Wednesday, September 22, 2010

1 malaysia sex didahulukan...sekolah hamil disediakan....

Lambakan iklan perangsang seks

KUALA LUMPUR: Daripada harga serendah RM120, lelaki mahupun wanita yang taksub menjadi hebat di ranjang kini mudah mendapatkan produk perangsang seks menerusi lambakan iklan haram di bandar raya ini.

BERLELUASA...antara iklan produk perangsang seks di tiang lampu.
BERLELUASA...antara iklan produk perangsang seks di tiang lampu.
Bukan hanya menawarkan produk terbabit, pelanggan juga diberikan khidmat nasihat penggunaan produk sesuai berdasarkan masalah dialami, selain penghantaran mengikut keselesaan pelanggan.


Kewujudan penjualan produk dan khidmat terbabit terbukti melalui panggilan telefon yang dibuat ke atas satu nombor telefon yang tertera di iklan haram. Individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Zack berkata, dia menjual pelbagai produk dan ubat kuat untuk lelaki dan wanita.


Antara produk yang ditawarkan ialah toy seks, krim sapuan bagi wanita, dan lelaki ditawarkan produk berbentuk semburan, pil serta tisu.


Katanya, semua produk dipercayai dari Amerika Syarikat dan dikilangkan di Hong Kong itu dapat memberikan kepuasan kepada pasangan tanpa memberi kesan sampingan.


Malah, bagi individu mahupun pasangan yang menginginkan kesan jangka panjang, Zack turut menawarkan sejenis pil yang didakwanya mampu membuatkan lelaki sentiasa hebat di ranjang hanya dengan pengambilan 30 pil dalam tiga bulan.


Dalam pada itu, tinjauan Harian Metro mendapati iklan produk terbabit diletakkan di lokasi strategik seperti di persimpangan jalan, tiang lampu dan pokok di sepanjang laluan.


Suri rumah, Adlena Mohd Yusof, 40, berkata biarpun penjualan produk terbabit salah di sisi undang-undang, masih terdapat masyarakat yang degil dengan melanggan produk itu tanpa memikirkan kesan sampingannya. “Sudah banyak kisah yang dipaparkan dalam akhbar mahupun media elektronik mengenai kesan negatif penggunaan produk terbabit sehingga ada yang membawa maut, namun disebabkan taksub menjadi kuat mereka masih mencuba,” katanya.


Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Anwar Mohd Zain, berkata selain bertindak atas maklumat awam, pihaknya juga kerap melakukan rondaan dalam usaha memerangi iklan haram menerusi kumpulan khas yang diwujudkan di setiap cawangan DBKL.

No comments:

Post a Comment