Wednesday, July 27, 2011

polis dah bertambah tambah benggong...



Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan



Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.

NONEHemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.

Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob. Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.

Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan. Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam. Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.

Saturday, July 16, 2011

kita tengok siapa yang kena..

salam perkenalan




salam satu BERSIH


hahahhahhahhahhahahhahahhahhahhahahhaha






hahhahhahahahahahhhahahha








Terkini!!! Gambar Exco Kerajaan Negeri Jatuh Ke Dalam Sungai Semasa Program Pelepasan Benih Ikan, Tiada Disiarkan Di Akhbar Dan TV Arus Perdana....











JASIN, 15 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (kanan) melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua (kiri).

Pihak Bernama teleh menerima arahan berikut "ARAHAN KETUA PENGARAH PERIKANAN MALAYSIA DAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DESA DAN PERTANIAN NEGERI MELAKA SUPAYA TIDAK MENGGUNAKAN GAMBAR INI".

Wednesday, July 13, 2011

najis dah kecut t#L%q



Keluarga Baharuddin terkilan laporan bedah siasat ‘ditangguh’













KUALA LUMPUR, 13 Julai — Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa Himpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu terkilan kerana masih belum menerima laporan bedah siasat dan dijangka akan didedahkan bulan depan.

Anak Sulungnya Mohd Nasrul (gambar, kanan) berkata dia telah dimaklumkan pada Sabtu lalu bahawa laporan bedah akan siap dalam masa “empat hingga lima hari”, namun hari ini diberitahu Hospital Kuala Lumpur ia akan didedahkan dalam tempoh empat hingga lima minggu.

“Apa yang terjadi? Jenazah sudah dikebumikan jadi apa yang mereka tunggu lagi?” kata remaja berusia 22 tahun ini kepada The Malaysian Insider.

“Saya harap doktor boleh dedahkan keputusannya kerana... saya nak tahu bagaimana ayah saya mati.”

Baharuddin, 56, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, Sabtu petang selepas jatuh berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ketika melarikan diri daripada terkena gas pemedih mata dan meriam air.

Dia dikebumikan pada pukul 12.55 tengah hari Ahad lalu di Tanah Perkuburan Islam Lembah Keramat, hanya tiga kilometer dari rumahnya.

Baharuddin meninggalkan seorang isteri iaitu Ketua Wanita PKR Setiawangsa Roslin Malan, seorang anak perempuan Dr Hamizar, dan dua anak lelaki Mohd Nasrul dan Hadriyuddin, 19.

Abangnya Kassim Ahmad, 72, menyifatkan kematian Baharuddin berlaku atas “perbuatan yang disengajakan” oleh polis kerana tidak meminta bantuan perubatan selama 90 minit.

“(Mereka) meminta agar polis menghantar ke hospital namun tidak dipedulikan, jadi kami tunggu selama satu jam setengah sebelum ambulans sampai,” katanya.

“Ramai yang cuba menyelamatkan dia... sekiranya dia diberikan bantuan pernafasan, dia pasti hidup lagi,” katanya.

Difahamkan Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis di atas kematian Baharuddin dan beberapa keganasan lain yang dilakukan semasa menghuraikan perhimpunan itu