Monday, August 8, 2011








DAP dakwa klip video Kedai 1 Malaysia rasis, mahu Putrajaya siasat


Oleh Clara ChooiAugust 08, 2011KUALA LUMPUR, 8 Ogos —


DAP mahu pihak berkuasa menyiasat dalang satu video di YouTube.com yang mendakwa parti itu mahu peniaga-peniaga Cina menaikkan harga barang dan mencetuskan kemarahan ke atas pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Klip video lapan minit dengan tajuk “Sembang Rakyat - Kedai 1 Malaysia” itu dilihat satu usaha untuk mendakwa ia sebahagian daripada konspirasi DAP memancing sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum.

“Ini tindakan penggunaan Internet yang sangat tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa dengan mendalam.

“Sudah pasti ia bermotifkan politik dan sesuatu yang mudah untuk mengesyaki siapa di belakangnya,” kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

No comments:

Post a Comment