Pangkor, penduduk kampung ramai yang merunggut dan mengeluh bilakah masalah krisis Negeri Perak akan berakhir. Ada suara-suara daripada ahli Umno tidak bersetuju dengan tindakan Zambry yang sengaja melengah-lengahkan masalah negeri Perak ini. Mereka berpendapat masalah ini akan selesai sekiranya Dun dibubar.
Sambil merunggut, mereka hairan kenapa Zambry begitu takut untuk membubarkan Dun. Sekiranya dia di pihak yang benar mengapa perlu takut, biarkan sahaja rakyat yang menentukannya, siapa yang benar-benar layak menjadi Menteri Besar.
Sementara itu ada yang menambah bahawa tindakan Zambry seperti seorang penakut dan boleh memalukan penduduk Pulau Pangkor.
Sekiranya Zambry benar-benar bermaruah, dan mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang seperti Nelsen Mandela dan Mathma Gandhi, ayuh!!! bertarunglah seperti anak jantan di medan dan gelanggang seorang pejuang.. Jangan jadi seperti Pejuang Pondan yang takut berdepan dengan kuasa rakyat dan suara rakyat. bertarunglah secara anak jantan... apa nak takut..
No comments:
Post a Comment