Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kecewa dengan tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang didakwanya masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong dua minggu lalu.
Dalam majlis perasmian itu, Dr Zamri didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya. DUN Manong terletak dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar.
Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".
"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Zawawi memberitahu demikian ketika ditanya mengenai langkah dewan itu menghantar memorandum bantahan mereka kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 22 Oktober lalu berhubung perkara itu.
Katanya, dewan itu hari ini turut menghantar bantahan yang sama kepada kesemua mufti di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, meminta penjelasan mengikut hukum Islam berhubung perkara ini.
Zawawi berharap para mufti dapat mengeluarkan ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam tidak terkeliru.
Menurutnya, gambar dan rakaman video ucapara tersebut boleh dilayari dalam lamanweb mereka dan Youtube.
Zawawi berkata, rombongan 15 orang anggota Pemuda PAS Perak menemui Harussani pada 22 Oktober lalu untuk menyampaikan memorandum bantahan tersebut.
Dalam pertemuan di pejabat tokoh agama itu, katanya, Pemuda PAS meminta Harussani menegur atau mengeluarkan fatwa terhadap tindakan Zambry itu.
Zawawi mendakwa mufti perak itu menyatakan rasa kecewanya terhadap tindakan Zambry itu dan berjanji akan menegurnya.
GAMBAR menunjukkan seorang tukang gunting rambut wanita yang tidak memakai baju menggunting rambut seorang lelaki di salun Hotcuts, Sydney baru-baru ini.
SYDNEY - Sebuah salun di sini menawarkan perkhidmatan tukang gunting rambut wanita yang menggunting rambut lelaki tanpa memakai baju, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Salun itu diberi nama Hotcuts dan idea untuk membukanya adalah ilham daripada pemiliknya yang dilahirkan di Poland, Wojtek Wasilewski, 26.
Menurut Wasilewski, dia mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari empat wanita yang menjadi tukang gunting rambut yang sanggup mendedahkan payu dara.
"Perniagaan semakin laris. Telefon selalu berdering (tempahan)," katanya yang merupakan seorang lelaki.
Wanita-wanita akan mendedahkan payu dara dan memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut lelaki. - Agensi
Perang sepanduk tercetus di bangunan Parlimen hari ini apabila beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat bergegas menggantung sepanduk parti masing-masing sebagai tindakbalas terhadap sepanduk yang digantung oleh Umno.
Mereka tidak berpuas hati melihat sepanduk mesyuarat agung tahunan ke-61 Umno yang dibenarkan digantung di tiang lampu di jalan menuju ke bangunan Parlimen.
Tindakan itu diketuai oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang juga mula menaikkan sepanduk parti masing-masing sekitar kompleks Parlimen.
Kok sebelum ini menimbulkan isu sepanduk Umno di Dewan Rakyat pada Selasa lalu sebelum AGM itu bermula tetapi soalannya ditolak oleh speaker.
Menurutnya, berikutan aduan berkenaan - sepanduk Umno diturunkan lewat hari itu tetapi ia dinaikkan semula semalam.Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) juga tidak ketinggalan dengan menaikkan kain rentang pilihan raya kecil Galas di penghadang jalan menuju ke Parlimen.
Seorang kanak-kanak yang dipercayai berusia dalam lingkungan 4 tahun disepak dan ditampar berulang kali oleh seorang wanita yang dipercayai ibunya di depan khalayak di Shanxi, China.Kejam!
Menurut laporan portal internet, kanak-kanak malang itu disepak empat kali di pinggang sebelum ditampar lima kali di muka. Biarpun budak itu menangis dan menahan kesakitan, namun keadaan itu tidak menghalang wanita kejam itu daripada terus memukul anaknya. Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu hanya berhenti apabila seorang lelaki yang berada di kawasan itu menghalang perbuatan wanita itu. Menurut lelaki itu, wanita tersebut berbuat demikian untuk mendisiplinkan anaknya. Gila!
Kanak-kanak yang berusia kurang dari 6 atau 7 tahun masih terlalu kecil untuk memahami sesuatu. Tingkah laku mereka kadang kala agak nakal. Aktif dan sukar diramalkan. Sikap mereka kadang kala menjengkelkan kita, kadang kala menghiburkan kita. Jika mahu mendisiplinkan anak pada usia semuda itu, pendekatan dan caranya tentulah berbeza daripada cara mendisiplinkan anak remaja. Siapa yang mengajar wanita ini mendidik anak dengan cara sekejam itu?
