Thursday, August 5, 2010

ahmad albab punya cerita......takut keeee??????

Ahmad tak jadi tanding ketua Umno Bukit Bendera


Pemimpin kontroversial Umno, Datuk Ahmad Ismail tidak jadi bertanding merebut semula jawatan ketua Umno Bukit Bendera apabila bahagian itu bermesyuarat Ahad ini, setelah dua kali ditunda.

Pada sidang media hari ini, beliau yang juga bekas ketua bahagian berkenaan itu, mengumumkan akan bercuti selama setahun.

Menurutnya, tindakan itu bagi membolehkan kedua-dua parti MCA dan Gerakan memenangi semula sokongan masyarakat Cina.

Pada Mac lalu, semua 36 ahli jawatankuasa bahagian meletakkan jawatan supaya pemilihan baru dapat diadakan bagi membolehkan Ahmad menjawat semula kedudukan ketua.

Ahmad digantung oleh Umno pada September 2008 untuk selama tiga tahun kerana mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang berbaur perkauman khususnya kepada masyarkat Cina.

Kemelut itu bertambah kusut apabila Ahmad mencadangkan Gerakan meninggalkan BN, manakala penyokongnya bertindakbalas dengan menggoyakkan potret bekas ketua menteri Pulau pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga adalah presiden Gerakan.

Bagaiamanapun pada Disember tahun lalu, Umno menarik balik hukuman gantung ke atas Ahmad.



No comments:

Post a Comment