Monday, May 31, 2010

Kebesaran ALLAH di Pangkor.!!!


Peristiwa 1 :

Pulau Pangkor, 30/05/2010 - Pada jam lebih kurang 12.33 pagi satu peristiwa ' aneh ' telah berlaku di rumah naib ketua PAS Cawangan Pangkor di Kampung Sungai Pinang Besar iaitu sejadah yang selalu di gunakan oleh beliau untuk mendirikan solat telah di dapati berubah bentuk seperti orang sedang menunaikan solat. Sila lihat gambar di atas.

Kejadian ini di sedari oleh beliau ketika hendak masuk tidor. Beliau telah memaklumkan kepada isteri dan anak-anak. Ini nmenyebabkan rumah beliau tak putus-putus di kunjungi tetamu hingga sampai 2 - 3 pagi. Inilah kebesaran ALLAH..


copy dari http://paspangkor.blogspot.com

Friday, May 28, 2010

Kepala tengah lalok...terus potong stim....


Gadis, kekasih enak ‘layan kepala’ dicekup


SEREMBAN: Seorang gadis yang enak ‘melayan kepala’ bersama tiga lelaki di sebuah rumah di Taman Semarak, Nilai tersentak selepas dikunjungi ‘tetamu tidak diundang’, semalam.

BERKAS...tiga wanita  ditahan dalam operasi, semalam.
BERKAS...tiga wanita ditahan dalam operasi, semalam.
Wanita berusia 27 tahun disyaki penagih dadah itu tergamam dan gagal melarikan diri selepas rumahnya diserbu polis.


Seorang daripada tiga lelaki ditahan bersama gadis itu, teman lelakinya dan suspek direman untuk siasatan lanjut.


Mereka antara 37 yang ditahan dalam Ops Tapis Khas polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang diselaraskan Pegawai Turus Risikan/Operasi/Tahanan, JSJN IPK Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin di kawasan Nilai, Mambau dan Rantau bermula jam 8 malam kelmarin hingga jam 6 pagi semalam.


Ketua JSJN Negeri Sembilan, Superintendan R Ravi Chandran, berkata dalam operasi berkenaan, seorang lelaki ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.


“Tiga ditahan kerana memiliki sejumlah dadah, manakala sembilan lagi ditahan kerana memasukkan dadah ke dalam badan. Seramai 24 lagi ditahan kerana disyaki penagih,” katanya.


Beliau berkata, tiga daripada 37 yang ditahan itu wanita, seorang berusia 27 tahun manakala dua lagi masing-masing berusia 18 tahun.

Anwar dedah wakil paling tadah jadi jutawan

PKR hari ini berkata parti itu mempunyai 'bukti yang kukuh' bagi menyokong dakwaan bahawa ahli parlimen mereka yang berpaling tadah disogok sekurang-kurangnya RM2 juta dan ditawarkan kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar umum yang juga ketua umum PKR berkata pendedahan serta bukti yang bakal dikemukakannya akan menunjukkan rasuah politik yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan agen-agennya.

“Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menjelang Kongres Kebangsaan PKR di Kota Bharu, esok.Sejumlah lima ahli parlimen PKR telah meninggalkan Pakatan Rakyat tahun ini, empat daripda mereka berpaling tadah, manakala seorang lagi dipecat.

Terbaru, ahli parlimen Wangsa Maju, wee Choo Keong mengumumkan tindakannya kelaur parti pada 14 Mei lalu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menangani rasuah pasir yang dikaitkan dengan anak syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd.

Mereka yang lain adalah ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meninggalkan parti pada 3 March, ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng (1 Mac) dan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim (12 Feb).

Ahli parimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin pula dipecat pada 6 Mac lalu kerana mengkritik dan membuat laporan polis terhadap rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Awal tajun ini, Anwar membuat permohonan maaf kepada rakyat dan ahli yang menyokong PKR kerana tersilap memilih calon yang tidak berkebolehan bagi bertanding di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Katanya, mereka telah menikam parti itu dari belakang.

Pada wawancaranya dengan Malaysiakini, awal minggu ini, Anwar membayangkan beberapa perwakilan parti itu telah 'dibeli' dan menghurai lanjut.

Wednesday, May 26, 2010

ada berani ka mau ini no.....


0888 888 888


LONDON: Sebuah syarikat telefon bimbit menggantung nombor 0888 888 888 daripada dilanggan selepas setiap seorang yang memilikinya mati sejak 10 tahun lalu.

Pemilik pertama adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mobitel, Vladimir Grashnov. Mobitel yang menawarkan nombor berkenaan.


Ahli perniagaan Bulgaria itu mati akibat kanser ketika berusia 48 tahun pada 2001.


