognya selepas itu Dr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung pertemuan itu.

Buat masa ini, tambahnya, belum jelas status rundingan itu sama ada Dr Mohd Asri benar-benar akan menyertai parti Melayu itu pada Jumaat ini.

Difahamkan juga, selain bantahan bertubi-tubi terhadap ura-ura penyertaan Dr Mohd Asri itu, ulama muda itu turut menerima sokongan daripada sebahagian penyokongnya yang ingin turut sama mengikuti jejak-langkahnya.

Jika perkara tersebut benar-benar menjadi kenyataan, penyertaan ulama kontroversi itu bakal memberikan tamparan hebat kepada pembangkang yang sebelum ini turut berusaha melamar beliau.

Saturday, June 19, 2010

Bintang porno dakwa ibu anak Woods

LOS ANGELES: Tiger Woods mungkin berharap skandal seksnya sudah dilupakan.
Tetapi kini, seorang pelakon filem lucah mendakwa bintang golf berkenaan adalah bapa kepada anaknya yang kini berusia sembilan tahun.

ANAK KEKASIH GELAP...gambar Austin T (kiri) dan Tiger Woods ketika kanak-kanak.
ANAK KEKASIH GELAP...gambar Austin T (kiri) dan Tiger Woods ketika kanak-kanak.

TIGER WOODS. DEVON...bekas pelacur yang kini menjadi bintang porno.


TIGER WOODS.
Devon James, wanita terakhir daripada 14















orang yang didakwa menjadi kekasih gelap Woods berkata, dia melahirkan anak Woods ketika berusia 19 tahun.


Pelacur berusia 29 tahun itu yang kini menjadi bintang filem porno memperoleh bayaran beribu-dibu dolar dengan menjual kisah skandal seksnya dengan Woods, menamakan kanak-kanak itu Austin T dan menegaskan singkatan huruf T itu merujuk kepada Tiger.


Menurut Devon, dia memberitahu Woods mengenai kanak-kanak itu enam tahun kemudian apabila bintang golf itu melanggannya untuk seks dengan bayaran AS$2,000 (RM7,000) semalam.


Bagaimanapun Woods enggan menemui kanak-kanak itu.


Devon tidak pernah menjalani ujian DNA untuk membuktikan dakwaannya.


Laporan mengenai anak Woods menerusi kekasih gelapnya mula timbul minggu ini ketika dia bersiap sedia untuk menyertai Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat di Pebble Beach, California, walaupun khabar angin mengenainya pernah tersebar sebelum ini.


Dalam dokumentari yang disiarkan baru-baru ini, bekas pengarang sebuah majalah Amerika Syarikat, Neal Boulton, mendakwa dia tahu kisah mengenai anak Woods itu.


Boulton bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan atau memberi sebarang butir berhubung bayaran yang mungkin diterimanya untuk mendedadahkan cerita itu.


Dia juga tidak menyebut bila kanak-kanak itu dilahirkan serta tidak mendedahkan akhbar Amerika yang dia percaya mempunyai cerita mengenainya.


Devon yang berasal dari Sarasota, Florida, berkata, dia menjalinkan hubungan dengan Woods ketika masih menuntut di sebuah sekolah Kristian dan bintang golf itu pula belum berkahwin ketika itu.


Rakannya memberitahu akhbar berkenaan, Devon memaklumkan kepada Wood mengenai Austin pada 2006.


“Dia menunjukkan gambar Austin dan memberitahunya bahawa dia adalah anaknya,” kata seorang rakan Devon kepada New York Daily News.


“Woods enggan menemui budak itu tetapi menghantar hadiah kepadanya.” Peguam Woods enggan mengulas perkembangan terbaru itu.


Bagaimanapun, ibu Devon, Melinda Brinling-Caso yang menjaga kanak-kanak itu menafikan dakwaan bintang porno itu.


