Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, May 22, 2009

PILIHANRAYA ! PILIHANRAYA ! PILIHANRAYA ! LAGI..


Adjust font size:

Alfatihah, mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau. Amin

Sekali lagi iklim politik Malaysia kembali panas,,Tahun 2009 merupakan tahun terbanyak diadakan Pilihanraya.

Cuma aku nak tengok, Najib nak tarik diri ka tidak. kalu kali nie dia tarik diri apa pulak alasan dia,. Kalu nak bertanding, berani ka Najib dengan masalah krisis politik Perak yang belum selesai lagi..Itu lah padahnya merampas kerajaan halal yang dipilih rakyat.

MALAYSIAKINI
ADUN PAS meninggal dunia
May 22, 09 8:11am
ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192


[Laporan lanjut menyusul]
Berita Terkini dalam SMS

Thursday, May 14, 2009

Zambry Gentle lah sikit Jangan Malukan Kampung sendiri


Pangkor, penduduk kampung ramai yang merunggut dan mengeluh bilakah masalah krisis Negeri Perak akan berakhir. Ada suara-suara daripada ahli Umno tidak bersetuju dengan tindakan Zambry yang sengaja melengah-lengahkan masalah negeri Perak ini. Mereka berpendapat masalah ini akan selesai sekiranya Dun dibubar.


Sambil merunggut, mereka hairan kenapa Zambry begitu takut untuk membubarkan Dun. Sekiranya dia di pihak yang benar mengapa perlu takut, biarkan sahaja rakyat yang menentukannya, siapa yang benar-benar layak menjadi Menteri Besar.


Sementara itu ada yang menambah bahawa tindakan Zambry seperti seorang penakut dan boleh memalukan penduduk Pulau Pangkor.


Sekiranya Zambry benar-benar bermaruah, dan mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang seperti Nelsen Mandela dan Mathma Gandhi, ayuh!!! bertarunglah seperti anak jantan di medan dan gelanggang seorang pejuang.. Jangan jadi seperti Pejuang Pondan yang takut berdepan dengan kuasa rakyat dan suara rakyat. bertarunglah secara anak jantan... apa nak takut..


Tuesday, May 12, 2009

Tahniah MB NIzar, kemenangan untuk rakyat


keputusan mahkamah tinggi telah memutuskan Mb Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah

kemenangan ini adalah merupakan kemenangan untuk rakyat yang cintakan keamanan dan mematuhi keluhuran undang-undang.