Tuesday, August 24, 2010

Apa dah jadi.....apa akan terjadi....

Injak najis pada Jalur Gemilang


JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada satu demonstrasi, petang semalam.

PROTES...penunjuk perasaan memijak bendera Malaysia selepas  membaling najis ke dalam kawasan kedutaan, semalam.
PROTES...penunjuk perasaan memijak bendera Malaysia selepas membaling najis ke dalam kawasan kedutaan, semalam.
Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan Indonesia yang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka juga melepaskan najis ke atas bendera Malaysia yang dipijak di atas jalan tempat mereka berkumpul.

Kumpulan itu membawa lima bungkusan najis diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, plastik serta kotak polisterin sebagai ‘hadiah’ untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini memberi ‘najis’ lebih kotor kepada Indonesia.

Tiba-tiba, seorang daripada mereka melempar bungkusan najis ke dalam pagar kedutaan dan najis dilepaskan atas bendera Malaysia yang dipijak mereka.

Demonstrasi itu menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang didakwa merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan, 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang didakwa lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu, polis Indonesia menangkap tiga pelaku.

Demonstrasi berlangsung sejam.


Wakil kumpulan kemudian memberitahu wartawan bahawa mereka memberi kata dua kepada polis Indonesia, iaitu lepaskan rakan mereka daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi dikenali sebagai ‘Sweeping Rakyat Malaysia’ itu dirancang dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di sini. - Bernama




Monday, August 23, 2010

Nak tahu kenapa mercun bola bahaya, boleh putus jari ?


TV sekarang ni sibuk dengan persiapan raya dan Bazar Ramadan. Kurang beri perhatian pendidikan mengenai bahaya mercun bola. Bahkan ramai ibu tidak tahu apa itu mercun bola dan kenapa ianya bahaya. Para ibu terutamanya perlu tahu bentuk mercun bola dan beri penerangan kepada anak-anak kenapa mercun bola ini bahaya, boleh menyebabkan jari putus, mata buta, telinga pekak dan paling teruk membawa maut

TV janganlah sibuk dengan makan je bulan puasa ni, sampai Buletin Utama, berita TV1 pun cerita pasal makan siang malam.
Cubalah buat segmen mengenai bahaya mercun.

OK, untuk kaum ibu, mari belajar mengenai mercun bola dan ajar anak-anak bahaya mercun bola, kerana kaum bapa ini selalunya tak boleh harap, dia yang beria-ia beli dan main mercun. Baik, mercun bola ini bentuk bulat macam bola bersaiz duit siling 20 sen atau 50 sen.

Ada sumbu sepanjang 1 inci. Mercun bola ini berwarna-warni dan diperbuat daripada plastik. Nampak menarik macam permainan.

MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS.

PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP.

LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU :

1. SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR

2. BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR PANTAS DAN MELETUP. MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN !!!!

BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN BOLA !!!

Dalam segmen TV tadi buat sedikit demo mercun bola ni, letak pada buah tembikai tengok macamana tembikai tadi pecah. Atau pada daging ayam, tengok serpihan plastik mercun bola tadi masuk dalam daging.

PENDIDIKAN ADALAH PENTING DALAM PENCEGAHAN !!!

TAK NAK KELUAR FATWA KE , APA HUKUM MAIN , MENGEDAR , MENJUAL , MEMBUAT MERCUN BOLA NI ?

Iran lancar pesawat bom tanpa juruterbang


GAMBAR yang bertarikh 22 Ogos lalu menunjukkan pesawat pengebom tanpa juruterbang dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia di Iran.


TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam merasmikan pesawat pengebom tanpa juruterbang pertama negara itu yang digelar Duta Maut.

Menurut satu laporan sebuah stesen televisyen di negara itu, pesawat yang berukuran empat meter panjang itu mampu mengangkut empat buah peluru berpandu dan mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,000 kilometer.

Namun jarak itu masih tidak mencukupi untuk tiba di negara musuh ketat Iran iaitu Israel.

"Pesawat itu juga merupakan Duta Maut untuk musuh-musuh kemanusiaan, membawa satu pesanan keamanan dan persahabatan," kata Mahmoud pada majlis perasmian Industri Pertahanan Iran yang juga hari kemerdekaan negara itu.

"Matlamat pesawat yang diberi nama Karrar itu adalah untuk memastikan musuh pertahanan dilumpuhkan," kata Mahmoud.