Friday, June 18, 2010

Tian Chua Lepas Jawatan. Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Bakal Diadakan Bulan Julai

Komponen Pakatan Rakyat (PR) sudah memulakan langkah persiapan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu — pilihan raya kecil pertama di Wilayah Persekutuan selepas Mac 2008.

Kerusi itu kemungkinan besar akan diisytiharkan kosong ekoran hukuman denda RM2,000 dikenakan ke atas Ahli Parlimen Tian Chua oleh Mahkamah Tinggi selepas menolak rayuannya semalam.

Hukuman denda RM2,000 sudah cukup memadai untuk menganggap kerusi itu kosong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti implikasi hukuman semalam.

Tian Chua wakil rakyat penggal pertama memenangi kerusi itu pada 8 Mac 2008.

Meskipun Hakim Datuk Ghazali Cha mengurangkan denda bagi mengelakkan pilihan raya kecil, tetapi peguam veteran Karpal Singh berkata, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas kerusi Batu telah kosong.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, partinya akan menyokong pilihan PKR untuk menurunkan calon mereka di kawasan yang mempunyai 80,000 pengundi.

Batu merupakan salah satu daripada 10 kerusi dimenangi calon PR pada pilihan raya umum lalu.

Wilayah Persekutuan memperuntukkan 11 kerusi.

“Kami sedang bersiap sedia untuk kemungkinan pilihan raya kecil di Batu dan akan menyokong pilihan PKR jika ia diputuskan,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mengenai kemungkinan calon yang berwibawa untuk diturunkan, Lim berkata, PKR mempunyai beberapa calon tetapi Datuk Zaid Ibrahim yang tewas di Hulu Selangor April lalu merupakan wakil PR untuk kerusi kawasan bandar ini.

“Itu terserah kepada PKR tetapi Zaid adalah calon yang sesuai,” katanya.

Lim juga berkata, DAP Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuaratnya tidak lama lagi untuk membincangkan strategi PKR mengekalkan kerusi berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata partinya belum membuat sebarang keputusan konkrit berhubung kemungkinan tersebut.

Bagaimanapun katanya, sama ada SPR akan memanggil pilihan raya kecil atau tidak kemungkinan besar bergantung pada kehendak Barisan Nasional (BN).

“Lebih-lebih lagi mereka bertanggungjawab kepada Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Fuziah memberitahu, jika benar hakim mahkamah mahu menjaga kepentingan rakyat dengan mengelakkan pilihan raya kecil, maka beliau harus meneliti semula penghakimannya mengenakan denda RM2,000.

Oleh itu kata Fuziah, nasib Tian Chua hari ini berdasarkan “penghakiman satu sen.”

“Ia persoalan penghakiman satu sen. Jika denda yang dikenakan RM1,999.99 (kurang satu sen), beliau sudah terlepas daripada implikasi (hilang kerusi),” katanya.

“Hakim seharusnya menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengkaji semula denda dikenakan.

“Dan, kini ia antara satu sen dan beribu atau berjuta ringgit yang akan dibelanjakan dalam pilihan raya kecil,” katanya.

Pun begitu, Ahli Parlimen Kuantan ini berkata, jika pilihan raya kecil diadakan PKR yakin akan mempertahankan kerusi tersebut atas faktor sumbangan Tian Chua selama ini.

“Saya tidak mahu kata apa yang akan berlaku kemudian hari, tetapi saya tahu bahawa dalam dua tahun sejak menjadi Ahli Parlimen, Tian Chua telah bekerja kuat, sangat kuat.

“Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, jenteranya sudah bersiap sedia dan akan bersedia (untuk turun gelanggang,” katanya.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi juga berkata, pihaknya mula bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di Batu.

“Dalam pilihan raya dipanggil, walaupun ia sesuatu yang malang, kami akan menggerakkan sokongan untuk menyokong calon Pakatan Rakyat,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.

