Tuesday, October 6, 2009

PERHIMPUNAN PEMUDA PR DI PADANG ASTAKA SITIAWAN

Perhimpunan Pemuda PR 24 Oktober

IPOH – Jentera Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bakal dilancarkan di dalam perhimpunan terbesar peringkat Negeri Perak yang dipanggil ‘Himpunan Raya’ pada 24 Oktober ini di Padang Astaka Sri Manjung, Lumut.

Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Zawawi Hassan berkata, itu adalah perhimpunan terbesar diadakan PR semenjak mereka ditubuhkan di negeri ini.

Menurutnya, perhimpunan itu nanti dijangka mengumpulkan seramai 10,000 pemimpin dan ahli PR dari tiga parti iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP negeri ini.

“Kami telah menghantar permohonan ke pihak berwajib untuk mendapatkan permit perhimpunan secara aman, namun sehingga sekarang belum ada sebarang keputusan diperolehi.

“Tujuan perhimpunan juga adalah untuk menggesa Barisan Nasional (BN) supaya bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah himpunan kami sebelum ini tidak diluluskan,” katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan Pas, di sini, semalam.

Beliau berkata, sekiranya permohonan menggunakan padang berkenaan tidak diluluskan, mereka akan mencari tempat lain bagi mengadakan perhimpunan berkenaan pada tarikh yang sama.

Ditanya sebab pemilihan tempat berkenaan, Zawawi berkata, sebagai tempat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pemilihan itu dianggap tepat dan relevan berbanding tempat lain.

“Kami turut mencabar BN, sekiranya mereka menang Pilihan Raya di Bagan Pinang, bubar DUN Perak.

“Pada hemat kami, BN seolah-olah risau dengan kekuatan PR apabila disetiap pilihan raya kecil, PR memenangi kerusi berkenaan kecuali di Batang Air,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Negeri Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, pihak berkuasa diharap memberi kerjasama bagi melancarkan program berkenaan dan diharap tiada gangguan berlaku sewaktu perhimpunan berlangsung.

“BN juga diharap jangan ganggu program kami kerana sekiranya pihak berkuasa membenarkan BN berhimpun kami juga sepatutnya boleh berhimpun.

“Perhimpunan berkenaan adalah rentetan dari cabaran Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar mengadakan perhimpunan secara aman di kawasan yang telah diluluskan bukannya seperti perhimpunan ‘Hapuskan ISA’ lepas,” katanya.

Monday, October 5, 2009

koleksi gambar lawak BEE END

Baru balik dari india...........


Ustaz khairy..............


Kembar se iras.............


lawan tetap lawan..kalau berani BUBAR DUN PERAK.......


Saat saat terakhir pilihanraya ke 13..............


Ini lah hadian buat BEE END............



Mampos Umno BEE END......



Hanya tinggal nama...........


Wajah sebenar Nazri..................


Hero yang digeruni puak BEE END......


Lanun Malaya................


Ultraman yang tak ada power.....


Abang kandung Zambry Mamak..................


Hero Keris.....

Sunday, October 4, 2009



PORT DICKSON: PAS mendakwa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berbohong berhubung isu beliau dipukul oleh sembilan lelaki yang dipercayai penyokong PAS.

Malah Naib Presidennya, Salahuddin Ayub juga mendakwa Abdul Azeez sengaja mencetuskan provokasi dan mencari publisiti murahan.

"Beliau telah berbohong, beliau bercakap bohong dan beliaulah yang merupakan tokoh provokasi.

"Boleh saya katakan di samping pembohong, beliau juga merupakan pencari publisiti murahan... beliau sebenarnya tidak dipukul.

"Beliau sengaja lalu di kawasan yang telah diwartakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan polis sebagai kawasan untuk penyokong Pakatan Rakyat... saya percaya beliau lakukan dengan niat," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PAS di sini hari ini.

Salahuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden melibatkan Abdul Azeez yang mendakwa dipukul oleh penyokong PAS.

Menurut Abdul Azeez, beliau telah diserang oleh kira-kira sembilan orang lelaki yang memakai pakaian yang mempunyai logo PAS.

Jelas Salahuddin, beliau sempat bertemu dengan Abdul Azeez semalam di tempat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di dewan Majlis Perbandaran POrt Dickson dan menurutnya, beliau tidak nampak sebarang kesan lebam hasil daripada tumbukan seperti yang didakwa.