Nombor itu kemudian digunakan ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov, sebelum dia akhirnya ditembak mati oleh pembunuh upahan pada 2003 Dia baru berusia 31 tahun apabila ditembak mati ketika makan bersama seorang model di sebuah restoran.


Ahli perniagaan, Konstantin Dishliev, menjadi pengguna ketiga, tetapi dia juga ditembak di luar sebuah restoran di Sofia. - Agensi

Penangan 1 Malaysia....Menyelam sambil minum air..

Malang nenek bogel...


SEGAMAT: Dia layak digelar cucu iblis kerana selain suka mengintai neneknya berusia 77 tahun yang mandi bogel, remaja berusia 14 tahun terbabit turut berani mencopet barang kemas dan wang tunai milik warga emas berkenaan dianggarkan bernilai RM2,000.

Remaja lelaki itu sudah lama diberhentikan sekolah berikutan masalah disiplin selain terbabit dalam pelbagai masalah sosial termasuk bergaduh dan membuli.


Namun, kejadian kira-kira jam 8 malam pada 18 Mei lalu, remaja terbabit bertindak di luar batasan apabila menyelinap masuk ke rumah neneknya sebaik menyedari warga emas itu sedang mandi dan tinggal di rumah berseorangan.


Dia yang tinggal berhampiran rumah neneknya di Batu 11 Jementah, dekat sini, mengambil kesempatan mengintai warga emas itu sedang mandi bogel sebelum mengambil pakaian nenek yang digantungkan di pintu bilik air berkenaan.


Suspek yang tahu pakaian itu berisi barang kemas termasuk rantai dan wang tunai, kemudian melarikan barangan terbabit selepas puas melihat aksi bogel warga emas terbabit mandi.


Mangsa tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian suami beberapa tahun lalu hanya menyedari persalinan bersama barangan berharganya hilang sebaik selesai mandi.


Pada awalnya, dia yang tidak mengesyaki cucunya dalang mencuri barangan dan wang tunainya itu melaporkan kejadian kepada polis pada keesokan harinya.


Warga emas itu datang bersendirian ke balai polis di sini bagi membuat laporan memaklumkan pernah beberapa kali rumahnya dipecah masuk, tetapi sebelum itu hanya membabitkan kerugian kecil.


Malah, nenek terbabit memberitahu anggota polis bahawa kecurian sering berlaku setiap kali dia mandi.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota yang ditugaskan menyiasat kes berkenaan akhirnya menyelesaikan misteri kehilangan pakaian nenek terbabit dalam masa kurang 24 jam.


“Kami menahan suspek berusia 14 tahun itu di sebuah rumah berhampiran kira-kira jam 6 petang hari kejadian itu dilaporkan.

Friday, May 21, 2010

Tunggu dan lihat ..... sampai bila ia mampu bertahan...

Kubur dijaga bergilir-gilir


REMBAU: Kubur Allahyarham pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya di Kampung Pilin, dijaga secara bergilir-gilir oleh pengikutnya bagi mengelak dijadikan tempat amalan khurafat termasuk pemujaan.

Seorang pengikut Asaari berusia lingkungan 40-an yang enggan dikenali berkata, dia bersama beberapa pengikut menjaga kubur itu secara bergilir-gilir demi keselamatan.


“Kami tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan melakukan sesuatu yang tidak elok di kubur ini.


“Kubur ini akan dijaga sepanjang masa kerana kami tidak mahu ada pihak cuba melakukan perkara khurafat seperti pemujaan dan sebagainya kerana Abuya seorang lelaki yang soleh dan dikenali ramai,” katanya, semalam.


Menurutnya, dia hanya menjadi sukarelawan di situ dan belum dapat menentukan sampai bila akan menjaga kubur berkenaan.


Ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai pengikut kumpulan itu yang mempercayai Abuya hanya ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat, lelaki itu berkata dia tidak percaya berlaku perkara sedemikian kerana ia jelas salah di sisi agama.


Tinjauan mendapati sebuah khemah ditempatkan di kubur yang berada di atas bukit itu dan masih terdapat saudara mara dan pengikut yang datang dari jauh melawat kubur berkenaan setiap hari.


Difahamkan, pada setiap malam kawasan itu akan menjadi terang berikutan kumpulan pengikut Allahyarham yang menjaga kubur berkenaan memasang lampu.


Akhbar semalam melaporkan, pengikut Abuya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Sam Dol Kawan Dgn Badigol... GOL..........

Taksub ‘tarik duit’


KULAIJAYA: Keinginan menjadi kaya sekelip mata tanpa perlu bersusah-payah membanting tulang empat kerat akhirnya menjadi mimpi ngeri kepada seorang pemuda yang taksub dalam aktiviti menarik duit dari alam ghaib.

