Saturday, May 9, 2009

Pas cawangan sg.Pinang Besar ditubuh


Ydp bersama ahli PAS cawangan sg.Pinang Besar posing dekat signboard PAS yang baru dipasang


Ahli-ahli mesyuarat tingkap tengah berbincang macam mana nak pacak signboard

Pas cawangan sg.pinang Besar telah dirasmikan penubuhannya oleh Ydp Pas Kaw Lumut iaitu Hj.Noh Ahmad pada 9 hb mei 2009.

Pas Cawangan Sg,Pinang Besar adalah cawangan yang baru ditubuhkan menjadikan jumlah cawangan PAS di Pulau Pangkor bertambah kepada 2 cawangan iaitu cawangan Pangkor dan cawangan Sg.Pinang Besar.

Kampung Sg.Pinang Besar adalah kubu kuat Umno dan merupakan cawangan kesayangan Zambry.

Dengan tertubuhnya PAS Cawangan Sg.Pinang Besar yang dirasmikan oleh Ydp Pas kawasan Lumut menunjukkan Zambry telah semakin hilang pengaruhnya di tempat sendiri.
Rata-rata penduduk kampung Sg.Pinang Besar menyatakan kekecewaan mereka kepada Zambry yang lebih menumpukan kepada usaha untuk menjadi MB daripada memberi perhatian kepada tempat sendiri dan mengabil berat tentang masalah yang mereka hadapi.

Setelah selesai operasi memacak signboard, Ydp meneruskan programnya di cawangan Sg.Pinang Besar dengan menyampaikan kuliah di surau Nur Hidayah. Antara isi kuliah yang disampai mengenai betapa pentingnya seseorang itu mendapat hidayah daripada Allah dan menggunakan kesempatan hidup yang ada ini untuk beribadat kepada Allah supaya tidak menjadi seperti manusia Berdoasa yang tunduk malu dihadapan Allah di padang Mahsyar nanti dengan memetik sepotong ayat al-Quran daripada surah as-sajadah.

2 comments:

  1. Tahniah! kpd semua jk PAS caw. Sg. Pinang Besar.
    OM bukan ahli mana2 parti politik, tapi ana penyokong kuat PAS ke atas perjuangannya. Jadi, jgn pisahkan kami dengan golongan ulama anda, mungkin kami akan sampaikan berita2 'zaman2 jahiliah' dulu dan kini untuk penyekatan selamanya. Insyaallah.

    ReplyDelete