Menurutnya, pesawat itu dibina untuk pencegahan dan tujuan pertahanan Iran.

Presiden Iran itu turut memperjuangkan program ketenteraan dan menyatakan ia akan diteruskan sehingga musuh hilang harapan untuk menyerang Iran. - AP

Sunday, August 22, 2010

tazkirah oleh ydp lumut

ydp lumut meluangkan masa menziarahi seorang bekas iman....yang sedang terlantar sakit...













Saturday, August 14, 2010

mari cuba teka.......????

satu suasana yang sama...... tetapi lain yang difikirkan....

yang bong wayang lebih......
tapi yang perempuan pulak.....semacam ja senyum........

wanita mampu membuat dunia bergoyang....




Friday, August 13, 2010

TAZKIRAH di Sg Pinang Besar....Pangkor...


BERBUKA PUASA BERSAMA JEMAAH SURAU
SG PINANG BESAR..


dah baca doa ke belum ?????


"" mana satu yang nak makan dulu...fikir2 """"


"" Nie buah tembikal apa niee.....apasal kecil sangat...hee.heee ""


Pengerusi Surau Nurul Hidayah Sg Pinang Besar..


Jangan makan banyak2....nanti tak larat nak solat pulak.......


**************************************************************************



































Tuesday, August 10, 2010

buka jangan tak bukak.....nanti terlebih bukak....


kalau dah terlebih bukak....jangan takut kita pi melaka jumpa pengetua Ali Rostam....

Buka pusat kecantikan percuma


WANITA dan kecantikan tidak boleh di­pisahkan. Malah, rupa paras yang cantik adalah aset paling berharga bagi kaum hawa dalam memastikan mereka sentiasa tampil bergaya dan elegan.

pix_middle
Menyedari hakikat itu, Puteri Metro kali ini, Joanne Patrick, 18, berhasrat membuka lebih banyak butik kecantikan di negeri ini secara percuma khusus untuk wanita tempatan.

“Sejak kecil lagi saya berminat dalam bidang kecantikan dan berhasrat memiliki butik yang bukan sahaja untuk diri, malah untuk semua kaum wanita di negeri ini yang ingin sentiasa menarik.

“Saya impikan butik kecantikan ini nanti dilengkapi peralatan moden dan terkini,’’ kata anak sulung daripada tiga beradik.

Menurut Joanne, bagi membolehkan setiap wanita mengunjunginya, dia akan membuka butik di kawasan pedalaman.

“Ini bagi memastikan golo­ngan wanita luar bandar tidak terkecuali menikmati faedah penjagaan kecantikan percuma.

‘’Selain itu, saya juga akan menganjurkan kelas kecantikan khusus bagi penduduk luar bandar supaya mereka sentiasa peka dengan kecantikan diri,’’ katanya yang kini mempunyai butik kecantikan di Penampang.

Menurutnya, kehadiran butik kecantikan memberi kelebihan kepada wanita untuk terus kelihatan cantik dan menawan.


“Butik kecantikan juga memainkan peranan kepada golongan ibu atau isteri supaya mereka sentiasa mampu memikat hati suami dengan penjagaan tubuh yang menarik," katanya yang meminati aktres jelita, Megan Fox.

PROFIL

NAMA: Joanne Patrick
UMUR: 18 tahun

TEMPAT LAHIR: Penampang, Sabah
AGAMA: Kristian
KAUM: Kadazan
TINGGI: 158 sm
BERAT: 41 kg
HOBI: Bersolek, menari dan melayari Internet
PEKERJAAN: Jurusolek
CITA-CITA: Jurusolek Antarabangsa

Monday, August 9, 2010

welcome to pulau pangkoq...

" silap mata....TAYANGAN PERDANA "


" nak tengok aku wat silap mata tak....????





" alamak cam mana tersilap pulak.,,,,,kantoi.... "


' LANUN PANGKOQ "


polis buat gila lagi.....


