Tuesday, August 25, 2009
MERDEKA BUAT PAS DI PERMATANG PASIR
Perangkaan tidak rasmi menunjukkan PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar.
Bagaimanapun ia masih rendah daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.
Menurut sumber PAS, calonnya Mohd Salleh Man mendapat 9,712 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,050 undi.
Majoriti yang diraih Salleh 4,662, kurang 771.
Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.
Friday, July 31, 2009
SPR UMUM TARIKH PILIHANRAYA KECIL SELEWAT LEWATNYA 10 OGOS INI.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) berkata pilihanraya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu dari Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.
"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini dan selepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini kerana sakit jantung.
Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.
Sementara itu Abdul Halim ketika dihubungi berkata beliau masih menunggu sijil kematian Mohd Hamdan sebelum menyerahkan surat makluman kekosongan DUN Permatang Pasir kepada SPR Pulau Pinang.
Beliau berkata Dewan Undangan Negeri akan bersidang selama dua hari mulai 10 Ogos ini dan Allahyarham sudah mengemukakan beberapa soalan bertulis untuk sesi kali ini.
ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA
ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.
Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.
Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin.
Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.
Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999.
Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.
Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.
Wednesday, July 29, 2009
DNA SIAPA DI PAKAIAN TEOH????

Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang.
Identiti lelaki itu belum dikenal pasti walaupun contoh sampel DNA daripada 102 individu terbabit telahpun diambil oleh Jabatan Kimia, kata peguam Tan Hock Chuan, yang dilantik membantu mengendalikan inkues bagi pihak kerajaan di hadapan Koroner
Azmil Muntapha Abas.
Tambahnya, lima sampel telah diambil daripada bahagian belakang blazer yang dipakai oleh Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu, lapor Bernama.
DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang.
"Sampel daripada 102 individu telah diambil bagi menentukan sama ada DNA mereka ini sepadan dengan DNA yang tidak diketahui itu.
"Laporan bagi 90 individu telah siap, sementara 12 lagi belum diperoleh.
"Saya turut dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa terdapat dua orang yang enggan memberikan sampel DNA mereka," Tan dipetik berkata.
Gobind Singh Deo, yang bertindak sebagai peguam pemerhati keluarga Teoh, menggesa pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.
"Inilah salah satu sebab lagi mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," Gobind dilaporkan berkata.
Tan menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."
Teoh (foto, kanan sekali, sebelum ke pejabat SPRM) ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lepas di atas bumbung tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam, yang menempatkan bangunan suruhanjaya tersebut.
Kematian setiausaha exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, yang menimbulkan pelbagai persoalan, mendorong kerajaan menubuhkan inkues dan suruhanjaya siasatan diraja bagi menentuk kematiannya dan prosedur siasatan SPRM.
Inkues tersebut, bermula hari ini, ditangguhkan ke Rabu depan.
Monday, July 20, 2009
TERIMA KASIH KEPADA PAS PJU KERANA SUDI DATANG KE PULAU PANGKOR DAN DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM DI ANTARA KITA.
Terimakasih PAS Cawangan Sungai Pinang dari PAS PJU

Dari Kanan Sdr Abd Rahman NYDP PJU, En Din Naib Ketua Cawangan Sg Pinang Besar, En Murad AJK Cawangan, Tn Hj Kamarudin Suhaimi TYDP dan Sdr Azri Ketua Pemuda PJU di program ringkas Sarapan Bersama Pimpinan Cawangan Sg Pinang.
Bagi pihak PAS Kawasan PJU ,kami mengucapkan terimakasih atas kunjungan silaturohim dan Sarapan Bersama PAS Cawangan Sg Pinang, Pangkor di Pangkor Village Beach Resort diketuai oleh En Din Naib Ketua PAS Cawangan dan AJK Cawangan rakan beliau yg juga bertugas membawa pengunjung dgn 'teksi ungu'nya.
Terimakasih juga kepada Ustaz Alwis Ketua Cawangan yg tak dapat bersama kerana mesyuarat di KL dan Akhi Radzi SU Cawangan dan pimpinan cawngan yg dapat hadir walaupun singkat pada Sabtu malam 18hb.