Bukan saja harta kekayaan yang dijanjikan tidak muncul, ribuan ringgit yang dikeluarkan untuk mendapatkan pelbagai barangan pemujaan serta kos ke sana ke mari langsung tidak pulang modal.


Pengalaman pahit itu diceritakan seorang bekas pengamal kegiatan ‘tarik duit’ dikenali sebagai Abu Yazid, 30.


Walaupun pada mulanya mengikuti aktiviti itu secara suka-suka, Abu terpengaruh apabila mendengar cerita sekumpulan lelaki fanatik mengatakan kegiatan ini boleh menjadikan seseorang itu dapat hidup mewah.


“Saya mula terbabit dengan aktiviti ini sejak tahun 2000 akibat terpengaruh dengan cakap-cakap rakan dalam kumpulan tarik duit.


“Kebanyakan mereka yang berkata demikian adalah golongan yang mempunyai kelebihan berinteraksi dengan makhluk di alam ghaib dan ini membuatkan saya yakin dengan kebolehan mereka,” katanya.


Menurutnya, destinasi yang menjadi pilihan kumpulan tarik duit adalah Pulau Besar, Johor kerana mereka percaya di situ tempat berkumpulnya makhluk halus dari alam ghaib.


Katanya, setiap jemaah (kumpulan) yang menjalankan aktiviti ini akan diketuai seorang yang menggelarkan dirinya ‘guru’ dan biasanya dianggotai seramai lima orang.


“Guru akan mengetuai upacara ini dan akan bertindak sebagai jurucakap kami bagi memberitahu hajat kami kepada makhluk alam ghaib,” katanya.

Menurutnya, guru itu menggunakan jampi serapah untuk memanggil makhluk ghaib bagi membantu memudahkan serta memakbulkan permintaan seperti yang dihajati.


Katanya, selepas tiga jam upacara itu dijalankan, tiada duit bertimbun seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini tetapi yang ada hanyalah kepingan duit syiling lama.


“Kami kecewa pada mulanya tetapi guru memberitahu jemaah kami, hari itu tidak sesuai untuk upacara tarik duit kerana tuan puteri sibuk dengan urusan lain,” katanya. Abu berkata, selain Pulau Besar, kawasan yang menjadi tumpuan kumpulan tarik duit adalah Gunung Panti, Gunung Pulai serta Gunung Ledang.



Wednesday, May 19, 2010

Bila lagi ????????

Yahooooo,.....game kita dah ada lesen..... mari la buat pertaruhan.....



Agak2 bila la Pak Najib nak keluar lesen yang nie pulak.....
kaya skit den....tak payah nak tangkap dah...
cukup bulan kutip duit ja...
heee....heeee

Lagi2 kena tembak.....kita tunggu siapa lagi akan menjadi MANGSA seterusnya......

Lagi 'mangsa' tembakan lapor polis

Seorang lagi lelaki yang ditembak polis pada April tahun lalu, Shahril Azlan Ahmad Kamil akan tampil membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Seksyen 11 di Shah Alam hari ini.

Ditemani peguam Puspawati Rosman, beliau dijadual tampil mengadu pada jam 12.00 tengah hari ini.

Pada 16 April lalu, bapanya pernah pernah membuat laporan polis di Klang, antaranya mendakwa Shahril Azlan cedera terkena tembakan di lengan sehingga menembusi rusuk dan sampai ke tulang belakangnya.

Dalam laporannya, Ahmad Kamil mendakwa anaknya ditembak di Seksyen 7, di satu sekatan jalan raya.

Puspawati ketika dihubungi mengesahkan akan mengiringi lelaki berumur 26 tahun itu membuat laporan polis hari ini.

Tuesday, May 18, 2010

Mana yang lebih baik....

Sambut hari jadi @ bacaan doa selamat.....


Digantung sekolah kerana anjur majlis hari jadi

BATU KIKIR – Enam pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir, di sini digantung sekolah selama enam kerana kesalahan menganjurkan majlis hari jadi Mei lalu.

Kesemua mereka dari kelas yang berasingan dan bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini, bagaimanapun salah seorang daripada mereka telah berpindah sekolah di Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu.

Mereka digantung sekolah sebanyak dua kali iaitu pada 12 hingga 14 Mei menerusi arahan lisan daripada guru disiplin, dan 17 hingga 19 Mei lalu menerusi surat bertulis kepada penjaga.

Difahamkan, tindakan tersebut diambil pihak sekolah berikutan kesalahan kumpulan pelajar terbabit menganjurkan majlis sambutan hari jadi tanpa kebenaran kira-kira jam 4.30 petang pada 6 Mei lalu, selain didakwa menceroboh menggunakan salah sebuah kelas selepas waktu persekolahan.

Penjaga dan ibu bapa kepada pelajar terbabit menyatakan rasa tidak berpuas hati dan menyifatkan tindakan penggantungan sebanyak dua kali sebagai ‘keterlaluan’.

