Bibir kemaluan bayi seolah-olah bercantum
SAYA baru saja melahirkan bayi perempuan sebulan lalu. Masalahnya, saya mendapati bibir kemaluan bayi saya melekat seolah-oleh bercantum.
Sewaktu baru dilahirkan dulu, ia kelihatan normal dan terbuka. Bagaimanapun, dia masih kencing dan kelihatan basah berwarna kuning seperti biasa pada lampinnya. Adakah bayi saya normal?
MINA,
Kuala Lumpur.
ANDA boleh membawa bayi anda untuk pemeriksaan pakar sakit puan. Usah bimbang, selepas kelahiran doktor sudah melakukan pemeriksaan fizikal menyeluruh untuk memastikan bayi itu perempuan.
Anda juga ada menyatakan bibir terbabit tidak bercantum sebelum ini.
Keadaan ini jarang berlaku akibat kekurangan hormon dan tidak perlu risau. Rawatan juga mudah iaitu secara menyapu krim mengandungi bahan hormon estrogen dan bibir kemaluan bayi anda akan terbuka semula dalam masa beberapa minggu saja.
No comments:
Post a Comment