Aktivis ditahan menjelang perhimpunan PROTES


Menjelang perlancaran dan ceramah membantah kenaikan harga barang malam ini, beberapa pemimpin pembangkang dan NGO sudah ditahan polis berhampiran tapak pasar malam Kampung Kerinchi di Lembah pantai. Menurut Pengarah Strategi PKR Tian Chua, dua pemimpin Pemuda PKR dan seorang aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah ditahan. "Aiyo, apa polis hyper sensitif, belum ada sesuatu sudah tangkap orang...," katanya dalam laman Twitter. Difahamkan ketiga-tiga mereka kini dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields. Pada malam ini, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) dijadual membuka gelanggang dengan mengadakan ceramah sulung bagi kempen protes kenaikan harga barangan, selepas dilancarkan pada 28 Julai lalu. Program anjuran itu menggariskan lima tuntutan kepada kerajaan sebagai bantahan ke atas kenaikan harga bahan api dan gula pada pertengahan Julai lalu.

Thursday, August 5, 2010

cicak dah pun ada harga...KATAK bila lagi ????

Cicak besar kejutkan peniaga




SUNGAI PASIR - Selama ini seorang peniaga hanya mendengar perbualan rakan mengenai cicak besar atau 'tokek' yang dikatakan berbisa dan terkenal di Indonesia serta Sabah dan Sarawak hingga penduduknya berlumba-lumba memburu binatang pelik ini.

Namun peniaga terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Adi dan enggan gambarnya disiarkan terperanjat apabila mendapati perangkap tikus yang dipasangnya mengandungi binatang menyerupai cicak bersaiz besar, berwarna kelabu kehijauan dan berbintik-bintik jingga.

Menurutnya, sebelum ini setiap malam pekerja di premisnya mengadu mendengar bunyi pelik seakan-akan bunyi katak dan mendengar bunyi binatang menapak di dinding premis seolah-olah binatang terbabit bersaiz besar.

“Kami tidak pernah nampak atau terjumpa binatang itu dan hanya mendengar bunyinya sahaja hingga pada satu malam pekerja saya mengadu terlihat kelibat menyerupai anak biawak merayap di atas siling.

“Kami menyangkal anggapan bahawa kelibat binatang itu ialah anak biawak memandangkan ia melekat di siling seperti cicak dan bimbang binatang itu mendatangkan bahaya seperti menggigit atau sebagainya, jadi kami pasang perangkap tikus,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di premis perniagaannya di sini.

Adi berkata, pelbagai cara telah digunakan mereka untuk menarik perhatian cicak itu untuk keluar dari persembunyiannya namun tidak berhasil sehingga Ahad lepas apabila pekerjanya yang tinggal di premis berkenaan mendengar bunyi perangkap tikus terhempas.

Keesokan paginya apabila memeriksa perangkap tikus berkenaan, mereka terkejut apabila melihat cicak yang bersaiz besar dan mempunyai corak badan yang unik.

“Apabila ditimbang, berat tokek ini ialah 100 gram dan panjangnya kira-kira satu kaki dengan lebarnya lebih kurang tiga inci. Rakan-rakan terdekat yang mengetahui mengenai hal ini telah datang melihat dan ada yang mengatakan tokek ini menjadi buruan di Indonesia kerana boleh mengubati penyakit HIV positif.

“Setakat ini saya akan membela tokek ini sebelum mempertimbangkannya untuk menjual atau sebaliknya,” katanya.

ahmad albab punya cerita......takut keeee??????

Ahmad tak jadi tanding ketua Umno Bukit Bendera


Pemimpin kontroversial Umno, Datuk Ahmad Ismail tidak jadi bertanding merebut semula jawatan ketua Umno Bukit Bendera apabila bahagian itu bermesyuarat Ahad ini, setelah dua kali ditunda.

Pada sidang media hari ini, beliau yang juga bekas ketua bahagian berkenaan itu, mengumumkan akan bercuti selama setahun.

Menurutnya, tindakan itu bagi membolehkan kedua-dua parti MCA dan Gerakan memenangi semula sokongan masyarakat Cina.

Pada Mac lalu, semua 36 ahli jawatankuasa bahagian meletakkan jawatan supaya pemilihan baru dapat diadakan bagi membolehkan Ahmad menjawat semula kedudukan ketua.

Ahmad digantung oleh Umno pada September 2008 untuk selama tiga tahun kerana mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang berbaur perkauman khususnya kepada masyarkat Cina.

Kemelut itu bertambah kusut apabila Ahmad mencadangkan Gerakan meninggalkan BN, manakala penyokongnya bertindakbalas dengan menggoyakkan potret bekas ketua menteri Pulau pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga adalah presiden Gerakan.

Bagaiamanapun pada Disember tahun lalu, Umno menarik balik hukuman gantung ke atas Ahmad.