Wednesday, May 12, 2010

UBAT Powerr.... sILAP mAKan ....SElAmaT TiNGGal

KUALA LUMPUR: “Orang sudah mahu mati pun boleh ‘hidup’ balik kalau telan satu pil naik nafsu ni,” kata seorang ‘doktor’ ubat-ubatan rangsangan seks haram sambil menunjukkan pelbagai kotak kecil mengandungi kapsul biru dan coklat yang dipamerkan di atas meja.

TUNGGU PELANGGAN...peniaga ubat-ubatan seks haram di Jalan Chow  Kit.
TUNGGU PELANGGAN...peniaga ubat-ubatan seks haram di Jalan Chow Kit.
BELI...pelanggan warga emas turut membeli pil rangsangan seks  haram
BELI...pelanggan warga emas turut membeli pil rangsangan seks haram
Lelaki berusia lewat 50-an terbabit berkata, pil rangsangan seks dijual dengan harga RM10 sebiji itu mempunyai ‘kuasa’ ajaib untuk mengembalikan kejantanan lelaki yang menghadapi masalah syahwat.


Namun, di sebalik kehebatan pil terbabit yang disogokkan kepada orang ramai itu, tersembunyi bahaya menanti apabila kebanyakan daripadanya mengandungi kimia berbahaya antaranya Sildenafil Nitrat, Taladafil selain campuran bahan asing.


Tinjauan wartawan di Chow Kit mendapati kebanyakan peniaga ubat-ubatan seks haram berkenaan pernah diserbu dan ditahan beberapa kali oleh pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), namun masih tidak serik.


Walaupun kebanyakan barang jualan dirampas, namun ia tidak menghalang kumpulan peniaga terbabit untuk terus menjual pelbagai ubat-ubatan seks terlarang termasuk peralatan untuk merangsang seks lelaki dan wanita.


Wartawan yang menyamar pelanggan turut ditawarkan pelbagai produk rangsangan seks terkini di pasaran antaranya Maxman dan The Forbidden Kingdom yang didakwa paling laris dan menakjubkan.


“Barang ini baru sampai dari Amerika...lagi ‘power’ dari viagra dan tak mahal. Satu kotak cuma RM20 dan boleh tahan sampai sebulan,” katanya. Ditanya sama ada produk terbabit selamat untuk digunakan, lelaki Aceh itu memberi jaminan produk terbabit selamat dimakan warga emas atau remaja.


“Jangan bimbang, ubat ni dibuat dari bahan tumbuh-tumbuhan...tak ada bahan kimia. Setakat ni belum ada yang mengadu mati selepas makan pil berkenaan. Jika abang ragu-ragu, abang cuba dulu pil dos rendah,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM berkata, sikap taksub masyarakat terhadap produk seks selain rasa tidak yakin terhadap keupayaan diri menyebabkan penjualan produk haram terbabit gagal dibanteras sepenuhnya.

“Orang ramai sepatutnya berwaspada kerana pil rangsangan seks yang mengandungi kimia Sildenafil atau Tadalafil mempunyai pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan menyebabkan ia dikawal sepenuhnya mengikut Akta Racun 1952,” katanya.

No comments:

Post a Comment