Berdasarkan gambar dan paparan video di bawah ini, sukar untuk kita menerima cara wanita ini mendidik/mendisiplinkan anaknya. Ibu jenis apa yang sanggup menyepak anak sendiri di depan khalayak?
KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan Pakatan Rakyat malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut.
"Kita nak pastikan Tuan Guru Datuk Nik (Abdul) Aziz, (Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang ada pada masa pengumuman tersebut. Kita ambil kira kehadiran mereka, jadi kita kena bincang dahulu dengan mereka malam esok," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga memberitahu, Dewan Harian PAS dijangka bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan senarai pendek calon yang telah diserahkan kepada Majlis Syura.
"Kita sudah ada senarai pendek tetapi akan ditentukan dalam mesyuarat nantilah," katanya.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun dilaporkan berkata, mengikut kebiasaannya selepas mengumpul senarai nama calon berkenaan, anggota pimpinan PAS Pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 24 Oktober ini.
Faham maksud penulis?..contohnya kenyataan Ku Li seperti "Umno lebik baik kalah dari menang" semasa diminta mengulas calon rasuah pilihan Umno di PRK Bagan Pinang baru2 ini..kemudian dijadikan bahan kempen seperti banner di bawah..
Banyak lagi kenyataan/kata2 Ku Li seperti kenyataan Ku Li yg pernah menyatakan rasuah dlm umno terlalu krtikal, pemimpin Umno sombong, Umno sudah lari dari matlamat perjuangan dan lain2 lagi..
Perang Psikologi
Ini perlukan kreatifan tersendiri, asalkan tidak lari dari makna sebenar ucapan Ku Li..di bawah, dikumpulan beberapa kenyataan/ungkapan Ku Li yang boleh sahaja dijadikan modal kempen pada PRK kali ini..
Oleh kerana beliau dikatakan telah bersetuju utk menjadi ketua jentera Umno PRK kali ini, kenyataan dari pmimpin Umno hipokrit yg pernah menghentam dan mengkritik Ku Li juga boleh disiarkan sbg salah satu strategi (counter attack) atau back fire terhadap serangan mereka nanti...terima kasih..
1. Ku Li tak setuju calon rasuah pilihan Umno - "lebih baik Umno kalah"
KU LI : LEBIH BAIK UMNO KALAH DARIPADA MENANG
Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata kemenangan untuk calon Umno-BN Isa Samad di Bagan Pinang bermakna kemenangan untuk rasuah dan penyelewengan.
"Walaupun kemenangan Isa pastinya dialu-alukan kepimpinan parti ekoran kekalahan berturut-turut Umno, namun dukacita saya katakan bahawa apa yang rakyat dan negara ini perlukan adalah Umno tewas di Bagan Pinang. Ini kerana kita sekali lagi mengetengahkan calon yang terbukti seorang perasuah," kata mantan Naib Presiden Umno itu.
"Kemenangan Isa bermaksud sokongan kepada budaya rasuah amalan parti dan kerajaan yang dipimpin," tegas beliau.
Razalegh menambah atas nama maruah bangsa Melayu dan demi kesinambungan reformasi di negara ini, Umno perlu tewas supaya kekalahan itu menjadi ubat memulihkan kereputan moral parti.
2. Ku Li tidak setuju Najib pengganti Pak Lah sebagai PM?
Ku Li: Possible for king not to name Najib as PM
It is possible that Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin may not appoint Najib Abdul Razak as prime minister despite being Umno president, said Tengku Razaleigh Hamzah.
Razaleigh, a veteran Umno leader, pointed to last year's decision by the king, who is also Terengganu sultan, in refusing to endorse the Umno leadership's nominee Idris Jusoh as menteri besar for his state. Eventually Umno backed down and the king's choice, Ahmad Said, became menteri besar.
"He (the king) could probably appointed someone other than the man nominated by the party," said Razaleigh, a Kelantan prince and uncle of Sultan Ismail Petra.