Bagaimanapun beliau menekankan seorang calon yang kredibel harus dipilih untuk mengisi tempat Tian Chua.

Tian Chua memenangi kerusi itu dengan menewaskan calon BN dari Gerakan, Lim Si Pin dengan majoriti 9,445 undi pada 8 Mac lalu. — Reuters

Wednesday, June 16, 2010

CASH DEPOSIT....

Inilah akibatnya apabila tidak menghormati tuan rumah....majlis ditemani dgn hujan lebat & kilat sabung menyambung......insaf laaaa....wahai pak Jib & cik Mah.....bukan sahaja rakyat kelantan tidak terima kamu...malah tuhan pun membenci pemerintah yang zalim...

ikuti perkembangan dari tukar tiub..

mengikut aturcara majlis jam 8.45 kesampaian
lord murujib dan bik mama.

jam telah melintasi 9.malam.
hujan masih lebat
kilat sabung menyabung






INI GAMBAR TERKINI - JAM 8.44 DARI KOTA BAHRU SEMUA LUNGKUP OLEH HUJAN




FRU DISERATA PENJURU ARAH KE STADIUM


HUJAN LEBAT KACAU MAKE UP BIK MAMA












Pembubaran 13 cawangan Jelutong: Ahli Umno berang

Sekumpulan pemimpin Umno di Jelutong begitu berang dengan tindakan setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim kerana mengumumkan kepada media bahawa beberapa cawangan di negeri berkenaan akan ditutup.

Ketika sidang media lebih dua jam di Hotel Grand Continental, Pulau Pinang, mereka mencabar Azhar membuktikan bahawa cawangan berkenaan benar-benar tidak aktif dan mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pembubaran itu oleh majlis tertinggi parti.

Kumpulan berkenaan berkata urusan membubarkan mana-mana cawangan sepatutnya dibuat oleh pemimpin tertinggi Umno dan bukannya oleh Azhar.

Menurut pemimpin Umno cawangan Persiaran Perak, Idris Osman, Pendaftar Pertubuhan juga tidak memaklumkan berhubung pembubaran cawangan berkenaan.

Katanya, semakan dengan pendaftar dua bulan lalu mendapati cawangan-cawangan berkenaan masih aktif.

"Sepatutnya majlis tertinggi parti yang patut membuat pengumuman itu, bukannya Azhar. Siapa dia untuk berbuat demikian,” katanya dengan nada sinis.

Nada yang sama disuarkan oleh pemimpin cawangan Taman Perak, Mahadzir Mohd Mustaffa yang menuduh Azhar bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menutup cawangan berkenaan demi kepentingan politiknya menjelang pemilihan parti akan datang.

"Azhar mesti melawat cawangan-cawangan berkenaan dan melihat sendiri keadaan yang sebenar. Ini isu yang besar yang bakal menentukan masa depan Umno, bukan sahaja di Jelutong tetapi juga Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, pemimpin cawangan Jalan P Ramlee Syed Feisal Syed Mohd mendakwa 13 cawangan berkenaan ditutup kerana ahlinya didakwa menyokong Pakatan Rakyat.

"Kita tidak sepatutnya bertindak tanpa sebarang bukti. Kecuali mereka didapati berceramah di pentas Pakatan Rakyat, membawa bendera pembangkang ataupun membidas Umno, kita tidak boleh mengandaikan mereka menyokong pembangkang,” katanya.

Semalam, Azhar, yang juga ADUN Penaga (BN) mengesahkan 13 cawangan Umno dibubarkan.

Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Barisan Nasional di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua ahli daripada cawangan yang dibubarkan itu diserapkan ke 25 cawangan yang lain.

Tuesday, June 15, 2010

Pegawai polis kehilangan pistol, 14 peluru selepas bilik hotel diceroboh masuk

SIBU: Seorang pegawai polis melaporkan kehilangan sepucuk pistol bersama 14 butir peluru yang dibawanya, ketika beliau dan seorang rakan setugas sedang tidur dalam bilik di sebuah hotel di sini awal hari ini.