Salah seorang penjaga, Sri Sheida Abdullah, 51, berkata, tindakan pihak sekolah itu menimbulkan persoalan kerana bukan saja tidak jelas, malah tidak mengikut prosedur yang sebetulnya.


Pejenayah lulusan Dacing ....ha..haaa.haaa

Kejar RM3,000 rugi RM100,000


SUBANG: Hanya kerana sebentuk cincin dan jam tangan bernilai kira-kira RM3,000, seorang penjenayah tamak sanggup kerugian lebih RM100,000 apabila meninggalkan kereta mewah BMW dinaiki di hadapan rumah mangsa yang dipecah masuk.

Suspek yang berusia 38 tahun terpaksa meninggalkan kereta itu apabila pemilik rumah yang diceroboh tiba-tiba pulang dalam kejadian Jumaat lalu.


Berdepan situasi kelam-kabut serta panik, pencuri ‘kaya’ itu juga terlupa yang dia tertinggal dompet mengandungi kad pengenalannya di dalam kereta berkenaan.


Menurut sumber polis, pemilik rumah terbabit yang berusia 25 tahun terserempak suspek ketika dia pulang ke rumahnya di SS19/1 kira-kira jam 7 malam.


Katanya, mangsa mendapati pintu rumahnya terbuka sebelum bergegas masuk dan terserempak suspek yang menggeledah di dapur.


“Terkejut kehadiran suspek, mangsa menangkap lelaki terbabit hingga berlaku pergelutan,” katanya.


Bagaimanapun, suspek melepaskan diri dan lari tanpa menghiraukan kereta mewahnya yang diletakkan di depan rumah itu.


Beliau berkata, mangsa membuat laporan kes berkenaan dan polis menunda kereta terbabit.


“Siasatan polis mendapati kereta itu milik kakak suspek yang tinggal di Rawang dan tidak berapa lama selepas itu suspek menyerah diri kerana takut kakaknya ditangkap pihak berkuasa.

“Suspek yang masih bujang dan berasal daripada Melaka juga mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkait dadah dan pecah rumah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar yang dihubungi mengesahkan kes penahanan suspek terbabit yang turut dikaitkan dengan beberapa siri jenayah sama di daerah itu sebelum ini.



Sunday, May 16, 2010

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT...





DAP berjaya rampas parlimen Sibu




azlanMAMPOS

UMNO ......


INGAT UMNO

INGAT JUDI.....

INGAT UMNO

INGAT YAHUDI....







KEPUTUSAN TAK RASMI

PAKATAN RAKYAT MENANG MAJORITI 390 UNDI

PAKATAN TERUS MENDAHULUI APCO......


7.40pm: According to the latest unofficial tally, DAP's lead breaks the 3,000 mark for the first time - it is now 3,022 votes. About 90.5% of votes have been counted so far.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Ind - 135

Majority - 3,022

7.15pm: According to the latest unofficial tally, DAP has again increased its lead to 2,236 votes. About 81% of votes have been counted so far.

DAP - 14,283 BN - 12,047 Ind - 129 Majority - 2,236

5.05pm: According to the latest unofficial tally in the polling stations which have closed early, BN has increased its lead to 2,097 votes. So far, 19 out of 110 polling streams, or about 13% of votes, have been counted.

BN - 3,493
DAP - 1,396
Ind - 33

Majority 2,097

Pengundian selesai, DAP ketinggalan 1,930 undi

Mari kita hapuskan bapak segala kaki judi....


Pengundi Sibu pilih ahli parlimen hari ini

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

Manakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.

Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.

Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.

Saturday, May 15, 2010

"Jangan lupa undi DAP"-Nik Aziz

KOTA BHARU, 15 Mei: Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.

Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.

Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.

Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.

Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.

Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.

Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.



Kalau dah penyamun tu penyamun jugak....



BN ikrar rampas Kedah dengan cara bermaruah...........




Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai parti pembangkang, bukan dengan memujuk wakil rakyat lompat parti menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat.

"Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut dalam parti pakatan Pas-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP dan cakap-cakap politik kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan.

- Bernama


bila nak bayar saman hoiiii......kerajaan dah nak mampos ....duit dah abis.......

Pesalah jalan raya yang lewat membayar saman bakal dikenakan penalti selain tidak diberikan diskaun terhadap saman yang dikenakan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, kadar penalti yang akan dikenakan itu akan diumumkan selepas mendapat kelulusan daripada jemaah Menteri.

"Kita telah sediakan kertas kerja mengenai konsep baru ini dan akan dibentangkan kepada jemaah Menteri untuk kelulusan dalam tempoh masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dekat Melaka, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 585 anggota dan pegawai JPJ dari seluruh negara menerima Anugerah Perkhimatan Cemerlang 2009.

