Tuesday, August 10, 2010

buka jangan tak bukak.....nanti terlebih bukak....


kalau dah terlebih bukak....jangan takut kita pi melaka jumpa pengetua Ali Rostam....

Buka pusat kecantikan percuma


WANITA dan kecantikan tidak boleh di­pisahkan. Malah, rupa paras yang cantik adalah aset paling berharga bagi kaum hawa dalam memastikan mereka sentiasa tampil bergaya dan elegan.

pix_middle
Menyedari hakikat itu, Puteri Metro kali ini, Joanne Patrick, 18, berhasrat membuka lebih banyak butik kecantikan di negeri ini secara percuma khusus untuk wanita tempatan.

“Sejak kecil lagi saya berminat dalam bidang kecantikan dan berhasrat memiliki butik yang bukan sahaja untuk diri, malah untuk semua kaum wanita di negeri ini yang ingin sentiasa menarik.

“Saya impikan butik kecantikan ini nanti dilengkapi peralatan moden dan terkini,’’ kata anak sulung daripada tiga beradik.

Menurut Joanne, bagi membolehkan setiap wanita mengunjunginya, dia akan membuka butik di kawasan pedalaman.

“Ini bagi memastikan golo­ngan wanita luar bandar tidak terkecuali menikmati faedah penjagaan kecantikan percuma.

‘’Selain itu, saya juga akan menganjurkan kelas kecantikan khusus bagi penduduk luar bandar supaya mereka sentiasa peka dengan kecantikan diri,’’ katanya yang kini mempunyai butik kecantikan di Penampang.

Menurutnya, kehadiran butik kecantikan memberi kelebihan kepada wanita untuk terus kelihatan cantik dan menawan.


“Butik kecantikan juga memainkan peranan kepada golongan ibu atau isteri supaya mereka sentiasa mampu memikat hati suami dengan penjagaan tubuh yang menarik," katanya yang meminati aktres jelita, Megan Fox.

PROFIL

NAMA: Joanne Patrick
UMUR: 18 tahun

TEMPAT LAHIR: Penampang, Sabah
AGAMA: Kristian
KAUM: Kadazan
TINGGI: 158 sm
BERAT: 41 kg
HOBI: Bersolek, menari dan melayari Internet
PEKERJAAN: Jurusolek
CITA-CITA: Jurusolek Antarabangsa

No comments:

Post a Comment