Pegawai itu dan rakannya yang bertugas di Bahagian Betong, sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat esok apabila mereka mendaftar masuk ke sebuah hotel di Kampung Nyabor malam semalam.


Dalam laporan polis itu, pegawai berkenaan berkata mereka berjaga sehingga 3 pagi, menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia menerusi televisyen dalam bilik mereka di tingkat satu.


Sebelum melelapkan mata, mereka mengunci pintu tetapi tingkap tidak dapat dikunci.


Kira-kira 4 pagi, pegawai terbabit terjaga selepas terdengar bunyi benda jatuh dan apabila diperiksa, beliau mendapati beg kembaranya diselongkar dan pakaiannya bertaburan di atas lantai.


Dalam laporan itu juga, pegawai berkenaan berkata beliau kehilangan sebuah telefon bimbit bernilai RM1,600.- Bernama

Sunday, June 13, 2010

Penyebar video lucah belum dicam

JAKARTA: Polis masih belum menerima maklumat mengenai penyebar pertama video porno yang membabitkan artis terkenal Indonesia, Ariel ‘Peterpan’, serta pelakon dan model, Luna Maya dan Cut Tari.

GAMBAR ILUSTRASI... ARIEL bersama dua artis yang dikaitkan dalam video lucah.
GAMBAR ILUSTRASI... ARIEL bersama dua artis yang dikaitkan dalam video lucah.

Dalam pada itu, Ariel yang sudah digelar Ariel ‘Peterporn’ selepas video lucah itu tersebar, mengambil sikap berdiam diri selepas disoal siasat oleh polis, semalam.


Dia dan Luna yang disoal selama kira-kira dua setengah jam enggan bercakap kepada wartawan yang menanti mereka di luar balai polis di Jakarta. Sementara itu, pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan menggesa polis supaya turut menyiasat suami Cut, Yusuf Subrata berhubung video berkenaan.


Farhat Abbas dari Lembaga Sosial Masyarakat Jamin Rakyat berkata, tindakan Yusuf berdiam diri tidak boleh diterima walaupun dia bertindak demikian untuk menutup aib isterinya.


Farhat turut mengesyorkan supaya polis memeriksa kesihatan Ariel, Luna dan Cut memandangkan apa yang mereka lakukan membabitkan seks bebas yang jika dibiarkan akan menyebabkan virus tersebar luas. — Agensi

Monday, June 7, 2010


Bibir kemaluan bayi seolah-olah bercantum


SAYA baru saja melahirkan bayi perempuan sebulan lalu. Masalahnya, saya mendapati bibir kemaluan bayi saya melekat seolah-oleh bercantum.

Sewaktu baru dilahirkan dulu, ia kelihatan normal dan terbuka. Bagaimanapun, dia masih kencing dan kelihatan basah berwarna kuning seperti biasa pada lampinnya. Adakah bayi saya normal?

MINA,
Kuala Lumpur.



ANDA boleh membawa bayi anda untuk pemeriksaan pakar sakit puan. Usah bimbang, selepas kelahiran doktor sudah melakukan pemeriksaan fizikal menyeluruh untuk memastikan bayi itu perempuan.

Anda juga ada menyatakan bibir terbabit tidak bercantum sebelum ini.

Keadaan ini jarang berlaku akibat kekurangan hormon dan tidak perlu risau. Rawatan juga mudah iaitu secara menyapu krim mengandungi bahan hormon estrogen dan bibir kemaluan bayi anda akan terbuka semula dalam masa beberapa minggu saja.

Sunday, June 6, 2010

KERETA UNTUK DI LELONG.............

