PARIS - 12 gambar baru Michael Jackson yang diambil pada tahun 1999 akan dilelong pada Disember ini bersama-sama dengan 700 helai senarai kenalan lagenda pop itu yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh orang ramai, kata jurulelong hari ini.
Syarikat lelong, Pierre Berge & Associes berkata, gambar yang diambil pada tahun 1999 oleh jurufoto Perancis, Arno Bani adalah merupakan permintaan daripada Michael Jackson yang sebelum ini melihat karya jurufoto itu di dalam Majalah Sunday Times dan Style.
Gambar-gambar yang akan diterbitkan Oktober ini di seluruh dunia, sepatutnya diilustrasikan pada album “Invincible” tahun 2001, namun syarikat rakaman akhirnya menggunakan gambar lain bagi kulit albumnya.
Gambar yang ditunjukkan kepada wartawan hari ini memperlihatkan Jackson memakai sut makan malam Yves Saint-Laurent yang berkilau dan bermekap biru pada sebelah matanya.
Bidaan bagi gambar berkenaan akan bermula pada harga 1,000 euro (RM3,936). - AFP
No comments:
Post a Comment