Solah berkata, melalui konsep baru itu, lagi lama seseorang pesalah jalan raya menangguhkan pembayaran saman maka lagi banyak jumlah penalti akan dikenakan.

"Biasanya orang yang kena saman mengambil masa untuk selesaikan saman...kadang kala mereka menunggu adanya tawaran diskaun," katanya.

Beliau berkata, konsep baru itu diperkenalkan berikutan nilai tunggakan bayaran saman kira-kira RM16.9 juta bagi tempoh 2000 hingga 2008.

Dalam perkembangan lain, Solah berkata pemandu kenderaan dari Thailand bersetuju untuk mematuhi peraturan bagi memasuki negara ini termasuk yang ditetapkan oleh JPJ, Kementerian Pelancongan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Beliau berkata, JPJ akan menjalankan penguatkuasaan secara berterusan terhadap kenderaan Thailand yang gagal mematuhi peraturan termasuk ketiadaan permit atau menyalahgunakan permit diberikan.

"Pada tahun lalu, JPJ mengeluarkan lebih 98,000 ICP (International Circulation Permit) kepada kenderaan Thailand untuk tujuan lawatan sosial sahaja, ini menunjukkan sebahagian besar pemandu Thai memahami peraturan ICP itu," katanya.

Beliau mengulas berhubung perkembangan isu van dan bas Malaysia membawa pelancong diarah berpatah balik oleh sekumpulan pengusaha pelancongan Thailand di Danok, sempadan Malaysia/Thailand, dekat Bukit Kayu Hitam sejak 7 Mei lalu.

Kumpulan itu dilaporkan mendirikan khemah di tepi jalan, kira-kira satu kilometer dari Kompleks Imigresen Thailand di Danok, sebagai protes terhadap tindakan JPJ yang menyaman kenderaan Thailand yang membawa masuk pelancong ke negara ini tanpa permit sejak dua bulan lalu.

Akibat tindakan itu, pelancong terpaksa menyewa bas dan van di negara itu dengan harga tinggi untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

- Bernama

Thursday, May 13, 2010

Ashaari Muhammad meninggal dunia

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Al-Arqam yang diasas dan dipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.

Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah.

Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Singai buluh, Kuala Lumpur.

Ashaari pernah mendakwa beliau pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan.

Selepas

dua tahun dalam tahanan, Ashaari dikenakan hukuman buang daerah di Selangor.

Bagaimanpaun, Ashaari kemudiannya dipindahkan ke Labuan pada tahun 2000 selepas pihak berkuasa mendapat ada pihak-pihak yang mencuba mempengaruhinya supaya menghidupkan semula pergerakan tersebut.

Hukuman buang daerah itu kermudian diatrik balik pada Oktober 2004.

Wednesday, May 12, 2010

UBAT Powerr.... sILAP mAKan ....SElAmaT TiNGGal

KUALA LUMPUR: “Orang sudah mahu mati pun boleh ‘hidup’ balik kalau telan satu pil naik nafsu ni,” kata seorang ‘doktor’ ubat-ubatan rangsangan seks haram sambil menunjukkan pelbagai kotak kecil mengandungi kapsul biru dan coklat yang dipamerkan di atas meja.

TUNGGU PELANGGAN...peniaga ubat-ubatan seks haram di Jalan Chow  Kit.
TUNGGU PELANGGAN...peniaga ubat-ubatan seks haram di Jalan Chow Kit.
BELI...pelanggan warga emas turut membeli pil rangsangan seks  haram
BELI...pelanggan warga emas turut membeli pil rangsangan seks haram
Lelaki berusia lewat 50-an terbabit berkata, pil rangsangan seks dijual dengan harga RM10 sebiji itu mempunyai ‘kuasa’ ajaib untuk mengembalikan kejantanan lelaki yang menghadapi masalah syahwat.


Namun, di sebalik kehebatan pil terbabit yang disogokkan kepada orang ramai itu, tersembunyi bahaya menanti apabila kebanyakan daripadanya mengandungi kimia berbahaya antaranya Sildenafil Nitrat, Taladafil selain campuran bahan asing.


Tinjauan wartawan di Chow Kit mendapati kebanyakan peniaga ubat-ubatan seks haram berkenaan pernah diserbu dan ditahan beberapa kali oleh pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), namun masih tidak serik.


Walaupun kebanyakan barang jualan dirampas, namun ia tidak menghalang kumpulan peniaga terbabit untuk terus menjual pelbagai ubat-ubatan seks terlarang termasuk peralatan untuk merangsang seks lelaki dan wanita.


Wartawan yang menyamar pelanggan turut ditawarkan pelbagai produk rangsangan seks terkini di pasaran antaranya Maxman dan The Forbidden Kingdom yang didakwa paling laris dan menakjubkan.