KERETA Aston Martin unik yang direka khas untuk ejen perisikan 007, James Bond memiliki kelas tersendiri. Sukar mengkelaskan statusnya, sama ada umpama satu mainan ataupun kenangan unik genre filem itu.

pix_middle

Kereta sport ikon, DB5 ini dipandu aktor Sean Connery yang melakonkan watak ejen 007 dalam filem Goldfinger dan ia sama seperti kereta yang dipandu Bond ke kelab golf untuk bermain dengan Goldfinger.


Apapun, kereta inilah yang dipandu Bond ketika bersaing dengan kereta Mustang dipandu watak Tilly Masterson di pergunungan Alps.


Dua kereta dihasilkan untuk penggambaran filem 1964 itu, tapi satu daripadanya dilapor lenyap tanpa berita.


Dalam erti kata lain, kereta yang bakal dilelong ini adalah satu-satunya kereta yang beraksi dalam filem Goldfinger dan juga dalam filem Thunderball setahun kemudian.

Buat kali pertama, DB5 dilengkapi pelbagai gajet khas yang memikat ramai peminat Bond dibuka untuk dimiliki umum.


Tidak hairan jika rumah lelong menganggarkan ia mungkin dibeli dengan harga £4 juta (RM19 juta).


Dalam filem, kereta ini dilengkapi gajet seperti mesingan, penghadang peluru dan juga nombor plet yang boleh ditukar.


Meskipun semua gajet dan butang di tempat duduk itu wujud, mesingan dipasang bukan yang tulen dan penghadang tidak dapat menangkis peluru hidup.


Kerusi pelenting yang diaktifkan butang di tuil gear juga didakwa tidak beroperasi.


Kereta yang mampu mencecah kelajuan 232 kilometer sejam (kmj) dan 96 kmj dalam tempoh hanya 7.1 saat ini dibeli daripada Aston Martin pada 1969 oleh DJ radio, Jerry Lee dengan harga hanya AS$12,000 (RM39,500).


Kereta yang memiliki nombor plet FMP 7B ini masih elok enjinnya dan hanya dipandu sejauh 48,000 kilometer.

Lee kini berusia 70-an dan kerap memandu kereta ini pada era 1970-an tapi sudah lama menyimpannya di setor.


Beliau akan menjualnya di London dan hasil jualan akan didermakan kepada pertubuhan kebajikan yang membantu menyelesaikan masalah sosial.


Jurucakap pusat lelong RM Auctions, Peter Haynes, berkata kereta itu boleh dipandu di jalan raya.


“Mesingan tidak boleh digunakan tapi anda boleh menekan butang dan melihat ia keluar ke kedudukannya,” katanya.


Kereta itu dijual kepada Lee selepas ia digunakan dalam filem Thunderball.


“Lee adalah pemilik tunggal kereta ini sejak detik itu. Beliau terpaksa memujuk Aston Martin untuk menjual kereta ini kepadanya dan mereka akhirnya memenuhi permintaannya itu dengan syarat boleh menggunakan kereta itu untuk aktiviti promosi pada bila-bila masa.


“Kereta ini dilihat kali terakhir di tempat umum pada 1970-an kerana selepas itu ia disimpan di setor bertemakan Bond.” Beliau turut memberi jaminan enjin kereta dan juga seluruh gajetnya masih beroperasi.


“Anda boleh gunakan penyembur asap dan minyak, nombor plet boleh ubah dan juga mengaktifkan penghadang kalis peluru di belakang,” katanya.


Upacara lelong dijadual berlangsung 27 Oktober dan Haynes menjangka ramai pembida seluruh dunia tertumpu pada kereta itu.


“Jika kereta biasa, kami pasti ramai peminat kereta klasik akan berminat memiliki kereta ini. Namun, dengan tema 007, ramai hartawan yang mengumpul koleksi selebriti terkenal seperti gitar Jimi Hendrix dan pakaian Marilyn Monroe pasti berminat memilikinya,” katanya.


Kereta itu dibaik pulih baru-baru ini bagi memastikan enjinya beroperasi dengan lancar.


