Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur perkauman, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Menurutnya lagi, kenyataan Nasir yang dibuatnya di Melaka hari ini, juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.
Menurut kenyataan itu lagi, Nasir memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment