PAKATAN RAKYAT LANCAR MOGOK LAPAR 72 JAM
IPOH- Pekatan Rakyat (PR)akan mengadakan mogok laparselama tiga hari bermula 26 Mei ini untuk menyampaikan mesej agar Dewan Undangan Negeri (DUN)perak dibubarkan.
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dalam sidang media di Wisma DAP di sini semalam berkata,mogok lapar ini merupakan manifestasi tekad bersama rakyat agar hak memilih kerajaan dikembalikan.
Menurutnya,mogok selama 72 jam itu akan di rasmikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh V Sivakumar pada jam 10 Pagi di kawasan Wisma DAP ini.
"Saya harap orang ramai akan menyertai kempen ini dengan memakai baju warna hitam sebagai satu tanda membantah rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di negeri ini:,katanya.
Kor Ming berkata,perbagai aktiviti lain termasuk kempen tandatangan bubar DUN dan nyalaan lilin turut diadakan.
"Saya harap pihak polis akan bersikap profesional dalam mengenalikan kes ini kerana ia diadakan di kawasan premis persendirian ",katanya.
Setiusaha DAP Perak itu juga berkata ,Kerajaan yang demokratik mesti mendapat mandat dari rakyat,"Krisis politik di negeri ini mesti diselesaikan secepat mungkin supaya pembangunan ekonomi tidak tergendala dan kesejahteraan hidup rakyat terjaga:,katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang ingin menyertai kempen itu mendapat pengesahan doktor sebelum menyertai.
No comments:
Post a Comment