“Barang ini baru sampai dari Amerika...lagi ‘power’ dari viagra dan tak mahal. Satu kotak cuma RM20 dan boleh tahan sampai sebulan,” katanya. Ditanya sama ada produk terbabit selamat untuk digunakan, lelaki Aceh itu memberi jaminan produk terbabit selamat dimakan warga emas atau remaja.


“Jangan bimbang, ubat ni dibuat dari bahan tumbuh-tumbuhan...tak ada bahan kimia. Setakat ni belum ada yang mengadu mati selepas makan pil berkenaan. Jika abang ragu-ragu, abang cuba dulu pil dos rendah,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM berkata, sikap taksub masyarakat terhadap produk seks selain rasa tidak yakin terhadap keupayaan diri menyebabkan penjualan produk haram terbabit gagal dibanteras sepenuhnya.

“Orang ramai sepatutnya berwaspada kerana pil rangsangan seks yang mengandungi kimia Sildenafil atau Tadalafil mempunyai pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan menyebabkan ia dikawal sepenuhnya mengikut Akta Racun 1952,” katanya.

Nafsu tentera...Gadis dirogol bergilir-gilir

TAMPIN – Perkenalan singkat dengan seorang anggota tentera membawa padah kepada seorang pekerja restoran apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh lelaki berkenaan bersama dua lelaki lain yang juga anggota tentera.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa berumur 22 tahun dan bekerja di Dataran Pahlawan, Melaka dirogol di sebuah rumah dekat Taman Clonlee, di sini.

Sumber memaklumkan, ketika kejadian, mangsa dikatakan baru tiga hari mengenali salah seorang daripada tiga lelaki terbabit dan dijemput balik dari tempat kerja untuk bersiar-siar serta menjamu selera.

“Pada awalnya, mangsa enggan menerima memenuhi pelawaan lelaki terbabit kerana mendapati terdapat dua lagi lelaki berada dalam kereta.

“Bagaimanapun, selepas dipujuk dan diberi jaminan yang mangsa tidak akan diapa-apakan, mangsa mengikut lelaki berkenaan.

Mangsa kemudiannya bersiar-siar di sekitar bandar Melaka dan diajak mandi di sebuah kolam air panas di Alor Gajah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah rumah di Taman Clonlee dan dipaksa membuka pakaian.

“Lelaki berkenaan juga mengugut mencederakan mangsa sekiranya enggan menurut arahan.

“Bimbang atas keselamatan diri, mangsa terpaksa mengikut kehendak mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran kira-kira jam 8 pagi, kelmarin.

Mangsa juga dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Polis berjaya menahan suspek dipercayai anggota tentera di sebuah kem tentera di Melaka, jam 5 petang,” katanya.

Saiful: Najib terkejut dengan pendedahan saya

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertemuannya dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun, 2008.

Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keterangannya selama sejam pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, Saiful juga memberi butiran berhubung pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan.

Saiful juga menceritakan pertemuannya dengan bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor (kanan) (sekarang ini Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh by Anwar.

Kedua-dua Rodhwan dan Musa, adalah 'watak utama' semasa perbicaraan Anwar pada 1998 yang menyaksikan ketua umum PKR itu dipenjarakan. Anwar kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Disoal-siasat oleh peguambela utama, Karpal Singh setelah permohonannya agar prosiding ditangguhkan ditolak, Saiful berkata dia dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas.

“Saya pergi ke rumah Khairil Anas bagi mengadu perkara itu. Dia kemudiannya memutuskan untuk membwa saya berjumpa dengan Najib di rumahnya di Taman Duta,” kata Saiful.

Saiful juga pernah mendakwa selain diliwat pada 26 Jun 2008, dia juga beberapa kali telah diliwat pada tarikh lain oleh Anwar.

Menurut Saiful, mereka tiba di rumah Najib selepas solat Maghrib, lebih kurang jam 8 malam dan dia menghabiskan kira-kira 20-30 minit menceritakan masalahnya itu kepada timbalan presiden Umno itu.

“Najib (kiri) terperanjat dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar),” katanya sambil menambah perbincangan malam itu membabitkan dirinya, Khairil dan Najib.

Ditanya Karpal sama ada Najib menawarkan sebarang nasihat, Saiful menjawab - tidak.

Saiful juga memberitahu mahkamah sebelum pulang dia ada terjumpa isteriNajib, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi tidak berjumpa secara peribadi.


Ramalan Nujum Pak Najib...2013

Najib: Jangan sampai Umno jadi pembangkang

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan, walaupun dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini sokongan Melayu kembali kepada Umno, tetapi jika tidak berjaga-jaga, parti itu boleh bertukar menjadi pembangkang.