“Kereta James Bond ini memberi kepuasan luar biasa buat saya sejak 40 tahun lalu. Walaupun saya menjualnya, kereta ini tetap memberi saya kepuasan kerana saya tahu hasil lelongan ini bakal dibawa yayasan yang bakal membawa kebaikan di seluruh dunia,” kata Lee yang menetap di Philadelphia, Pennsylvania.

Saturday, June 5, 2010

Ikan keli seberat 113kg ditangkap

Ikan keli seberat 113kg ditangkap


GAMBAR menunjukkan Godi bersama ikan air tawar yang ditangkapnya.

MONTOVA, Itali - Seekor ikan air tawar gergasi sepanjang 2.5 meter dan seberat 113 kilogram (kg) yang ditangkap oleh seorang pemancing, Roberto Godi berusia 32 tahun di utara Itali telah memecahkan rekod ikan air tawar terbesar di Eropah, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu berjaya ditarik selepas 45 minit bertarung sekali gus mengatasi rekod sebelum ini seberat 112kg yang ditangkap oleh pemancing dari Perancis, Christophe Dubreuil di sungai Ebro Sepanyol. Namun, Godi melepaskan semula ikannya itu ke dalam sungai.

Dia juga telah menghantar maklumat hasil tangkapannya itu ke Persatuan Permainan Memancing Antarabangsa untuk mengesahkan rekodnya. - Agensi

Angler lands monster catfish

This monster from the deep has broken the record for the biggest freshwater fish caught in Europe.
Measuring 8.2ft long and weighing just over 250lbs the gigantic catfish was heaved out of a lake after a 45 minute back-breaking tussle.

Plucky angler Roberto Godi was nearly thrown into the water when the brute took his bait of a bream fish.

catfish
Monster from the deep: This catfish has broken the record for the biggest freshwater fish caught in Europe. Roberto Godi landed the brute in Italy

After an epic battle to reel it in, several other fishermen rushed to his aid to help him lift the beast onto a weighing frame and mat designed to support such beasts.

The scales shot up to a mighty 250lbs 2ozs - or 17.8 stones - sparking scenes of celebration on the river bank.

Not only is the catch the biggest of its kind in Europe, it is also the biggest species of wels catfish ever caught in the world.

It broke the previous European record which was another catfish that weighed 246lbs 14oz and was caught by French angler Christophe Dubreuil on Spain's River Ebro.

The specimen was netted by Roberto, 32, on the River Po at Mantova, northern Italy, before being released back into the water safe and well.

catfish
Here's Roberto Godi with the gigantic catfish - the biggest species of catfish ever caught in the world.

Alberto Bartoli, the charter captain who was with Roberto, said: "At first we thought it was a medium sized fish, then Roberto felt a lot of pressure and the water cleared and we knew it was a big one.

"It took around 45 minutes to reel in, it was a real fight.

"When he got it in all the other fisherman were so surprised, we knew it was big and when the weight was confirmed Roberto was delighted.

"He said he had never been so happy and that it was the strongest fish he had ever caught, Roberto is also pleased the fish was returned unhurt." Simon Clarke, secretary of the Catfish Conservation Group, believes the fish is probably between 20 and 30 years old.

Simon said: "It is the largest Catfish I have seen in 25 years. I think there could be some bigger but not significantly.

"It is feasible for this fish to reach 300lbs but no more than that. I have never seen pictures of anything bigger.

"Once these fish get over 100lbs it becomes a physical battle as they become more powerful than you. It is a fantastic achievement." Roberto has submitted his catch to the International Game Fishing Association, which is expected to confirm it as a record.

Jack Vitek, of the IGFA, said: "The record is still being verified, there are quite a few checks we need to make first but hopefully it will be confirmed soon."

Friday, June 4, 2010

UMNO BARUAAAA.......


OTAK UMNO DAH BERKARAT DIDIDIK OLEH APCO................

INI BUKTINYA.................