"Semalam beliau datang berjumpa dengan saya, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, mendengar dengan telinga saya sendiri bahawa beliau mengatakan telah dipukul oleh sembilan orang pemuda PAS.

"Awak boleh bayangkan kalau sembilan orang yang pukul, tentu ada kesan-kesan tumbukan... lebam.

"Malah hari ini saya telah meneliti gambar berwarna di akhbar, saya gunakan mikroskop yang agak canggih, saya tak nampak pun sebarang kesan di leher, tak nampak pun kesan lebam," katanya.

Ditanya sama ada PAS akan membuat laporan polis untuk menyangkal dakwaan Abdul Azeez itu, Salahuddin berkata: "Saya tak nak layan pembohong ini, saya ada banyak kerja lain nak dibuat... biarlah beliau mencari publisiti dalam beberapa hari ini," katanya.

Thursday, September 24, 2009

1 MALAYSIA......Rakyat Di Dahulukan,Pencapaian Di Utamakan...



Ini lah Konsep PM baru....1 PM 1 selogan....konon - kononnya rakyat didahulukan ...tapi yang pasti SLOGAN hanya tinggal SLOGAN sahaja..........apa tak ... rakyat banyak yang miskin tak dibantu...yang seekor nie senang - senang ja pi rehat 3 hari dari 23 - 25/9/09 kat pulau ini..





Ini lah pulau yang di maksudkan Pangkor Laut Resort




Pandangan dari atas Pangkor Laut Resort


Mungkin ini salah satu bilik si malaun nie tinggal...




Ini makluk yang dimaksudkan TPM ( Tukang Peqabis Money ) ya la bukan duit dia pun yg habis....semua BUTA drpd KL sampai la kat Pangkor Laut Resort semua di tanggung oleh Tuan Punya Resort YTL..Semua di tanggung beres...naik helikopter YTL lagi.. Tapi Mau Tau la..Wahai Tukang Peqabis Maney OOiiiiii....dah bagi semua FREE kena la bagi PROJEK tak kan ada keluar tak ada masukkkkkkkkkkk........... kot.........????????

Yang si SB ( Si Bodek ) makin ramai la kat Pulau tu...termasuk la kat Pulau Pangkor.....yang ada pangkat boleh la duduk kat Pangkor Laut....yang bawah2 tu duduk la kat Palau Pangkor....pandai2 la hampa nak hidup...cam BIAWAK niie boleh hidup dalam air & darat..camtu tu la hampa...

Tuesday, September 22, 2009

" SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI "




PAS CAWANGAN SUNGAI PINANG BESAR , INGIN MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI " KEPADA SEMUA BLOGER - BLOGER, DAN INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PAS KAWASAN KERANA MEMBERI SUMBANGAN BERAS UNTUK DIAGIHKAN KEPADA FAKIR MISKIN DI CAWANGAN INI....

PADA MALAM SAMBUTAN HARI RAYA PAS CAWANGAN SUNGAI PINANG BESAR, MENGADAKAN AMAL JARIAH GOTONG ROYONG MEMBAKAR LEMANG UNTUK DI AGIHKAN KEPADA PENDUDUK - PENDUDUK SUNGAI PINANG BESAR..

sebelum nak bakar kena letak tempurung kelapa...baru ok...

" apasal api dok kat sana ja....kat sini tak ada api punn"

yang nie nak bakar lemang ka @ nak bakar daun pisang???

" Mat Labuh..masuk pulut tu agak - agak la..jangan isi penuh
sangat..sat gi nak masuk santan pulak..."

" tolong- tolong api dah marak nie....nak wat camana ???"

" bila nak masaak nie...perut pun dah semacam dahhh.."

Yang baju merah nie otai dari kedah...siap import lagi..

" tengok nie santan kurang...sapa yang buat ????"

" tengok - tengok jugak bang....jangan hilang satu dah lee"

" nie baru real betul punya api...."jangan hangus dah leee."

" mata dah pedih dah...mai la ganti ooiiiii...tak tahan dah niee.."

Tuesday, August 25, 2009

MERDEKA BUAT PAS DI PERMATANG PASIR


Perangkaan tidak rasmi menunjukkan PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar.

