Thursday, March 17, 2011
Wednesday, March 9, 2011
Ceramah Maulidul Rasul
Sunday, February 20, 2011
Mahfuz: PAS popular di kalangan 'rockers'
Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.
Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.
Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.
Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.
"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.
Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.
Saturday, February 19, 2011
Friday, January 14, 2011
baru realllllllllllllllllllllllllll

Hot Dog Atau Ajing Panas
PERHATIAN penggemar hot dog, gambar di atas menunjukkan hot dog yang sebenar-benarnya atau kalau di alih bahasa menjadi Anjing Panas, hehe orang Islam Tak Leh makan ni haram. Sekiranya hot dog berbentuk sepertimana gambar di atas adakah tergamak anda nak makanya?
Kalau saya memang tak tergamak untuk memakan sekiranya hot dog sepertimana digambarkan di dalam gambar di atas. Tapi kalau anda semua saya tak tahulah macamana. Perhatian hot dog sepertimana gambar di atas sahaja yang haram dimakan oleh umat Islam.
Saya pun tak tahu siapa punya idea buat hot dog sepertimana gambar di atas. Saya rasa boleh bankrap tauke hot dog sekiranya hot dog sepertimana di atas dijual, siap berbulu lagi, dah le mata masih terbuka. Orang yang buat gambar ni, mesti makan roti tu selepas pengambaran ini. Menjijikkan betulah.
Thursday, January 13, 2011
senyum pagi....

cerita dua hantu
Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi
Monday, January 10, 2011
sendiri mau ingat.........

Siti Saleha bertudung hanya kerana lakonan
Dia melakonkan watak Munirah, seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Dia dijodohkan dengan Ustaz Amirul yang lebih mencintai kekasihnya, Adawiya.
“Saya terima watak ini (bertudung) sebab respons daripada peminat yang suka melihat saya bertudung. Bagi saya, bukan susah untuk memakai tudung kerana saya pernah bertudung semasa bersekolah dulu,” katanya yang turut melakonkan watak bertudung dalam drama Syurgamu Ramadan.
Pelakon yang menceburi bidang lakonan sejak dua tahun lalu ini akui sukar berlakon dalam drama Ustaz Amirul. Malah dia sanggup menerima apa watak bagi memastikan lakonannya lebih versatil.
Bercerita mengenai perkembangan lain, Saleha bakal muncul dalam filem pertamanya Dendam Taming Sari.
Thursday, January 6, 2011
Wednesday, December 22, 2010
puaka...puaka...puaka.....
Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.
Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.
Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong.
Tuesday, December 21, 2010
Friday, December 10, 2010
Protes naik harga, 3 pemimpin siswa ditahan

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka mengadakan perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.
Kedua-duanya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ. Pada mulanya dihalang oleh anggota polis untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid tersebut.Bagaimanapun, kira-kira laima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai. Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap. Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum tersebut. Dalam memorandum tersebut, mereka menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.
Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.
Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Ridzuan dan Shukri kini ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.