Text ColorMAMPOOOOOS UMNO....

PM didakwa beri jawapan bercanggah isu RMK9


Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini mempertikaikan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa memberikan jawapan bercanggah berhubung status projek bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Katanya, Najib dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada April lalu menyebut, sebanyak 705 buah projek berada dalam status Belum Mula.

Jawapan itu adalah bagi soalan yang dikemukakan ahli parlimen Setiawangsa Datuk Zulhasnan Rafique.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulisnya kepada Lim, Najib menyebut hanya 11 buah projek yang berstatus Belum Mula bawah RMK9, melibatkan peruntukan sebanyak RM82 juta.

"Macam mana soalan sama tapi jawapan berbeza-beza?," soal Lim dalam sidang media di pusat khidmatnya di Segambut, Kuala Lumpur hari ini.

"Kalau 11 projek sudah berjumlah RM82 juta, kalau 705 projek, berapa jumlah peruntukannya?" soalnya lagi.

Tambahnya, beliau percaya perdana menteri telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan jawapan-jawapannya yang didakwa berbeza itu.

Sehubungan itu, Lim berkata, beliau akan menuntut penjelasan berhubung kekeliruan itu pada sesi perbahasan selepas pembentangan RMK10.

"Perkara dalam RMK9 pun belum diselesaikan lagi, macam mana hendak bentangkan RMK10?" soalnya.


Tinggalkan BN untuk selamat anak cucu, cicit

KOTA BHARU, 4 Jun: “Saya mengingatkan seluruh rakyat di negara ini bahawa untuk membela nasib sendiri serta nasib anak cucu cicit kita, mestilah tinggalkan BN, ini pandangan saya,” ujar Naib Presiden Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), S. Surianarayanan.

Beliau berkata, untuk menyelamatkan negara dari pemerintahan yang ada sekarang, kerajaan itu mesti ditukarkan kepada kerajaan yang baru.

“Kalau kita tidak tukarkan kepada satu kerajaan yang baru, Kerajaan Malaysia akan hancur, ini berdasarkan kajian kami.

“Contohnya, Kerajaan Malaysia sudah begitu banyak hutang, hinggakan ekonomi kita tidak boleh dipulihkan sampai bila-bila masa pun.

“Negara kita sekarang sudah berada dalam keadaan muflis, justeru apabila kerajaan itu sudah nak ‘kiamat’, kita hendaklah selamatkan. Kita kena tukarkan kepada satu kerajaan yang baru,” kata Suria.

Beliau bercakap kepada media pada Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia – Ulasan Buku Prof Dr Yusof Al-Qardawi: ‘Kedudukan Non Muslim Dalam Masyarakat Islam’ di sebuah hotel di sini semalam.

Mengulas DHPP, beliau berkata dewan itu kini mempunyai keahlian di seluruh negara kira-kira 80,000 orang meski pun media sebelum ini melaporkan seramai 20,000 orang.

Di Perak sendiri, menurutnya, terdapat seramai 18,400 ahli berdaftar.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak (kini DHPP) berkata, setelah Kelab Penyokong PAS (KPP) didaftarkan atas nama DHPP, ramai ahli bukan Islam menyertai DHPP.

Ini, katanya kerana mereka sudah yakin dengan PAS dan mempunyai foundation yang kukuh.

“Sebab itulah kami kaum India sekarang sudah tahu akan tindakan BN (bahawa) mereka begitu lama perbodohkan kami khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Bukan saja orang bukan Islam tetapi juga orang Islam sendiri diperbodohkannya.

“Ramai juga dari kawan kami dalam Umno sendiri sudah sedar, justeru mereka akan menyertai DHPP.

“DHPP berharap PAS dan Pakatan Rakyat akan mampu memerintah Malaysia, dengan dibantu semua penganut agama-agama yang ada di negara ini,” ujarnya.