InsyaAllah di masa akan datang PAS PJU mahupun cawangan2 kami akan memohon kerjasama pihak cawangan untuk program2 kami...
Mari sama-sama lawat blog PAS Cawangan Sg Pinang Besar, pangkor di http://pcspb.blogspot.com/
ABDRAHMAN NYDP PJU.
copy daripada BLOG http://paspju.blogspot.com
Saturday, July 18, 2009
MENGAPA SAYA TINGGALKAN BN
Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.
Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?
Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata " jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".
Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.
Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.
DATUK DR CHUA JUI MENG UMUM SERTAI KEADILAN
Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.
Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.
Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.
Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.
Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.
Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.
Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.
Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.
Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.
| Orang terakhir jumpa Teo: SPRM ugut saya... | |||
|
Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.
Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".
Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.
"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.
Thursday, July 16, 2009
KETIKA DALAM TAHANAN S.P.R.M DI SHAH ALAM,KIRA-KIRA 3 PETANG TADI,BELIAU
DITANGKAP S.P.R.M SEMALAM...........
********************************************
**************************************
********************************
PERHIMPUNAN SOLIDARITI TERHADAP KEMATIAN TEO HOCK BENG, PEMBANTU EXCO
SELANGOR 8.30 MALAM INI DEPAN S.P.R.M., PLAZA MASALAM,SEK 9 SHAH ALAM.
Tuesday, July 14, 2009
TAHNIAH PADO ABE UJI.....

........................................................................................................................................................................
KEPUTUSAN RASMI | ||
| UNDI PAS | 5348 | |
| UNDI BN | 5283 | |
| MAJORITI | 65 | |
| JUMLAH UNDI ROSAK | 92 | |
| JUMLAH KELUAR MENGUNDI | 10 722 (87.22%) | |
| JUMLAH SALURAN MENANG | 14 DARIPADA 27 | |
| JUMLAH UPU MENANG | 4 DARIPADA 9 | |
| MASA : | 8.29 PM (RASMI) | |
SYAITAN TUA MULA MENJERIT DI MANIK URAI...
Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki - yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita - menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.
Beliau kelihatan berbincang dengan beberapa petugas PAS dan dengan muka berangnya bersuara dengan nada sedikit tinggi. Bagaimanapun suaranya ditenggelami laungan penyokong PAS.
Beberapa anggota polis kemudian kelihatan cuba memisahkan kumpulan parti-parti politik bertanding itu. Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di situ.
DAH NAMPAK MEMANG NAK KALAH....
Manakala kumpulan penyokong PAS pula berada di bawah khemah yang dilengkapi kipas angin, makanan dan minuman. Mereka berehat dengan santai, termasuk makan tengah hari di situ (foto kanan).
PENYAMARAN DI MANIK URAI
Monday, July 13, 2009
esok cuti umum......( kelantan jaaaa)
Nik Aziz isytihar esok cuti umum | ||
|
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja, lapor Bernama.
"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'.
"Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," Nik Aziz dipetik berkata.
Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.
Ia diadakan susulan kematian ADUN PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei
lepas.
Sunday, July 12, 2009
AWAS....bahaya kepada wanita yang mandi di kolam renang...
sekadar gambar hiasan....Friday, July 10, 2009
MANA YANG ADA EXTRA POWER......MENTERI @ TOK SIDANG PANGKOR...
Sinar harian ( jumaat 10hb julai 2009...m/s p22 )APA SAHAJA PROJEK KAT PULAU PANGKOR....DEPA YANG PUNYA...SAMPAIKAN HAK2 PENDUDUK DI SINI PUN DEPA NAK REMPAT......MEMANG DAH KAKI PENYAMUN...SEMUA NAK REMBAT...NIE NAK BAGITAU KALAU BETUL TOK SIDANG PANGKOR BERANI....TOLONG PUBLISH SENARAI NAMA PENDUDUK YANG LAYAK UNTUK BANTUAN RUMAH PPRT,KITA NAK TENGOK MUKA2 YANG MANA MISKIN TU.....
