Tuesday, July 20, 2010

kera di hutan di susukan......






Interaktif - SMS
sinar harian edisi perak 19/07/10

Saya sokong 100 peratus pembangunan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor harus diberhentikan. Ini kerana jika pembangunan diteruskan, hanya cantik mata memandang tetapi jika tiada pantai untuk beriadah, apa guna pembangunan. Lagi satu untuk penjaja di Teluk Nipah jangan terlalu mencekik darah, makan lapan orang sampai RM800, mengalahkan makan di hotel lima bintang? Takkan Menteri Besar orang Pangkor, harga makanan pun naik harga? - PELANCONG TERTIPU







MANA DIA MB MAHKAMAH....TAK TAK DUDUK DIAM JA.......JAWAP JANGAN TAK JAWAP.......????











Thursday, July 15, 2010

Terima rasuah RM370 dipenjara setahun, denda RM20,000

( sekadar gambar hiasan )

KUALA LUMPUR - Bagaikan tidak menyangka dia akan dipenjarakan, seorang anggota trafik berpangkat konstabel hari ini hanya mampu mengalirkan air mata selepas dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM20,000 setelah disabitkan bersalah atas dua pertuduhan rasuah, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman itu ke atas Mahazan Mat Halim, 28, yang bertugas di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Hakim tersebut bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan dengan syarat peguam bela, Mohd. Hairani Samsi yang mewakili tertuduh memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi sebelum pukul 2 petang esok.

Mahazan didakwa menerima rasuah sebuah telefon bimbit jenama Nokia 6120 dan wang tunai RM20 daripada seorang pengguna jalan raya, Zainudin Maiden pada pukul 7.30 malam di Batu 5 1/2, Jalan Cheras, Kajang berhampiran Taman Midah, Cheras di sini.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa meminta rasuah RM350 daripada Zainudin pada pukul 6.30 petang, dua hari kemudian di Stesen Minyak Shell, 111, Jalan Maharajalela di sini.

Tertuduh didakwa menerima dan meminta rasuah itu sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman terhadap Zainudin yang melakukan kesalahan lalu lintas seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar serta cukai jalan yang telah tamat tempoh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana yang lebih tinggi.

Bagi setiap kesalahan tersebut, dia dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000. Jika gagal bayar denda, dia boleh dipenjara lima bulan.

Hukuman tersebut bagaimanapun diperintahkan berkuat kuasa serentak.

Terdahulu, Mohd. Hairani merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan atas alasan tertuduh perlu menjaga kebajikan kedua orang tuanya yang merupakan petani di kampung selain menyara isteri dan anaknya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azizun Mohamad.

Remaja 13 tahun parah ditembak Zionis

GAZA 15 Julai - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengalami cedera parah selepas ditembak tentera rejim Zionis awal pagi ini ketika sedang mengutip besi buruk berhampiran sempadan Tebing Gaza yang dikawal ketat tentera rejim itu, kata pegawai perubatan Palestin.

Ketua pegawai kawalan kecemasan Gaza, Muawiya Hassanein berkata, remaja yang bernama Ahmad Obeid itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih berada di hospital untuk diberi rawatan rapi.

Penduduk Gaza sering menjadi mangsa kekejaman tentera rejim Yahudi yang sewenang-wenangnya menceroboh tanah rakyat Palestin ini serta merobohkan ribuan tempat tinggal selain melakukan tembakan rambang ketika kebanyakan umat Islam sedang menunaikan solat berjemaah di masjid. - AFP

Sunday, July 4, 2010

PM PUNYA CERITA.............macam2 adaaa....

PM Itali upah penari lucah dalam hotel


BRASILIA: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, didakwa membayar upah lebih RM4,400 kepada sekumpulan wanita jelita untuk menghiburkannya ketika melakukan lawatan rasmi ke Brazil, lapor media semalam.

Lebih menarik, kumpulan itu diberitahu kononnya mereka dipilih menjalani uji bakat bagi program televisyen di Itali dan Berlusconi, 73, mahu melihatnya terlebih dulu.


Seorang daripada penari itu, Alexandra Valenca, 28, berkata mereka pergi ke Hotel Tivoli di Sao Paolo dan di situ ada disediakan hidangan mewah Itali.


“Kami cuma diberitahu mereka mahu mencari penari Brazil yang berbakat untuk program televisyen Itali dan akan akan mula disiarkan dua minggu lagi,” katanya, semalam.


Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika Berlusconi mengetuai delegasi negaranya - termasuk sekumpulan ahli perniagaan - melawat Brazil.

Pada Isnin itu, mereka mempunyai jadual ketat, termasuk bertemu Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva. Kata Alexandra, Berlusconi seorang lelaki yang mempesonakan sesiapa yang melihatnya.


“Kami mengadakan persembahan selama 12 minit tetapi saya tidak menunggu di situ selepas majlis tamat.


“Rasanya, parti itu berlanjutan sepanjang malam,” katanya.


Sementara itu, pejabat Berlusconi menafikan laporan itu dan berkata, pada hari kejadian, rombongan perdana menteri itu menghadiri majlis anjuran ahli perniagaan tempatan.


“Ia adalah satu daripada majlis dihadiri Berlusconi dan turut membabitkan persembahan tarian tradisional Brazil,” kata kenyataan itu. - Agensi