Presiden Umno menegaskan Umno dan BN sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Dalam ucapannya, Najib memberi contoh kekalahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dalam pilihan raya umum negara itu yang mana parti tersebut sekarang ini telah menjadi pembangkang.

Katanya, kekalahan parti itu menjadi satu kisah yang relevan untuk menjadi "iktibar dan sempadan" kepada Umno dan parti komponen BN.

"Sebagai sebuah parti politik yang memerintah negara selama 45 tahun dan memenangi 12 kali pilihan raya umum pasca kemerdekaan, parti ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan mengambil iktibar daripada apa yang beraku kepada parti-parti lain, yang seusianya dengan Umno tetapi hari ini menjadi pembangkang," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena menyambut ulangtahun Umno ke-64 di ibu negara.

Najib berkata Umno telah menjemput wakil daripada parti tersebut bagi menceritakan mengenai faktor kekalahan parti itu dalam pilihan raya baru baru ini.

Katanya, wakil tersebut menjelaskan terdapat tiga faktor kekalahan parti itu. Yang pertama, menurutnya, kerana corak politik dalaman parti itu yang terdapat terlalu banyak kelompok.

"Politik kelompok diutamakan daripada berkhidmat untuk rakyat," katanya dihadapan lebih 1,000 hadirin termasuk pemimpin parti komponen BN.

Tiada iltizam politik

Tambah Najib, faktor kedua adalah kerana dalam parti itu lebih mementingkan 'special interest group' daripada kepentingan rakyat jelata.

"Kelompok yang ada kepentingan lebih diutamakan tetapi tuntutan rakyat tidak diberi keutamaan,.

Manakala faktor ketiga, tegas Najib, disebabkan LDP memulakan proses reformasi tetapi tidak mempunyai iltizam politik untuk terus meneruskannya.

"(Mereka) kembali kepada zon selesa dan mempertahankan status quo. Rakyat lihat (parti itu) jauh di hati rakyat, tidak merasa denyut nadi dan bukan (menjadi) parti yang segar dan dinamik.

"Kalau tidak bersetuju semuanya, (tetapi) sedikit sebanyak ia relevan kepada Umno dan parti komponen yang lain," katanya

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Umno supaya kembali bersemangat jitu dan gigih kepada perjuangan parti untuk mengangkat matlamat perjuangan parti menjadi lebih kukuh dan mantap.

Dalam ucapan selama kira-kira 15 minit itu juga, Najib mengingatkan agar ahli tidak terperangkap dengan kepentingan golongan tertentu sebaliknya mementingkan rakyat kerana mereka merupakan kunci kejayaan sebuah parti.

"Jadi pemimpin yang dekat dihati rakyat. Buatlah apa sahaja program, tetapi bukan buat dekat dengan pilihan raya. Tunjuk bahawa sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat," katanya.

Ulangtahun disambut lebih optimis

Dalam ucapannya itu juga, beliau turut menyifatkan sambutan ulang tahun parti itu lebih meriah berbanding tahun lalu.

Ini kerana, kata Najib, mood dalam Umno bertambah lebih yakin dengan masa depan parti tersebut dan tahap sokongan orang Melayu lebih menyerlah pada hari ini.

"Oleh itu saya amat bersyukur dengan usaha yang dilakukan dan segala yang telah dilaksanakan telah membuahkan hasil yang banyak meyakinkan.

"Oleh se
bab itu, sambutan ulangtahun Umno ini disambut dengan perasaan lebih optimis tentang masa depan kita," katanya.

Sebelum itu, Najib bersama-sama dengan kepimpinan Umno berhimpun untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah dan membacakan surah Yasin, tahlil dan membaca doa selamat kepada pejuang-pejuang parti.

Majlis tersebut telah dipimpin oleh Mufti Johor, Datuk Noh Gadut.

Manakala sebelum menunaikan solat Maghrib, Najib telah melepaskan 15 peserta ekspedisi 'Kembara ke Bumi Suci 2010' di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mereka terdiri daripada 11 peserta yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dan sebuah pacuan empat roda yang terdiri daripada 4 peserta yang diketuai oleh Mohamed Assir Mohamed Ariff.

Ekspedisi itu akan merentasi 11 negara antaranya, Thailand, Laos, China, Kyrgystan, Uzbekistan, Iran, Turki sehingga ke Arab Saudi yang memakan masa selama 52 hari.

Tuesday, May 11, 2010




PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti
Mei 11, 10

PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull. Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert". "Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi. "Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya dalam Harakahdaily.net.




MP Kalabakan Letak Jawatan Bukti Umno Bergolak

11 May 2010


Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 11 Mei - Pengarah Strategi KEADILAN Chang Tian Chua mendedahkan bahawa kedudukan Umno-Barisan Nasional semakin tenat berikutan desas desus yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh akan meletakkan jawatan.

