Sunday, June 19, 2011

Pelakon komedi 'Pak Uda' meninggal dunia

Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.

Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.

"Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya kepada Bernama di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.

"Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.

"Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.

Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".

Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada tahun 1991.

- Bernama

Tuesday, June 7, 2011

rakyat jadi mangsa..

INILAH KERJA PUAK PUAK YANG MENIPU & MENTEDAQAH DUIT RAKYAT
JIKA DIPERHATI BETUL2 , INILAH HADIAH YANG KERAJAAN HARAM......
MEROMPAK DUIT RAKYAT SECARA HALAL.....







BIL BULAN MAC " BLOK KEGUNAAN ELETRIK ( UNIT )227

HARGA 0.218





BIL BULAN JUNE BLOK KEGUNAAN ELETRIK 173 ( UNIT )

HARGA 0.218



CAKAP X SERUPA BIKIN UNIT DARI 0 - 200 HARGA SEMASA LEBIH KURANG RM43.00

( TIADA KENAIKAN )

TAPI SEKARANG DAH KURANG DARI 173 DAH JADI HARGA 0.218

INILAH 1 MALAYSIA RAKYAT DI DAHULUKAN DARI SEMUA PERKARA.....


TERMASUK LA MENTEDAQAH DUIT RAKYAT SECARA HARAM

Sunday, April 24, 2011

DSAI SERANG PANGKOR....

UMNO PANGKOR KECUT T*LOQ...BOT ROMBONGAN DSAI KE PANGKOR TIDAK DI BENARKAN BERLABUH DI JETI PANGKOR...ATAS ARAHAN PUAK PUAK HARAM JADAH...

BOT YANG DI NAIKI DSAI TERPAKSA BERLABUH DI JETI SUNGAI PINANG KECIL...

INILAH NATIJAHNYA BILA PERAK DI DIRAMPAS OLEH LANUN...

DEPA INGAT SEMUA BENDA MAK BAPAK DEPA YANG PUNYA....

MAMPOS UMGOK.......


LAWAN TETAP LAWAN...

REFOMASI.....

KITA TUMPANGKAN UMNO PADA PRU 13..


















































































































































































































































Thursday, March 17, 2011

photo sekitar malam kesenian islam

MALAM KESENIAN ISLAM
BERSAMA USTAZ RADZI MELISSA
& USTAZ SYAKIRIN
PADA 15/3/2011






































Wednesday, March 9, 2011

Ceramah Maulidul Rasul

Photo sekitar ceramah maulidul rasul pada 26/2/11 di surau nurul hidayah sg pinang besar...
bersama ustaz Nursalam Al Hafiz dan anak murid beliau penceramah cilik adik Umar Al Farouk & adik Hadi ( 12 tahun )

























































































































































Sunday, February 20, 2011

Mahfuz: PAS popular di kalangan 'rockers'

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.

pas rally kedah 190211 bob lokman"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.

"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.

Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.