Bagaimanapun ia masih rendah daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Menurut sumber PAS, calonnya Mohd Salleh Man mendapat 9,712 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,050 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,662, kurang 771.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Friday, July 31, 2009

SPR UMUM TARIKH PILIHANRAYA KECIL SELEWAT LEWATNYA 10 OGOS INI.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) berkata pilihanraya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu dari Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini dan selepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Hamdan, yang mewakili kawasan Permatang Pasir selama tiga penggal merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang.

Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini kerana sakit jantung.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Sementara itu Abdul Halim ketika dihubungi berkata beliau masih menunggu sijil kematian Mohd Hamdan sebelum menyerahkan surat makluman kekosongan DUN Permatang Pasir kepada SPR Pulau Pinang.

Beliau berkata Dewan Undangan Negeri akan bersidang selama dua hari mulai 10 Ogos ini dan Allahyarham sudah mengemukakan beberapa soalan bertulis untuk sesi kali ini.

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Permatang Pasir - salah satu kerusi dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin.

Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR Dr Mansor Othman dalam pilihanraya yang mencatatkan sejarah apabila jumlah pemilih yang keluar mengundi paling rendah ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.

Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.

Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999.

Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.

Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Wednesday, July 29, 2009

DNA SIAPA DI PAKAIAN TEOH????


Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang.

Identiti lelaki itu belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu terbabit telahpun diambil oleh Jabatan Kimia, kata peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik membantu mengendalikan inkues bagi pihak kerajaan di hadapan Koroner
Azmil Muntapha Abas.

Tambahnya, lima sampel telah diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu, lapor Bernama.

Satu daripada DNA itu dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui.

DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.

"Sampel daripada 102 individu telah diambil bagi menentukan sama ada DNA mereka ini sepadan dengan DNA yang tidak diketahui itu.

"Laporan bagi 90 individu telah siap, sementara 12 lagi belum diperoleh.

"Saya turut dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa terdapat dua orang yang enggan memberikan sampel DNA mereka," Tan dipetik berkata.

Gobind Singh Deo, yang bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Teoh, menggesa pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.

"Inilah salah satu sebab lagi mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," Gobind dilaporkan berkata.

Tan menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."

Teoh (foto, kanan sekali, sebelum ke pejabat SPRM) ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.

Kematian setiausaha exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentuk kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.

Inkues tersebut, bermula hari ini, ditangguhkan ke Rabu depan.

PERTEMPURAN ANTARA ANTI ISA & PRO ISA

** sila dauble clik untuk besarkan gambar **


Monday, July 20, 2009

TERIMA KASIH KEPADA PAS PJU KERANA SUDI DATANG KE PULAU PANGKOR DAN DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM DI ANTARA KITA.

Terimakasih PAS Cawangan Sungai Pinang dari PAS PJU



Dari Kanan Sdr Abd Rahman NYDP PJU, En Din Naib Ketua Cawangan Sg Pinang Besar, En Murad AJK Cawangan, Tn Hj Kamarudin Suhaimi TYDP dan Sdr Azri Ketua Pemuda PJU di program ringkas Sarapan Bersama Pimpinan Cawangan Sg Pinang.

Bagi pihak PAS Kawasan PJU ,kami mengucapkan terimakasih atas kunjungan silaturohim dan Sarapan Bersama PAS Cawangan Sg Pinang, Pangkor di Pangkor Village Beach Resort diketuai oleh En Din Naib Ketua PAS Cawangan dan AJK Cawangan rakan beliau yg juga bertugas membawa pengunjung dgn 'teksi ungu'nya.

Terimakasih juga kepada Ustaz Alwis Ketua Cawangan yg tak dapat bersama kerana mesyuarat di KL dan Akhi Radzi SU Cawangan dan pimpinan cawngan yg dapat hadir walaupun singkat pada Sabtu malam 18hb.

InsyaAllah di masa akan datang PAS PJU mahupun cawangan2 kami akan memohon kerjasama pihak cawangan untuk program2 kami...

Mari sama-sama lawat blog PAS Cawangan Sg Pinang Besar, pangkor di http://pcspb.blogspot.com/

ABDRAHMAN NYDP PJU.

copy daripada BLOG http://paspju.blogspot.com

Saturday, July 18, 2009

MENGAPA SAYA TINGGALKAN BN

Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.