Tian dan pasukannya akan membuat penelitian bagi mengesahkan tentang hal tersebut. Beliau beranggapan bahawa pergolakan berpanjangan yang berlaku dalam BN berpunca dari gerakan 16 September yang dilancarkan pada tahun 2008.

"Selepas PRU ke-12, Umno-BN melalui satu proses yang tidak stabil. Ramai Ahli Parlimen yang telah hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional. Apa yang dikatakan sebagai penghijrahan bermaksud perubahan pendekatan dan budaya politik yang bermula pada 16 September," jelas Tian.

Beliau memaklumkan kepada Suara Keadilan bahawa, walaupun tiada perubahan kerajaan pada waktu itu, namun ia membawa impak yang besar. Najib yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri mengambil kesempatan diatas apa yang disifatkan sebagai kelemahan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Perkara tersebut bukanlah tindakan akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengukuhkan kedudukannya, bahkan beliau menggunakan pelbagai taktik termasuk membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan memberikan tekanan dan ugutan kepada Ahli Parlimen yang disyaki tidak cenderung kepada Umno-BN.

"Jadi tak hairanlah kalau ada Ahli Parlimen Umno-BN yang difitnah dan dipinggirkan kerana dianggap tak setia kepada Najib," katanya.

Ketika ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa peranan Ahli Parlimen Bayan Lepas, Datuk Seri Zahrain Hashim yang dilihat lebih merosakkan Umno, beliau bersetuju dengan mengatakan bahawa Ahli Parlimen tersebut itu tidak bersikap bebas. Mereka sebenarnya adalah alat yang diperalatkan untuk berkhidmat kepada Umno-BN.

"Umno-BN akan terus mempergunakan mereka. Sama ada Zahrain atau mana-mana individu bebas, sebenarnya mereka telah disediakan skrip yang telah ditetapkan oleh Najib," kata Tian.

(Suara Keadilan)

Thursday, May 6, 2010

1,000 kenderaan konvoi untuk Gaza

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Sejumlah 1,000 kenderaan bakal menyertai 'Konvoi Nasional Untuk Gaza' 8 Mei ini dari seluruh negara menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan dijangka berkumpul di sana jam 5 petang.

Program tersebut adalah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam yang berada di Gaza Palestin yang sedang ditindas Zionis Israel.

Antara pengisian di masjid negeri sepanjang program tersebut adalah ceramah khas ’Palestin Terkini’, solat hajat, pameran dan lain-lain.

Pada 24 Mei ini, kumpulan konvoi 20 kapal laut yang dikoordinasi oleh badan antarabangsa Free Gaza Movement dijangka akan bergerak dari pelabuhan Turki ke pantai Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

Menurut Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Mapim sebagai sebuah wadah gabungan NGO Islam seluruh Malaysia sedang mengusahakan pengumpulan bantuan ubatan, makanan dan keperluan pendidikan yang bernilai RM1 juta untuk dihantar dari Malaysia bersama salah sebuah kapal tersebut.

"Menurut keputusan yang dibuat oleh Rabithah Ulama Palestin bahawa pembebasan Masjid Al-aqsa kiblat pertama umat Islam dan saudara yang terkepung di Gaza wajib fardhu ain dibebaskan oleh umat Islam seluruh dunia," katanya.

Bengkulu, Sumatera dilanda gempa bumi

Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar Bengkulu, Pulau Sumatera pada 11.30 malam semalam namun ia tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda.

Para petugas Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan di Bengkulu telah menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit sejak malam semalam.

Semua 60 pelajar Malaysia di Padang, yang terletak di utara Bengkulu dilaporkan selamat, malah ada antara mereka yang tidak menyedari kejadian tersebut kerana kebanyakan sedang nyenyak tidur ketika itu.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Paduka Junaidy Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi pemimpin pelajar di Padang dan sedang memantau keadaan di sana terutama bagi menghadapi kemungkinan berlaku gempa susulan.

"Mereka telah diingatkan agar mengikut SOP kecemasan sekiranya berlaku bencana gempa bumi susulan. Komunikasi antara para pelajar sangat baik dan mereka saling berhubung antara satu sama lain.

"Pihak MSD Indonesia dan Kedutaaan Besar Malaysia di Jakarta sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar dan bantuan segera akan diberikan sekiranya para pelajar memerlukannya," katanya dalam satu kenyataan di Jakarta hari ini.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, lokasi gempa berlaku di 143 kilometer (km) Barat Daya Lais, Bengkulu, 151 km Barat Daya Bengkulu, 153 km Barat Daya Padang Betuah, Bengkulu, 157 km Tenggara Pagai Selatan Mentawai, Sumatera Barat dan 685 km Barat Laut Jakarta.

Gempa dengan kedalaman 10 km dari permukaan laut itu berlaku kira-kira 5 minit.