Friday, May 21, 2010

Sam Dol Kawan Dgn Badigol... GOL..........

Taksub ‘tarik duit’


KULAIJAYA: Keinginan menjadi kaya sekelip mata tanpa perlu bersusah-payah membanting tulang empat kerat akhirnya menjadi mimpi ngeri kepada seorang pemuda yang taksub dalam aktiviti menarik duit dari alam ghaib.

Bukan saja harta kekayaan yang dijanjikan tidak muncul, ribuan ringgit yang dikeluarkan untuk mendapatkan pelbagai barangan pemujaan serta kos ke sana ke mari langsung tidak pulang modal.


Pengalaman pahit itu diceritakan seorang bekas pengamal kegiatan ‘tarik duit’ dikenali sebagai Abu Yazid, 30.


Walaupun pada mulanya mengikuti aktiviti itu secara suka-suka, Abu terpengaruh apabila mendengar cerita sekumpulan lelaki fanatik mengatakan kegiatan ini boleh menjadikan seseorang itu dapat hidup mewah.


“Saya mula terbabit dengan aktiviti ini sejak tahun 2000 akibat terpengaruh dengan cakap-cakap rakan dalam kumpulan tarik duit.


“Kebanyakan mereka yang berkata demikian adalah golongan yang mempunyai kelebihan berinteraksi dengan makhluk di alam ghaib dan ini membuatkan saya yakin dengan kebolehan mereka,” katanya.


Menurutnya, destinasi yang menjadi pilihan kumpulan tarik duit adalah Pulau Besar, Johor kerana mereka percaya di situ tempat berkumpulnya makhluk halus dari alam ghaib.


Katanya, setiap jemaah (kumpulan) yang menjalankan aktiviti ini akan diketuai seorang yang menggelarkan dirinya ‘guru’ dan biasanya dianggotai seramai lima orang.


“Guru akan mengetuai upacara ini dan akan bertindak sebagai jurucakap kami bagi memberitahu hajat kami kepada makhluk alam ghaib,” katanya.

Menurutnya, guru itu menggunakan jampi serapah untuk memanggil makhluk ghaib bagi membantu memudahkan serta memakbulkan permintaan seperti yang dihajati.


Katanya, selepas tiga jam upacara itu dijalankan, tiada duit bertimbun seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini tetapi yang ada hanyalah kepingan duit syiling lama.


“Kami kecewa pada mulanya tetapi guru memberitahu jemaah kami, hari itu tidak sesuai untuk upacara tarik duit kerana tuan puteri sibuk dengan urusan lain,” katanya. Abu berkata, selain Pulau Besar, kawasan yang menjadi tumpuan kumpulan tarik duit adalah Gunung Panti, Gunung Pulai serta Gunung Ledang.



No comments:

Post a Comment