NANTI BILA TIBA MASANYA....BIAR SAYA SENDIRI AKAN BONGKAR SATU PROJEK PERUMAHAN DI TELUK CEMPEDAK....DENGAR CERITA PROJEK TU DAH LULUS TAHUN 2007 ( projek atas tanggan mb haram )...LAST2 KALAH 2008...DIAM SAT,LA NIE DAH DAPAT MENYAMUN NEGERI PERAK....DAH MULA BUKA FAIL TU BALIK....KITA NAK TENGOK PROJEK PERUMAHAN TU UNTUK PENDUDUK MISKIN @ PROJEK ALI BABA....SEMUA UNTUK KRONI2 UMNO YANG PUNYA...
SEPATUTNYA KATA LAAAAA.....DULU,KINI & SELAMANYA...SEMUA UNTUK KAMI
( umno korap ) ....
Wednesday, July 1, 2009
ADA PIHAK MEMPERMAINKAN ISLAM
" sekali pandang mungkin....tak perasan....."
" corak yang menarik...tapi ada sesuatu yang tidak kena "
" Lihat la ada tulisan ALLAH pada baju ini.........."
SEORANG JEMAAH KITA TELAH TER SEREMPAK DENGAN SEORANG LELAKI INDIA SEDANG MEMAKAI BAJU INI , DENGAN TANGGUNG JAWAP,BELIAU TELAH MENUKAR BAJU LAIN , KEPADA LELAKI INDIA TERSEBUT , UNTUK MENDAPATKAN BAJU INI SEBAGAI BAHAN BUKTI..LELAKI INDIA ITU SENDIRI TIDAK PERASAN AKAN TULISAN ITU...SEKALI PANDANG MEMANG TIDAK PERASAN...
PERSOALAN NYA MENGAPA TERLALU LONGGAR KAWALAN,SEHINGGA ADA YANG TERLEPAS BERADA DI PASARAN?????????/
Tuesday, June 23, 2009
zambry yang banggang......

Tak habis - habis menyusahkan orang...lepas satu hal,satu hal lagi yang datang...sampai dah naik meluat dah...Semalam ana terbaca satu surat dalam SINAR HARIAN..ada la seorang hamba allah tu menulis tentang mangkok ayun nie...apa la punya gila kuasa mangkok nie sampai boleh bagi arahan sedemikian rupa.....memang wayar dia nie banyak yang terputus kot.....
SINAR HARIAN ISNIN 22/6/2009
Sama sama la kita renung, itu menandakan orang memang dah tak mau hang......jangan la beriya iya sangat...sampai masa nya nanti....tahu la nasib hang...
JANGAN BERSELINDUNG DI SEBALIK JAWATAN YANG ADA.........
ANAK JANTAN PANTANG DI CABAR....INI CABARAN DARIPADA ANAK JATI P.PANGKOR..
Perlawanan bola persahabatan antara Pemuda Sg Pinang Besar vs Dppkl
Pemuda Sg Pinang vs Dppkl
Bertempat : Padang bola hotel Pan Pasific,Pulau Pangkor
Masa : 6.00 petang
Tarikh : 21/6/2009
Setelah penat sebelah pagi PAS Cawangan Sungai Pinang besar,menjalankan aktiviti sumbangan,pada sebelah petangnya pulak , Pas Cawangan mengadakan aktiviti perlawanan bola sepak di antara pasukan pemuda Sg Pinang Besar vs Dppkl.alhamdunillah segala aktiviti yang di rancang hari ini berjalan lancar.....
Pas Cawangan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dppkl kerana sudi menyahut cabaran untuk mengadakan perlawanan persahabat ini....walau pun tewas di tanggan pemuda cawangan dengan gol 6 - 2,inyaallah selepas ini pemuda cawangan akan turun ke LEKIR untuk perlawanan seturusnya...dan kami jugak meminta maaf jika terdapat kekurangan semasa di sini.
Inyaallah selepas ini kita akan bergabung bersama sama untuk menjatuhkan MB HARAM pada pilihanraya ke 13,memalukan penduduk pangkor ja....
( walau pun kecil kecil cili padi,pemain Dppkl dapat mengawal padang semasa permainan....salut)
" Nie dia pengadil tengah berebut bola...."
Awal - awal lagi Dppkl membelasah Sg Pinang 1 - 0 ......
