Wednesday, July 13, 2011

najis dah kecut t#L%q



Keluarga Baharuddin terkilan laporan bedah siasat ‘ditangguh’













KUALA LUMPUR, 13 Julai — Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa Himpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu terkilan kerana masih belum menerima laporan bedah siasat dan dijangka akan didedahkan bulan depan.

Anak Sulungnya Mohd Nasrul (gambar, kanan) berkata dia telah dimaklumkan pada Sabtu lalu bahawa laporan bedah akan siap dalam masa “empat hingga lima hari”, namun hari ini diberitahu Hospital Kuala Lumpur ia akan didedahkan dalam tempoh empat hingga lima minggu.

“Apa yang terjadi? Jenazah sudah dikebumikan jadi apa yang mereka tunggu lagi?” kata remaja berusia 22 tahun ini kepada The Malaysian Insider.

“Saya harap doktor boleh dedahkan keputusannya kerana... saya nak tahu bagaimana ayah saya mati.”

Baharuddin, 56, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, Sabtu petang selepas jatuh berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ketika melarikan diri daripada terkena gas pemedih mata dan meriam air.

Dia dikebumikan pada pukul 12.55 tengah hari Ahad lalu di Tanah Perkuburan Islam Lembah Keramat, hanya tiga kilometer dari rumahnya.

Baharuddin meninggalkan seorang isteri iaitu Ketua Wanita PKR Setiawangsa Roslin Malan, seorang anak perempuan Dr Hamizar, dan dua anak lelaki Mohd Nasrul dan Hadriyuddin, 19.

Abangnya Kassim Ahmad, 72, menyifatkan kematian Baharuddin berlaku atas “perbuatan yang disengajakan” oleh polis kerana tidak meminta bantuan perubatan selama 90 minit.

“(Mereka) meminta agar polis menghantar ke hospital namun tidak dipedulikan, jadi kami tunggu selama satu jam setengah sebelum ambulans sampai,” katanya.

“Ramai yang cuba menyelamatkan dia... sekiranya dia diberikan bantuan pernafasan, dia pasti hidup lagi,” katanya.

Difahamkan Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis di atas kematian Baharuddin dan beberapa keganasan lain yang dilakukan semasa menghuraikan perhimpunan itu

No comments:

Post a Comment