Thursday, November 11, 2010

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis
Mohd Sabri Said

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.

Thursday, November 4, 2010

hantu umno jam 3 pg...Ku Li hilang.......

GUA MUSANG, 4 Nov: Pengundi di Dun Galas awal malam tadi dikejutkan dengan kedatangan agen-agen yang dipercayai Umno membawa bungkusan makanan dan wang ketika mereka sedang enak tidur.

Seorang penduduk di RPT Sungai Terah memberitahu kumpulan agen Umno datang membawa makanan dengan mengetuk pintu rumah penduduk antara jam 2 hingga 3 pagi.

Katanya bungkusan makanan itu dibawa dengan kenderaan dan diedar ke rumah-rumah setiap penduduk ketika mereka sedang tidur.

“Saya terkejut dengan bunyi bising yang berlaku. Apabila mengintai dari tingkat dilihat beberapa petugas membawa bungkusan makanan turun naik ke rumah penduduk.

“Tetapi mereka tidak datang ke rumah saya, cuma pergi ke rumah jiran-jiran saya,” katanya ketika ditemui selepas beliau bersama suami membuang undi di Sekolah Kebangsaan Tengku Mohamad Fa-iz Petra di sini, pagi tadi.

Seorang penduduk Cina di Kampung Baharu juga memberitahu ada agen yang membawa bungkusan makanan menemui penduduk sekitar jam 3 pagi tadi.

Katanya, kehadiran agen itu tidak dijangka memandangkan ramai petugas PAS dan Pakatan Rakyat sudah tidur.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan tidak ada petugas kita yang dapat memantau pergerakan agen Umno membawa makanan ke rumah penduduk ketika awal pagi,” katanya.

Malfrel bantah

Sementara itu, jurucakap Mafrel berkata pihaknya akan menghantar surat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak mengamalkan kaedah biasa membilang undi di tempat mengundi membabitkan pusat mengundi Orang Asal sebelum dibawa ke tempat penjumlahan.

Beliau berkata, sepatutnya pembilangan undi dilakukan di tempat mengundi terlebih dahulu sebelum dibawa ke tempat penjumlahan di Pusat Sivik, Gua Musang menggunakan perkhidmatan helikopter.

“Peraturan dibuat SPR itu boleh mendedahkan kepada penyelewengan kerana undi belum dikira ketika dibawa ke tempat penjumlahan.

“Kami akan menghantar nota bantahan kerana peraturan tersebut boleh mengundangkan ruang penyelewengan memandangkan tiada wakil –wakil dari parti yang bertanding ketika peti dibawa ke pusat penjumlahan di Dewan Sivik,” katanya ketika ditemui di sini.

Sukarelawan Mafrel diketuai Dr Abdul Halim Yusof memantau pilihan raya tersebut biar pun kurang mendapat kerjasama SPR.

Semalam PAS menghantar memorandum bantahan terhadap SPR kerana mahu membilangkan undi terlebih dahulu di tempat pengundian sebelum dibawa ke tempat penjumlahan.

Di mana Ku Li?

Sepanjang kempen sehingga tengahari ini bilangan petugas dan perayu PAS jauh mengatasi kehadiran perayu undi BN.

Malah di daerah mengundi Sungai Terah hanya kelihatan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Adun Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid dan beberapa penyokong Umno dari Jeli. Turut kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Namun media tidak dapat mengesan di manakah pengarah jentera BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sedangkan ramai pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Strategik Keadilan, Tian Chua.

yang mana satu pilihan kalbu...

fuh...kiri ...fuh kanan...anak mamak nak tumpang
lalu......


Tok guru memberi zakat kepada orang Asli yang diislamkannya....


lu fikir la sendiri.....
siapa di hati mu.....
amalan tahyul yang harus di pertahankan...
atau menggajak manusia ke jalan islam....

zaman dah semakin maju....tetapi manusia yang jahil masih kebelakang.....
STUPID......UMNO .....



Monday, November 1, 2010

mula2 demaM campak......

jangan beri peluang pru 13...............tunggu apa lagiiiii
TERUS KITA CAMPAK BELIAU...Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin pulih dari penyakit cacar dan kini tidak sabar untuk kembali menjalankan tugas rasmi.

Rosmah berkata Najib yang pertama kali diserang penyakit itu menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan moden serta tradisional.

"Doktor pun dah datang tengok, sapu krim supaya merah-merah di kulit dia (Najib) reda. Dia dinasihatkan banyak minum untuk membuang toksin dalam badan, jangan garu dengan kuku dan elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan bas di Kilometer 38 Genting Sempah, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur.

Rosmah berkata beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun bambu agar cepat sembuh dari penyakit cacar yang dialaminya itu.

Ditanya sejak bila Perdana Menteri mula berasa tidak sihat, Rosmah berkata ia bermula sejak mereka berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17 lagi.

"Saya sendiri pun tak sedap badan ketika di sana. Tapi dah okay tak lama lepas itu. Cuma bila sampai di Malaysia dan doktor periksa, didapati ada tanda-tanda cacar. Jadi doktor nasihatkan berehat. Semalam kita tengok ada merah-merah lagi di muka, tapi hari ni dah kurang dan kulit dia dah semakin cantiklah," katanya.

Di HKL, Rosmah dilihat begitu bersemangat menggantikan suaminya hadir pada majlis-majlis yang telah disusun awal untuk Perdana Menteri.

Secara bergurau, Rosmah berkata beliau perlu bekerja kuat dan menggandakan usaha bagi memenuhi semua program yang telah dirancang.

Pada lawatan itu, Rosmah turut menyampaikan sumbangan peribadi berupa wang dan hamper bagi pihak Perdana Menteri kepada lima mangsa kemalangan yang masih dirawat di HKL.

"Kita juga memberikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia. Kita harap sumbangan ini akan mampu mengurangkan penderitaan mereka," katanya.

Rosmah meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melawat lima mangsa itu, termasuk pemandu bas terbabit, Muthumani Subramaniam, 36 tahun.

Dalam kemalangan Jumaat lalu, sebuah bas yang membawa 44 anggota belia 4B dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands, menyebabkan tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah.

- Bernama