3. Isu Allah : Ku Li kritik pendekatan perkauman Umno
Umno’s position in the present controversy over the use of the term “Allah” by non-Muslims is an example.
In a milestone moment, PAS, the Islamic party, is holding onto the more plural and moderate position while Umno is digging itself into an intolerant hardline position that has no parallel that I know of in the Muslim world.
Umno is fanning communal sentiment, and the government it leads is taking up policy lines based on “sensitivities” rather than principle. The issue appears to be more about racial sentiment than religious, let alone constitutional principles.
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bermasalah biarpun Umno mahu mengambil tindakan terhadapnya ekoran sokongannya kepada kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak.
Beliau berkata, sokongan terhadap kerajaan Kelantan dibuat berdasarkan undang-undang bahawa Kelantan berhak mendapat royalti seperti perjanjian yang dibuat dengan Petronas.
"Saya tidak kisah, saya buat keputusan ikut apa yang benar berdasarkan undang-undang bukan nafsu, kalau Umno nak marah, marah lah.
"Dengan Mahathir pun saya berani lawan, saya tidak takut siapa,” katanya berseloroh.
Royalti Minyak Kelantan: Peg.Khas Ku Li Kritik TPM
KUALA LUMPUR, 16 Feb. - Mohd Lokman Ghani, iaitu Pegawai Khas bagi Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah semalam secara terbuka mempertikai tindak-tanduk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak menghormati pendirian veteran Umno Kelantan itu menyertai suatu forum isu royalti minyak milik rakyat Kelantan pada penghujung bulan lepas.
"Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak mahu faham tentang pendirian Ku Li sedangkan Ku Li sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO iaitu Gegar," jelas beliau seperti dipetik dari blog perisik-rakyat, http://perisik-rakyat.com/.
"Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan ahli parti semua mendengar ucapan Ku Li? Saya harap supaya semua mereka mendengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar Perlembagaan dan disiplin Umno?"
6. Ku Li dedah rasuah dlm Umno sehingga mencecah nilai RM 2 juta!
Razaleigh: Ada bahagian minta ‘rasuah’ pencalonan RM2 juta
KOTA BARU: Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.
Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.
“Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan. Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta,” kata beliau di sini semalam.
Ketika ditemui di sini awal bulan lalu, Razaleigh mendedahkan kira-kira RM200 juta digunakan untuk tujuan kempen dan membeli undi dalam pemilihan Umno kali ini.
PASIR PUTEH, 21 MARCH, 2010: The Pasir Puteh Umno Division has sent a protest note to Gua Musang Member of Parliament Tengku Razaleigh Hamzah (pic) over the Umno veteran's support for the PAS-led Kelantan government in its dispute with the federal government on the issue of oil royalty.
Its chairman, Zawawi Othman, said the division was disappointed that Tengku Razaleigh did not concur with the federal government on Kelantan's ineligibility to receive any oil royalty.
"A letter protesting Tengku Razaleigh's presence at a special talk on Jan 28 (where he had said that Kelantan was entitled to oil royalty) was sent yesterday to Tengku Razaleigh," he told reporters here.
Zawawi said copies of the letter had been sent to Prime Minister and Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak and Kelantan Umno Liaison Committee chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed.
2. BN Kelantan edar risalah burukkan Ku Li di sekolah
BN Kelantan didakwa edar risalah di sekolah burukkan Ku Li
KOTA BARU, Feb 17 — Barisan Nasional (BN) Kelantan dipercayai menggunakan agensi pelajaran negeri untuk menyebarkan risalah di sekolah-sekolah bagi memburuk-burukkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ekoran pendirian beliau bahawa Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak lima peratus.
Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya ada menerima risalah berkenaan sejak seminggu lalu terutama selepas Tengku Razaleigh berucap pada satu forum mengenai isu pertikaian wang royalti di sini bulan lalu.
“Ya, memang risalah itu telah diedarkan... ramai guru dapat risalah yang memburuk-burukkan Tengku Razaleigh. Bahkan ramai juga murid-murid yang dapat risalah ini,” kata seorang guru sebuah sekolah yang terletak di Kota Baru.
Ku Li perlu nilai kedudukannya dalam UMNO - Muhyiddin
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tengku Razaleigh Hamzah perlu menilai kedudukannya dalam parti ekoran tindakannya yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.
