Seorang kanak-kanak yang dipercayai berusia dalam lingkungan 4 tahun disepak dan ditampar berulang kali oleh seorang wanita yang dipercayai ibunya di depan khalayak di Shanxi, China.Kejam!
Menurut laporan portal internet, kanak-kanak malang itu disepak empat kali di pinggang sebelum ditampar lima kali di muka. Biarpun budak itu menangis dan menahan kesakitan, namun keadaan itu tidak menghalang wanita kejam itu daripada terus memukul anaknya. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu hanya berhenti apabila seorang lelaki yang berada di kawasan itu menghalang perbuatan wanita itu. Menurut lelaki itu, wanita tersebut berbuat demikian untuk mendisiplinkan anaknya. Gila!
Kanak-kanak yang berusia kurang dari 6 atau 7 tahun masih terlalu kecil untuk memahami sesuatu. Tingkah laku mereka kadang kala agak nakal. Aktif dan sukar diramalkan. Sikap mereka kadang kala menjengkelkan kita, kadang kala menghiburkan kita. Jika mahu mendisiplinkan anak pada usia semuda itu, pendekatan dan caranya tentulah berbeza daripada cara mendisiplinkan anak remaja. Siapa yang mengajar wanita ini mendidik anak dengan cara sekejam itu?
Berdasarkan gambar dan paparan video di bawah ini, sukar untuk kita menerima cara wanita ini mendidik/mendisiplinkan anaknya. Ibu jenis apa yang sanggup menyepak anak sendiri di depan khalayak?
Videonya boleh ditonton di sini.
No comments:
Post a Comment