GAZA 15 Julai - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengalami cedera parah selepas ditembak tentera rejim Zionis awal pagi ini ketika sedang mengutip besi buruk berhampiran sempadan Tebing Gaza yang dikawal ketat tentera rejim itu, kata pegawai perubatan Palestin.
Ketua pegawai kawalan kecemasan Gaza, Muawiya Hassanein berkata, remaja yang bernama Ahmad Obeid itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih berada di hospital untuk diberi rawatan rapi.
Penduduk Gaza sering menjadi mangsa kekejaman tentera rejim Yahudi yang sewenang-wenangnya menceroboh tanah rakyat Palestin ini serta merobohkan ribuan tempat tinggal selain melakukan tembakan rambang ketika kebanyakan umat Islam sedang menunaikan solat berjemaah di masjid. - AFP
No comments:
Post a Comment