Seminar itu disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, manakala pembentangannya dilakukan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim (Macma) Ann Wan Seng, Shah Kirit (Saba Islamic Media), Datuk Dr Johari Mat (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra – KIAS) dan Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai pengulas.

Wednesday, June 2, 2010

Manusia yang berperangai BINATANG.....

Mayat bayi tepi jalan ..................


DAMANSARA – Zalim! Lagi kekejaman buang bayi. Itu ungkapan kepada mereka yang tidak berhati perut mencampakkan bayi di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya, petang semalam.

Mayat bayi lelaki masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan dipercayai masih hidup ketika dicampak dan temui ajal akibat lemas ditimpa hujan lebat kira-kira jam 5 petang.

Lebih menyayat hati apabila mayat bayi tanpa seurat benang ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dipercayai selepas sejam selepas bayi itu dibuang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat bayi itu.

“Pihak polis percaya mayat bayi ini ditinggalkan ketika hujan menyebabkan ianya kembung,” katanya

Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengetahui keturunan atau bangsa bayi berkenaan.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Polis Petaling Jaya kini melancarkan gerakan mengesan ibu bapa bayi malang berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Petaling Jaya, menerusi .

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS

Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.

Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."

Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .

Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.

Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.

Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.

Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut.

Tuesday, June 1, 2010

Wak Dajal buat onar

AMPANG: Wak Dajal!. Gelaran itu layak buat seorang dukun yang bernafsu songsang apabila cuba mencabul seorang remaja lelaki dengan menggunakan kaedah rawatan pelik yang didakwanya boleh menyembuhkan penyakit bapa remaja terbabit, malam kelmarin.

Kejadian menjijikkan itu berlaku ketika remaja berusia 19 tahun berkenaan berkunjung ke rumah dukun terbabit untuk mengambil ubat buat bapanya.


Sejurus tiba di rumah dukun itu di Kampung Pandan Dalam di sini, remaja berkenaan dipelawa masuk.


Menurut sumber polis, remaja berkenaan dimaklumkan penyakit bapanya boleh diubati melalui tubuhnya.


“Dukun terbabit memberitahu penyakit bapanya itu boleh diubati melalui badan remaja berkenaan dengan alasan mereka anak-beranak.


“Dia mendakwa rawatan itu boleh dilakukan pada badan mangsa tanpa perlu melihat keadaan bapanya sebelum meminta mangsa menanggalkan baju,” katanya.


Beliau berkata, sejurus membuka baju, dukun itu meneliti tubuh mangsa.


“Dukun terbabit berpura-pura mengukur badan mangsa dan mendakwa kononnya ia satu dari syarat rawatan untuk mengubati penyakit bapa remaja itu.


“Sambil membaca jampi serapah, dukun terbabit mula melakukan rawatan dan remaja berkenaan hanya membiarkan badannya diukur lelaki terbabit,” katanya.


Katanya, rawatan yang mulanya dianggap normal mula bertukar menjijikkan apabila dukun terbabit tiba-tiba berhenti mengukur badannya sebaik tiba pada alat sulit mangsa.


“Dia megang dan meletakkan alat sulit mangsa ke telinganya,” katanya.

Menurut sumber itu, dukun terbabit mula bertindak biadab dan melakukan perbuatan menjijikkan.


“Namun, belum sempat dia melakukan perbuatan keji itu, mangsa tiba-tiba seperti tersedar dari lamunan dan terus menolak dukun terbabit.


“Takut dengan perbuatan keji itu, mangsa memakai bajunya sebelum melarikan diri keluar dari rumah dukun terbabit dan membuat laporan polis,” katanya.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun, awal pagi semalam untuk membantu siasatan. “Suspek ditahan kira-kira jam 2.30 pagi dan siasatan awal mendapati selain mengubati orang, dukun yang terkenal dengan panggilan Wak di kalangan penduduk itu juga dikatakan pandai dalam bidang urutan tradisional.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.