Timbalan Perdana Menteri berkata Umno memandang berat tindakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu.
"Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan pusat atau platform Umno...saya dimaklumkan ia ditaja oleh PAS.
"Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan-kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk Daerah Besut di Besut Sabtu.
KU LI NEEDS TO RECTIFY UMNO IN KELANTAN BEFORE RUNNING FOR PRESIDENT
from BERNAMA, The Malaysian National News Agency KUALA LUMPUR, March 22 (Bernama) -- Tengku Razaleigh Hamzah should rectify Umno in Kelantan before contesting the party presidency, said an Umno Supreme Council member, Datuk Noh Omar today
He said if Tengku Razaleigh really was a "great" man, than he should use his "greatness" to strengthen the party in the PAS-led state
"I don't see why Tengku Razaleigh wants to contest the post of party president. If he is really great, then he should help Kelantan first. We have given so much to the state, but still we failed to wrest it," Noh told reporters after officiating Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki's golden jubilee aniversary, here today.
5. Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO hentam Ku Li
Dari segi sikap tidak berdisiplin yang dipamerkan oleh seorang pemimpin bahagian dan veteran. Sikap Ku Li yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden Parti menghairankan. Ku Li mendakwa setia kepada parti, tetapi tidak dibuktikan dengan perbuatan.
Tindakan Ku Li seolah-olah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat beliau. Beliau mungkin belajar dari pengalaman, bahawa jika beliau keluar parti, beliau akan menjadi tidak relevan dalam masa yang singkat.
Akhirnya dia terpaksa merangkak kembali kepada UMNO. Mungkin jika beliau dipecat, beliau boleh menjadi hero dan kisah beliau akan terus disensasikan seperti kisah Anwar Ibrahim. Nampaknya Datuk Seri Najib dapat membaca tindakan Ku Li ini sejak awal lagi.
Ketiga, dari segi sikap khianat Ku Li terhadap parti dan negara. Dalam wawancaranya dengan Malaysian Insider, Ku Li telah berbohong dan memberi gambaran yang salah tentang Malaysia beberapa kali. Seolah-olah Ku Li mahu mensabotaj usaha Datuk Seri Najib memulihkan ekonomi negara dengan mewujudkan persepsi bahawa negara ini tidak selamat dan kacau bilau.
7. Ingatkah lagi: Bekas presiden Umno dakwa Ku Li punca Umno tewas di kelantan?
PM: Ku Li punca Umno kalah di K'tan
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya "melihat diri sendiri" kerana beliau pernah menjadi punca kekalahan parti itu di Kelantan pada 1990.
Malah, tegas presiden Umno, salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan parlimen Tengku Razaleigh juga jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Calon BN di Galas, Saufi Deraman, gagal mempertahankannya dan tewas kepada calon PAS Che Hashim Sulaiman. Che Hashim menang dengan majoriti 646 undi. Pada 2004, Saufi menewaskan Che Hashim dengan majoriti 1,729 undi.
Parlimen Gua Musang mempunyai tiga kerusi DUN - Galas, Nenggeri dan Paloh. Tengku Razaleigh berjaya mempertahankan kerusi parlimennya itu dengan majoriti 4,394 undi berbanding 6,598 pada 2004.
( gambar kenangan semasa ydp melawat allahyarham semasa bulan puasa lepas )
Takziah di ucapkan kepada saudara kita mohd hilal sekeluarga di atas kembalinya ayahandanya ke rahmahtullah pada hari ini,semoga kita sama - sama doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat,dan di tempatkan bersama sama orang2 yang beriman..
Rata - rata penduduk pangkor sejak kebelakangan ini, menjadi kegilaan mencari cicak TOKEK di sekitar pulau pangkor kerana harga yang ditawarkan mencecah ribuan ringgit.
Tanggapan luar biasa telah diberikan oleh masyarakat mengenai tokek yang ternyata benilai tinggi. Masyarakat berbondong-bondong memburu tokek ataupun memelihara sambil berharap dapat menjual tokek dengan ukuran yang besar dan berharga tinggi. Namun sampai sekarangpun masih banyak yang tidak mengerti untuk apa tokek diperjual belikan dan apa khasiat sebenarnya.
Sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmiah/bukan magic bahwa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian empedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral. Mari kita semua mengharapkan yang terbaik bagi umat manusia dengan ditemukannya sistim pengobatan ini.
Tokek adalah nama umum untuk menyebut cecak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.
Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).
KUALA LUMPUR: Daripada harga serendah RM120, lelaki mahupun wanita yang taksub menjadi hebat di ranjang kini mudah mendapatkan produk perangsang seks menerusi lambakan iklan haram di bandar raya ini.
BERLELUASA...antara iklan produk perangsang seks di tiang lampu.
Bukan hanya menawarkan produk terbabit, pelanggan juga diberikan khidmat nasihat penggunaan produk sesuai berdasarkan masalah dialami, selain penghantaran mengikut keselesaan pelanggan.
Kewujudan penjualan produk dan khidmat terbabit terbukti melalui panggilan telefon yang dibuat ke atas satu nombor telefon yang tertera di iklan haram. Individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Zack berkata, dia menjual pelbagai produk dan ubat kuat untuk lelaki dan wanita.
Antara produk yang ditawarkan ialah toy seks, krim sapuan bagi wanita, dan lelaki ditawarkan produk berbentuk semburan, pil serta tisu.
Katanya, semua produk dipercayai dari Amerika Syarikat dan dikilangkan di Hong Kong itu dapat memberikan kepuasan kepada pasangan tanpa memberi kesan sampingan.
Malah, bagi individu mahupun pasangan yang menginginkan kesan jangka panjang, Zack turut menawarkan sejenis pil yang didakwanya mampu membuatkan lelaki sentiasa hebat di ranjang hanya dengan pengambilan 30 pil dalam tiga bulan.
Dalam pada itu, tinjauan Harian Metro mendapati iklan produk terbabit diletakkan di lokasi strategik seperti di persimpangan jalan, tiang lampu dan pokok di sepanjang laluan.
Suri rumah, Adlena Mohd Yusof, 40, berkata biarpun penjualan produk terbabit salah di sisi undang-undang, masih terdapat masyarakat yang degil dengan melanggan produk itu tanpa memikirkan kesan sampingannya. “Sudah banyak kisah yang dipaparkan dalam akhbar mahupun media elektronik mengenai kesan negatif penggunaan produk terbabit sehingga ada yang membawa maut, namun disebabkan taksub menjadi kuat mereka masih mencuba,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Anwar Mohd Zain, berkata selain bertindak atas maklumat awam, pihaknya juga kerap melakukan rondaan dalam usaha memerangi iklan haram menerusi kumpulan khas yang diwujudkan di setiap cawangan DBKL.
KOTA BHARU, 20 Sept: Di samping berharap kepada tindakan saman terhadap Petronas, rakyat Kelantan turut diseru berdoa kepada Allah SWT agar hak royalti negeri ini dikembalikan semula.
Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, biarpun kerajaan negeri sedia maklum dengan campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara, namun yakin kuasa Allah mampu merubah segalanya.
"Kita tahu saman ini akan dibicarakan di mahkamah Malaysia, anda semua tahu mahkamah ini duduk dalam poket siapa.
"Memang betul duduk dalam poket kerajaan 'itu', parti itu, tetapi kerajaan itu, hakim itu duduk dalam kuasa Allah SWT," katanya pada satu ceramah di sini baru-baru ini.
Menurut beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, usaha dan doa harus selari sebagai syarat mencapai sesuatu kejayaan termasuk dalam kes menuntut royalti ini.
Tindakan saman itu juga menurut Husam dibuat secara bersungguh dan bukan-main demi menuntut kembali hak rakyat negeri seperti termaktub dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.
"Kalaupun hakim itu duduk sebelah 'dia' sedangkan petroleum itu memang hak kita, kita doa sampai kerajaan Malaysia terbalik.
Pada 30 Ogos lalu, kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas tuntutan secara rundingan hak petroleum negeri itu tidak berhasil.
Tuntutan tersebut seperti kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh kerajaan Persekutuan.
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada satu demonstrasi, petang semalam.
PROTES...penunjuk perasaan memijak bendera Malaysia selepas membaling najis ke dalam kawasan kedutaan, semalam.
Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan Indonesia yang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.
Mereka juga melepaskan najis ke atas bendera Malaysia yang dipijak di atas jalan tempat mereka berkumpul.
Kumpulan itu membawa lima bungkusan najis diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, plastik serta kotak polisterin sebagai ‘hadiah’ untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini memberi ‘najis’ lebih kotor kepada Indonesia.
Tiba-tiba, seorang daripada mereka melempar bungkusan najis ke dalam pagar kedutaan dan najis dilepaskan atas bendera Malaysia yang dipijak mereka.
Demonstrasi itu menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang didakwa merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan, 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.
Ia juga untuk menyatakan kekecewaan terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang didakwa lemah menghadapi Malaysia.
Berikutan kejadian lempar najis itu, polis Indonesia menangkap tiga pelaku.
Demonstrasi berlangsung sejam.
Wakil kumpulan kemudian memberitahu wartawan bahawa mereka memberi kata dua kepada polis Indonesia, iaitu lepaskan rakan mereka daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.
Operasi dikenali sebagai ‘Sweeping Rakyat Malaysia’ itu dirancang dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di sini. - Bernama
TV sekarang ni sibuk dengan persiapan raya dan Bazar Ramadan. Kurang beri perhatian pendidikan mengenai bahaya mercun bola. Bahkan ramai ibu tidak tahu apa itu mercun bola dan kenapa ianya bahaya. Para ibu terutamanya perlu tahu bentuk mercun bola dan beri penerangan kepada anak-anak kenapa mercun bola ini bahaya, boleh menyebabkan jari putus, mata buta, telinga pekak dan paling teruk membawa maut
TV janganlah sibuk dengan makan je bulan puasa ni, sampai Buletin Utama, berita TV1 pun cerita pasal makan siang malam. Cubalah buat segmen mengenai bahaya mercun.
OK, untuk kaum ibu, mari belajar mengenai mercun bola dan ajar anak-anak bahaya mercun bola, kerana kaum bapa ini selalunya tak boleh harap, dia yang beria-ia beli dan main mercun.Baik, mercun bola ini bentuk bulat macam bola bersaiz duit siling 20 sen atau 50 sen.
Ada sumbu sepanjang 1 inci. Mercun bola ini berwarna-warni dan diperbuat daripada plastik. Nampak menarik macam permainan.
MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS.
PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP.
LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU :
1. SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR
2. BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR PANTAS DAN MELETUP.MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN !!!!
BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN BOLA !!!
Dalam segmen TV tadi buat sedikit demo mercun bola ni, letak pada buah tembikai tengok macamana tembikai tadi pecah. Atau pada daging ayam, tengok serpihan plastik mercun bola tadi masuk dalam daging.
PENDIDIKAN ADALAH PENTING DALAM PENCEGAHAN !!!
TAK NAK KELUAR FATWA KE , APA HUKUM MAIN , MENGEDAR , MENJUAL , MEMBUAT MERCUN BOLA NI ?
GAMBAR yang bertarikh 22 Ogos lalu menunjukkan pesawat pengebom tanpa juruterbang dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia di Iran.
TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam merasmikan pesawat pengebom tanpa juruterbang pertama negara itu yang digelar Duta Maut.
Menurut satu laporan sebuah stesen televisyen di negara itu, pesawat yang berukuran empat meter panjang itu mampu mengangkut empat buah peluru berpandu dan mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,000 kilometer.
Namun jarak itu masih tidak mencukupi untuk tiba di negara musuh ketat Iran iaitu Israel.
"Pesawat itu juga merupakan Duta Maut untuk musuh-musuh kemanusiaan, membawa satu pesanan keamanan dan persahabatan," kata Mahmoud pada majlis perasmian Industri Pertahanan Iran yang juga hari kemerdekaan negara itu.
"Matlamat pesawat yang diberi nama Karrar itu adalah untuk memastikan musuh pertahanan dilumpuhkan," kata Mahmoud.
Menurutnya, pesawat itu dibina untuk pencegahan dan tujuan pertahanan Iran.
Presiden Iran itu turut memperjuangkan program ketenteraan dan menyatakan ia akan diteruskan sehingga musuh hilang harapan untuk menyerang Iran. - AP