Tuesday, June 1, 2010

Wak Dajal buat onar

AMPANG: Wak Dajal!. Gelaran itu layak buat seorang dukun yang bernafsu songsang apabila cuba mencabul seorang remaja lelaki dengan menggunakan kaedah rawatan pelik yang didakwanya boleh menyembuhkan penyakit bapa remaja terbabit, malam kelmarin.

Kejadian menjijikkan itu berlaku ketika remaja berusia 19 tahun berkenaan berkunjung ke rumah dukun terbabit untuk mengambil ubat buat bapanya.


Sejurus tiba di rumah dukun itu di Kampung Pandan Dalam di sini, remaja berkenaan dipelawa masuk.


Menurut sumber polis, remaja berkenaan dimaklumkan penyakit bapanya boleh diubati melalui tubuhnya.


“Dukun terbabit memberitahu penyakit bapanya itu boleh diubati melalui badan remaja berkenaan dengan alasan mereka anak-beranak.


“Dia mendakwa rawatan itu boleh dilakukan pada badan mangsa tanpa perlu melihat keadaan bapanya sebelum meminta mangsa menanggalkan baju,” katanya.


Beliau berkata, sejurus membuka baju, dukun itu meneliti tubuh mangsa.


“Dukun terbabit berpura-pura mengukur badan mangsa dan mendakwa kononnya ia satu dari syarat rawatan untuk mengubati penyakit bapa remaja itu.


“Sambil membaca jampi serapah, dukun terbabit mula melakukan rawatan dan remaja berkenaan hanya membiarkan badannya diukur lelaki terbabit,” katanya.


Katanya, rawatan yang mulanya dianggap normal mula bertukar menjijikkan apabila dukun terbabit tiba-tiba berhenti mengukur badannya sebaik tiba pada alat sulit mangsa.


“Dia megang dan meletakkan alat sulit mangsa ke telinganya,” katanya.

Menurut sumber itu, dukun terbabit mula bertindak biadab dan melakukan perbuatan menjijikkan.


“Namun, belum sempat dia melakukan perbuatan keji itu, mangsa tiba-tiba seperti tersedar dari lamunan dan terus menolak dukun terbabit.


“Takut dengan perbuatan keji itu, mangsa memakai bajunya sebelum melarikan diri keluar dari rumah dukun terbabit dan membuat laporan polis,” katanya.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun, awal pagi semalam untuk membantu siasatan. “Suspek ditahan kira-kira jam 2.30 pagi dan siasatan awal mendapati selain mengubati orang, dukun yang terkenal dengan panggilan Wak di kalangan penduduk itu juga dikatakan pandai dalam bidang urutan tradisional.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.


No comments:

Post a Comment