Wednesday, June 2, 2010

Manusia yang berperangai BINATANG.....

Mayat bayi tepi jalan ..................


DAMANSARA – Zalim! Lagi kekejaman buang bayi. Itu ungkapan kepada mereka yang tidak berhati perut mencampakkan bayi di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya, petang semalam.

Mayat bayi lelaki masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan dipercayai masih hidup ketika dicampak dan temui ajal akibat lemas ditimpa hujan lebat kira-kira jam 5 petang.

Lebih menyayat hati apabila mayat bayi tanpa seurat benang ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan berkenaan dipercayai selepas sejam selepas bayi itu dibuang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat bayi itu.

“Pihak polis percaya mayat bayi ini ditinggalkan ketika hujan menyebabkan ianya kembung,” katanya

Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengetahui keturunan atau bangsa bayi berkenaan.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Polis Petaling Jaya kini melancarkan gerakan mengesan ibu bapa bayi malang berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Petaling Jaya, menerusi .

No comments:

Post a Comment