" Bro...kasi la kat aku bola sama....jangan la main seorang ja...
nanti abang pulak terbang....
" Camana nak jawap nie....balik manjung nanti..dah 6 gol masuk...."
cepat la.. mana pengadil nie..tiup la wisel ..
Monday, June 22, 2009
Program PAS Cawangan Sungai Pinang Besar...
Pada 21/6/2009 PAS Cawangan Sungai Pinang Besar, telah menjalankan satu Program Sumbangan Beras & sedikit wang belanja untuk penduduk miskin di Sungai Pinang Besar & Sungai Pinang kecil.
Sumbangan ini adalah ikhlas daripada Pas Kawasan Lumut, PAS Cawangan mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang telah di berikan,di sini kami akan sertakan gambar semasa program itu dijalankan, Semasa kami menziarahi penduduk di sini ramai yang meluahkan perasaan kepada kami,untuk pengetahuan MB HARAM masih banyak lagi penduduk di Pulau Pangkor yang memerlukan bantuan daripada pihak pemerintah.( faham tak )
Cuba kita bayangkan semenjak Negeri PERAK di RAMPAS oleh BN PENYAMUN, bagaikan mencurah - curah PROJEK di Negeri PERAK....dan tak terlepas peluang projek di Pulau Pangkor, puak - puak tu cuma tahu PROJEK saja....ada PROJEK..... ada DUIT....tapi kehidupan rakyat yang susah ada depa ambil tahu????MAMPOS tadak....nie di kata RAKYAT DI DAHULUKAN????rasa - rasanya elok la tukar daripada RAKYAT DI DAHULUKAN KEPADA KRONI - KRONI BN DULU DI DAHULUKAN....kan senang...konon - kononnya Pulau Pangkor adalah Pulau Peranginan di Perak yang membangun...memang betoi...yang bangun orang depa...yang manpos penduduk di sini...( kepala hotak depa ) cuba bayangkan ada sebuah rumah di Sg Pinang Kecil, tinggal seorang warga emas yang hidup serba kedaifan,yang tiada bekalan api & air , daripada dia tinggal sehingga la sekarang....betapa sengsaranya warga emas itu,dah la bumbung rumah berlubang - lubang,bila malam menjelma hanya di temani cahaya lilin sahaja....
Mana pi MAMAK PEROMPAK tu dengan PECACAI - PECACAI dia,kata nak tolong orang susah,cakap tak serupa bikin...cuba balik Pangkor....naik moto pi pusing - pusing keliling Pulau, tengok sendiri penduduk tempat sendiri dulu....Jangan jadi ....KERA DI HUTAN DI SUSUKAN , ANAK KAT RUMAH MAMPOS TAK MAKAN... nie nak harapkan pecacai - pecai dia buat kerja...sama saja 2 x 5...... dah la ana pun malas nak cakap banyak...tengok la sendiri nanti....photo yang ana sertakan di bawah ini....
Ruang makan..." tengok la bumbung lubang sana sini...''
Ini lah sumber air.....untuk kegunaan harian...
Ruang dapur....
Masih lagi mengunakan dapur minyak tanah...

Mak cik ini meluangkan perasaan pada para petugas.....
Mendengar rintihan daripada tuan rumah..
dah larat....
Para petugas mendengar sambil melihat persekitaran rumah.......
" Terimala sumbangan yang tak seberapa dari kami..."
mana mak cik nak tinggal.."
Hai abang - abang semua...tengah betul urat ke ..
sakit pinggang ....tanggung beras..
" Terima kasih abang Nizam ....
Ustaz Alwis bergambar bersama anak salah seorang penduduk..
ayahnya keluar berkerja...tinggal anak2 di rumah...
" Assalamualaikum...apa khabar....."
Ayah tunggal yang baru kematian isteri....
Berehat seketika...
Ustaz Alwis mendengar rintihan .......
" Terima kasih .....( terharu...)
" Jangan la ambil gambar...mak cik malu.....( gurau ja... )
Saudara Azhar gembira kerana dapat menjalankan amanah
yang telah diberikan..
" Pegang kuat - kuat ya adik.... tok mana ????





